Terengganu sememangnya amat terkenal dengan daya tarikan pelancongan. Bermula dari Drawbridge (Jambatan Angkat Terengganu), negeri ini turut terkenal dengan makanan yang enak seperti nasi dagang, keropok lekor sehinggalah kepada makanan laut yang dicelup tepung.
Tidak hanya makanan, negeri ini turut terkenal dengan pantainya yang memutih mengadap Laut China Selatan sekaligus menambah lagi daya tarikan ke negeri ini.
Memandangkan musim tengkujuh sudah berlalu, bagi yang ada plan untuk ke Terengganu dan mencari ketenangan fikiran sambil melayan sunrise bolehlah singgah di Chalet As Salam di Pusat Rekreasi & Penginapan Mengabang Telong, chalet cukup cantik ini terletak 18 km dari Kuala Terengganu.
Ads
Paling best, bangun saja dari tidur boleh terus layan matahari terbit sambil menikmati deruan angin laut yang cukup mengasyikkan. Saat itu pastinya stress pun hilang menyaksikan panorama indah ciptaan Tuhan ini.
Bukan saja sunrise sebagai daya tarikan utama tapi di Chalet As Salam turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti padang untuk mengadakan pelbagai aktiviti. Nak camping boleh, nak buat family day pun ok selain BBQ port yang sudah tersedia kalau bercuti di chalet terletak betul-betul di tepi laut ini.
Ads
Ads
Menawarkan empat jenis penginapan iaitu bilik family (mempunyai dua katil iaitu Queen dan single), 1 katil king, 1 katil queen serta 1 katil single ditawarkan di sini, harga ditawarkan masih berbaloi untuk dinikmati.
Bukan itu saja, chalet ini turut menawarkan pakej bilik seminar, dewan makan serta bilik mesyuarat. Bagi yang nak menikmati ikan celup tepung Pok Nong, chalet ini terletak 3km dari lokasi penginapan ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kawasan ladang ternakan kelulut bukan sekadar lokasi menyedut madu dari sarannya sahaja.
Hari ini ramai pengusaha ladang madu kelulut turut menjadikan perusahaan mereka itu sebagai produk pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong tempatan dan asing. Pengunjung dibenarkan datang untuk melihat sendiri sarang kelulut dan menyedut madunya selain membeli produk madu dengan tawaran harga lebih murah daripada di pasaran.
Terletak di Alor Setar, Kedah, Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya ada tarikan tersendiri untuk menarik pengujung. Dengan pemandangan sawah padi dan Gunung Keriang dari jauh, terdapat pelbagai keistimewaan tersedia terutamanya landskap unik buat ‘si kaki gila bergambar’.
Sambil membeli madu, pengujung juga boleh berehat di ruang luar disediakan sambil mengambil angin. Ladang ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 9 pagi hingga 7.30 malam.
Sarawak kaya dengan kepelbagaian bentuk muka bumi sememangnya menjadi destinasi tumpuan penggiat rekreasi luar dari seluruh dunia.
Bagi anda yang berminat dengan aktiviti mendaki, mandi sungai atau menginap di kawasan hijau sekitar negeri Sarawak, anda dicadangkan ke Permai Rainforest Resort. Merupakan resort yang eko-mesra di kaki Gunung Santubong, dengan 5 minit berjalan kaki dari Desa Budaya Sarawak. Resort ini menawarkan percutian alam yang mendamaikan.
Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta kawasan mandi-manda di kawasan air tsungai yang jernih dan menyejukkan. Paling istimewa di sini mempunyai sebuah kawasan kolam biru yang sangat cantik.
Blue Pool / Kolam Biru Perkongsian: Ismail Bin Roslan
Blue Pool Santubong salah satu tarikan di Permai Rainforest Resort, sebuah kem resort yang terletak di kawasan pantai kaki gunung Santubong (sebelah Kg. Budaya Sarawak). Untuk ke BluePool memerlukan 60 hingga 90 minit treking dari kaunter pendaftaran.
Disebabkan trail berbentuk loop, terdapat 2 pilihan untuk memulakan trail. Sama ada melalui jalan pantai 2 yang agak landai atau melalui trail ke puncak 4.5 yang memerlukan sedikit pendakian dan menurusi air-air terjun yang kecil. Keduanya diukur dengan jarak 2km.
