Berita

Pesawat Moscow Terbakar Berpuluh Maut. Sedih Tengok Video Kanak-Kanak Tak Sempat Lari Selamatkan Diri

Share

Sebaik pesawat tersebut mendarat dengan sebahagian kapal sudah terbakar, kelihatan pintu kecemasan terbuka dan ramai yang bergegas lari menyelamatkan diri. Tidak kelihatan susuk tubuh kanak-kanak kemungkinan tidak sempat melarikan diri.

Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh apabila sebuah pesawat terbakar di lapangan terbang Sheremetyevo di Moscow, Rusia. Antara yang maut termasuk dua kanak-kanak manakala enam individu lain dilaporkan cedera.

Menurut jawatankuasa penyiasatan Rusia, pesawat Sukhoi Superjet 100 yang membawa 73 penumpang dan lima anak kapal itu terpaksa membuat pendaratan cemas apabila pesawat tersebut didapati terbakar dan diselubungi asap tebal. Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan ke bandar Murmansk.

Video yang mula tersebar di media sosial menunjukkan penumpang berlari lintang-pukang selepas membuat pendaratan cemas. Lapangan terbang tersebut dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu terpaksa berpatah balik akibat gangguan teknikal yang masih belum jelas puncanya.

Sumber: Astro Awani

IKLAN