Menyedari betapa letihnya rutin harian Ustaz Ebit Lew, beliau mengambil kesempatan lepaskan lelah dengan bercuti ke pulau legenda, Pulau Langkawi bersama isteri dan keluarga tersayang.
Menerusi media sosialnya beliau berkongsi momen percutian bersama isteri serta ahli keluarga lain di Langkawi.
Menerusi kapsyen beliau memberitahu sangat tenang saat berada di samping isterinya dan segala keletihan dialami hilang apabila dapat menghabiskan masa bersama insan tersayang.
Menurut Ustaz Ebit Lew, isteri berasa kasihan pada dirinya, tetapi beliau pula rasa sebaliknya.
Mengambil kesempatan bercuti sambil menaiki cruise yang disediakan oleh pihak berkenaan.
Ads
Lebih menyeronokkan pelayaran ini adalah yang satu-satunya cruise tanpa alkohol di Langkawi dan dapat melakukan aktiviti seperti snorkeling, memancing dan sebagainya dengan bebas.
Dating dekat Langkawi dengan bidadari. Rindunya. Dah nak habis tahun 2020. Ujian berat covid 19. Tapi bila disisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang. Sekejap je rasa.. pergi mana selalunya wanita diluar sana semua cakap kirim salam bidadari ustaz yer…
Bidadari saya kata, kasihan abang penat jer…saya lagi kasihankan bidadari yang sentiasa berkorban buat suami , anak-anak dan ummah.
Duduk dengan bidadari abang terus hilang semua penat letih. Tengok muka orang kita cintai. Pegang tangannya. Semuanya jadi kebaikan. Benarlah kata orang dulu. Nikmat terindah didunia ini ialah isteri solehah.
I love you sayang bidadariku. Best hotel westinlangkawi…Terima kasih cruise sea splash. Best selesa dan seronok sangat banyak perkara dapat buat dengan bidadari tercinta. Terima kaseh @seasplashlangkawi atas layanan dan pengalaman indah hari ini-ebitlew
Ads
Ramai warganet teruja melihat percutian pasangan ini dan mendoakan perkahwinan Ustaz Ebit Lew dan isteri sentiasa berada dalam rahmatNya.
Info Menarik:
Sea Splash Langkawi bukan sahaja untuk aktiviti memancing laut dalam tapi juga sesuai untuk cruising, snorkeling, selaman skuba dan pelbagai aktiviti keluarga. Sea Splash Langkawi yang PERTAMA dan SATU-SATUnya cruise tanpa alkohol di Langkawi. Sea Splash Langkawi menawarkan beberapa pakej iaitu Sunset BBQ Dinner Cruise, Island Escape + Fish Farm Adventure, Sea Splash Private Cruise, Sea Splash Fishing Trip dan Sea Splash Koh Lipe Trip.
Untuk pengetahuan Sea Splash Langkawi ini berpengkalan di Royal Langkawi Yatchs Club (RLYC) yang terletak di Kuah, Langkawi.
Ramai menyukai aktiviti lasak termasuk memanjat gunung yang merupakan kepuasan buat individu yang sukakan cabaran. Tidak kenal erti takut atau penat tapi asal hati suka, kaki akan melangkah menuju tempat disukai.
Bagi korang yang ada plan nak cuti-cuti ke Kelantan, apa kata singgah sebentar di Gua Musang hujung minggu nie kerana ada satu port pelancongan baru dibuka iaitu Muse Ecopark.
Muse Ecopark merupakan nafas baru pelancongan di Gua Musang, Kelantan. Dan ia merupakan one-stop center untuk aktiviti rekreasi semulajadi, ruang makan dan penginapan dan bakal dibuka sepenuhnya selepas Raya nanti.
Untuk mencuba aktiviti flying fox perlu naik ke gua batu kapur ini dahulu guna laluan via verrataKeberanian diperlukan untuk mencuba aktiviti ini kerana semasa flying fox boleh nampak bandar Gua Musang
Apa yang menariknya di sini
Untuk korang yang hormon adneralinnya tidak gentar mencuba sesuatu yang mustahil, bolehlah mencuba aktiviti mendaki gua batu kapur untuk melakukan aktiviti Zipline / Flying Fox yang tertinggi di Kelantan dan ia adalah yang pertama di Malaysia yang menggabungkan elemen via ferrata.
Menurut Pengurus Muse Ecopark, Mohd Ruzuke Abd Aziz, sebelum mencuba aktiviti flying fox dari ketinggian 40 meter itu, mereka perlu mendaki gua batu kapur melalui via verrata sebelum mencapai platform tersebut.
“Bagi kumpulan 2-3 orang, masa diperlukan cuma setengah jam sahaja tapi kalau kumpulan ramai mungkin lebih masa diperlukan. Masa yang sama untuk keselamatan pengunjung, tiga orang instructor akan menjaga keselamatan iaitu dari depan, belakang dan dari platform,”katanya memaklumkan, selain pada ketinggian 40 meter, aktiviti juga flying fox pada ketinggian 15 meter katanya memaklumkan tempat ini baru dibuka 19 Mac lalu.
Laluan via verrata mengambil masa setengah jam bagi yang sudah biasa mendakiPose dulu sebelum terbang pada ketinggian 40 meter ya
Untuk pra pembukaan, untuk mencuba aktiviti ini hanya perlu membayar RM50 sehingga 15 Mei ini sebelum kembali ke kadar asal iaitu RM90. Dari ketinggian 40 meter ini, korang boleh tengok seluruh bandar Gua Musang ya.