Info :
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tasik Kenyir merupakan lokasi percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi hutan hujan tropika tebal. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti utama iaitu memancing.
Bagi anda yang bukan kaki pancing, tetapi teringin untuk bercuti di Tasik Kenyir, jangan malu dan segan untuk ke sini. Tasik Kenyir punya tarikan aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk semua peringkat umur.
Pelbagai jenis penginapan juga disediakan bermula dari bertaraf tiga bintang meliputi chalet di atas pulau, resort terapung atau rumah bot. Jika memilih untuk menginap di rumah bot, kalian berpeluang untuk menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun pasti memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.
Salah satu produk pelancongan yang menarik di Tasik Kenyir ialah air terjun. Terdapat 14 lokasi air terjun termasuk yang popular iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap. Anda boleh pilih lokasi air terjun mana yang anda ingin singgah. Antara dua air terjun menjadi pilihan pengunjung di Tasik Kenyir ialah:
Air Terjun Lasir
Dengan ketinggian 500 kaki, Air Terjun Lasir merupakan air terjun tercantik dan paling sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berendam dan berenang kerana ia mempunyai beberapa kolam yang luas.
Air terjunnya cantik dan bertingkat-tingkat. Antara yang menjadi tarikan di Air Terjun Lasir ialah menara tinjau dan jambatan gantung yang menyeberang air terjun. Air Terjun Lasir terletak 16 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30 hingga 45 minit.Aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung di Air Terjun Lasir ialah mandi-manda, berkhemah, merentas hutan dan mendaki.
Air Terjun Saok
Air terjun yang agak landai dan terletak lebih hampir dengan Pengkalan Gawi ialah Air Terjun Saok. Ia juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi tetapi tidak mempunyai kolam-kolam yang besar sebagaimana Air Terjun Lasir.
Taman Herba di Pulau Sah Kecil terletak tidak jauh dari laluan masuk ke kawasan Air Terjun Saok ini. Lokasi Air Terjun Saok ialah di Pulau Besar, Hanya 8 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan menaiki bot dari Pengkalan Gawi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20
minit. Ia merupakan satu lagi destinasi popular untuk berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadi.
.
Tasik Kenyir dan Gua Bewah tidak boleh dipisahkan lagi. Jangan lupa untuk singgah ke Gua Bewah untuk melihat sendiri kesan-kesan peninggalan sejarah dari zaman purba zaman Mesolitik & Neolitik.
Santuari Kelah yang terletak kira-kira 21 kilometer dari Jeti Pengkalan Gawi, dibangunkan dan diselia oleh Ketengah selaras usaha pemuliharaan spesies ikan kelah yang semakin terancam selain mempromosi aktiviti rekreasi sebagai galakan tarikan pelancongan di Tasik Kenyir.
Pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu kelah, malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan kelah di sini sentiasa menanti kehadiran pengunjung untuk menghulurkan makanan berupa palet ikan. Selain memberi ikan kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang ikan ini.
Bagi yang ingin melihat dan berinteraksi dengan si gajah boleh berkunjung ke Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir atau Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). Kebanyakan gajah di KECV rata-ratanya adalah anak gajah yatim piatu. Gajah berkenaan sangat manja, begitu terlatih, selain ‘mendengar’ kata atau arahan daripada gembala mereka. Pengunjung di beri peluang untuk memberi gajah makan serta mandi bersama anak gajah. Ianya sesuatu yang menyeronokkan!
Tasik Kenyir memiliki tarikan untuk kaum wanita apabila diisytiharkan sebagai Zon Bebas Cukai dengan aktiviti penjualan barangan yang dikecualikan cukai bermula tahun 2017 lalu.
Pusat jualan di sini terdiri daripada lima premis perniagaan antaranya coklat, bagasi, minyak wangi, pinggan, mangkuk dan peralatan memasak. Penjualan yang dijalankan ini tidak membabitkan aktiviti jualan barangan berduti tinggi seperti rokok, produk petroleum, kenderaan dan produk minuman beralkohol.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...