Aktiviti daki gua kapur Gua Musang juga ada dan sampai ke puncak dalam tempoh 3-4 jam. Harganya cuma RM35 sajaBoleh nampak seluruh view Gua Musang dari puncak gua iniInilah Masjid Buluh yang termasuk dalam kawasan Muse Ecopark ini
Dalam selepas hari raya nanti, Muse Ecopark ini akan dibuka sepenuhnya dengan penginapan menarik dilengkapi kolam mandi. Tidak hanya aktiviti via verrata dan flying fox, orang ramai boleh mencuba aktiviti mendaki gua batu kapur Gua Musang hingga ke puncak pada harga RM35 seorang untuk melihat pemandangan yang sangat indah.
Tempoh mendaki antara 3-4 jam melalui tangga besi dan tali sebelum sampai ke puncak. Nak solat mudah di sini kerana adanya Masjid Buloh yang sangat terkenal di Kelantan kerana diperbuat sepenuhnya dari buluh dan ia termasuk dalam kawasan ecopark ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Jeju merupakan pulau terbesar serta paling selatan di Korea Selatan dan memiliki daya tarikan pelancongan yang pelbagai. Pulau ini sangat popular di kalangan rakyat Korea Selatan sendiri sebagai destinasi percutian. Beberapa filem serta rancangan popular Korea Selatan seperti Running Man pernah dirakam di Pulau Jeju, sekaligus membawa keindahan Pulau Jeju kepada dunia luar.
Pernah terdengar perbualan seorang rakan yang jatuh cinta dengan pulau ini. Kalau boleh setiap musim, iaitu 4 tahun sekali dia ingin ke Pulau Jeju. Bahkan, bukan dia sahaja yang beranggapan sebegitu. Seluruh ahli keluarganya termasuk ayah dan ibunya terpengaruh dan ingin kembali ke Jeju saban tahun. Katanya mungkin terkena badi sambil berseloroh!
Pulau Jeju beriklim empat musim. Ini sudah tentu antara sebab utama anda mahu ke sana. Pilihan mengikut musim yang anda impikan. Pengalaman ini dapat dirakam dalam bentuk foto dan video kenangan serta dapat dikongsi bersama yang lain.
Pulau Jeju memiliki rangkaian sistem pengangkutan yang efisyen. Ada bas antara bandar, bas pelancong, kereta sewa dengan GPS, atau teksi. Anda boleh pilih dengan harga yang berpatutan. Sistem bas paling murah serta efektif dengan aplikasi kad sentuh dan Wi-Fi percuma.
Contoh rangkaian perjalanan bas di Pulau Jeju
Luas Pulau Jeju hampir tiga kali keluasan Singapura. Kebiasaannya empat hari diperlukan bagi anda lawati hampir setiap lokasi menarik jika menyewa kereta. Kereta di sana dipandu sebelah kiri. Pemanduan di sana mudah kerana Pulau Jeju tidak sarat dengan trafik. Anda tidak akan sesat selagi berpandukan sistem GPS. Jika menyewa, jangan lupa meminta GPS versi English.
Menariknya, Pulau Jeju ada juga menawarkan kereta sewa elektrik. Terdapat lokasi awam yang anda boleh cas semula bateri secara percuma. Pulau Jeju menyasarkan penggunaan total kereta elektrik menjelang 2030. Ini baik untuk kebersihan persekitaran alam semulajadi.
Tawaran penggunaan kereta elektrik di Pulau Jeju semakin meluas
Pulau Jeju memiliki banyak lokasi menarik seperti Gunung Hallasan yang tertinggi di Korea Selatan, Seongsan Ilchulbong; kon tuf arketik yang dibentuk oleh letusan hidrovolkanik di atas laut yang cetek kira-kira 5 ribu tahun yang lalu, Love Land; taman tema erotik sesuai foto kenangan yang mencuit hati, Jeongbang Waterfall; air terjun setinggi 23meter berhampiuran lautan, Manjanggul; pada ketinggian 23m, tinggi 30m dan panjang 8.928km, ia adalah tiub lava yang ke-12 terpanjang di dunia, Teddy Bear Museum, Seonimgyo Bridge, dan banyak lagi menanti anda terutamanya pemandangan indah ketika musim yang berlainan.
Gunung Hallasan
Seongsan IlchulbongLove LandJeongbang WaterfallSeonimgyo Bridge Teddy Bear MuseumKetika musim salji
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika anda berada di Pulau Pinang, anda pasti dapat melihat kelibat ikon bangunan tinggi KOMTAR bertukar berwarna.
Cahaya lampu berwarna merah menerangi bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di Pulau Pinang sebagai tanda menghargai jasa semua jururawat di atas pengorbanan mereka membantu menangani penularan pandemik COVID-19.
Kerajaan negeri mengambil inisiatif itu sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 yang disambut pada 12 Mei setiap tahun. Pemilihan warna merah melambangkan keberanian yang dimiliki oleh para jururawat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab meskipun negara kini berhadapan dengan detik yang sukar akibat ancaman COVID-19.
Warna merah juga melambangkan penghargaan tertinggi rakyat Pulau Pinang kepada semua jururawat dan pekerja perubatan serta warna riben yang dipilih untuk sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 itu. Bangunan ikonik negeri Pulau Pinang itu dinyalakan dengan lampu warna merah bermula malam tadi dan hari ini, dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...