Destinasi yang bukan sahaja menghiburkan tetapi memberikan elemen pembelajaran untuk anak-anak!
Lawatan ke destinasi yang menawarkan hiburan sambil belajar merupakan aktiviti yang dapat memberikan pengalaman yang menggembirakan dan bermakna untuk kanak-kanak. Berikan mereka peluang untuk terokai dunia luar dan kunjungi destinasi pembelaran di Negeri Selangor.
Anda boleh memilih tempat seperti muzium, zoo atau tempat interaktif yang boleh meningkatkan daya pembelajaran mereka sambil mereka menerokai sesuatu yang baharu. Dalam artikel ini, Tourism Selangor telah menyenaraikan 6 tempat pembelajaran untuk dilawati bersama anak anda di Negeri Selangor setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti! (#ImagineNowExperienceSoon).
1) Lakon Peranan Prospek Kerjaya di KidZania, Mutiara Damansara
KidZania KL
KidZania, Mutiara Damansara merupakan sebuah pusat “edutainment” yang menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman permainan lakon peranan prospek kerjaya yang interaktif dalam persekitaran yang menyeronokkan.
Mereka dapat merasai pengalaman bekerja yang realistik dalam replika bangunan yang berfungsi sebagai bandar sebenar. Lebih daripada 70 jenis pekerjaan yang mereka boleh cuba di sini antaranya adalah menjadi seorang jururawat, ahli bomba, polis, juruterbang, peguam dan banyak lagi! Aktiviti seperti ini sememangnya memberi pengalaman pembelajaran yang positif buat kanak-kanak.
2) Terokai Dunia Haiwan di Zoo Negara
Zoo Negara
Zoo Negara merupakan zoo yang terbesar di Malaysia, terletak di Ampang, Selangor. Zoo Negara sememangnya destinasi yang sesuai untuk membawa kanak-kanak agar mereka dapat mengenali lebih 5,000 jenis haiwan terdiri daripada kira-kira 400 spesis di sini.
Ads
Sudah pasti kanak-kanak akan terhibur melihat gelagat haiwan-haiwan yang terdapat di zoo ini; dan pengalaman menyaksikan aksi zirafah, gajah, buaya, harimau dan singa tentunya mengujakan! Selain itu, kanak-kanak akan dapat melihat gelagat panda yang comel bernama Xing Xing, Liang Liang dan Yi Yi di Zoo Negara ini.
3) Mempelajari budaya asal Negeri Selangor di Mah Meri Cultural Village
Mah Meri Cultural Village
Mah Meri merupakan salah satu suku Orang Asli yang terdapat di Malaysia, yang sangat dikenali dengan keunikan kesenian mereka seperti ukiran topeng dan kraftangan lain. Mah Meri Cultural Village adalah sebuah perkampungan orang asli yang terletak di Pulau Carey, Kuala Langat.
Di sini, kanak-kanak boleh didedahkan kepada suasana kampung Orang Asli yang lengkap dengan pakaian, barangan serta tarian kebudayaan. Selain itu, terdapat juga mini galeri yang mempamerkan pelbagai koleksi berkaitan dengan masyarakat Mah Meri. Lawatan ke sini pasti dapat memberikan pendedahan yang luas kepada kanak-kanak dalam menyelami budaya dan kesenian masyarakat Mah Meri yang unik dan tersendiri.
4) Dekati haiwan di Farm in the City
Farm in the City
Farm in the City merupakan sebuah “petting zoo” yang terkenal di Malaysia. Terletak di Seri Kembangan, anda boleh membawa anak anda ke Farm in the City untuk lebih mendekati haiwan-haiwan di sini.
Ads
Kanak-kanak bukan sahaja boleh menyaksikan gelagat haiwan, malah juga boleh memegang, bermain dan memberi makan kepada haiwan-haiwan seperti kura-kura, rusa dan arnab sambil dipantau oleh renjer zoo. Selain itu, kanak-kanak dapat menikmati pengalaman “pony ride” dan menonton persembahan burung Kakak Tua di Kampung Mahmood. Pengalaman ini pasti akan memberikan kegembiraan buat si kecil!
5) Aktiviti fizikal di Camp5 Climbing Gym
Camp5 Climbing Gym
Sekiranya si kecil anda suka berlari, memanjat dan melakukan aktiviti lasak, Camp5 Climbing Gym merupakan tempat yang sesuai buat mereka melakukan aktiviti fizikal dalam persekitaran yang lebih selamat! Terletak di 1 Utama Shopping Centre, tempat ini merupakan pusat “rock climbing” tertutup dan dikendalikan oleh staf profesional dan menawarkan lokasi yang terkawal dan selamat.
Di sini, anak anda boleh merangsangkan kecerdasan minda mereka sekali gus meningkatkan keyakinan dalam berdepan dengan sebarang cabaran. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah “rock climbing” yang mempunyai pelbagai ketinggian iaitu 8m-14m dan 14m-16m tinggi.
Ads
6) “Petting zoo” di G2G Animal Garden
G2G Animal Garden
Terletak di MAEPS Serdang, G2G Animal Garden adalah sebuah taman pameran dan “petting zoo” yang baru dibuka pada tahun 2017. Ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang berkonsepkan pelancongan eko dan agro yang memberikan pengalaman yang menyeronokkan buat kanak-kanak. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi bersama lebih daripada 70 spesis haiwan tempatan mahupun eksotik di sini secara lebih dekat. Aktiviti seperti ini akan memberikan pengalaman yang bernilai buat mereka!
Gabungkan pengembaraan kanak-kanak dengan elemen pendidikan atau “edutainment“ kerana ianya bukan sahaja dapat memberikan mereka keseronokan malah dapat memperluas ilmu pengetahuan mereka dalam mempelajari sesuatu yang tidak dapat dilakukan di rumah mahupun di sekolah.
Pengalaman seperti ini akan menjadi pengalaman yang amat bernilai buat mereka untuk masa akan datang. Bawalah anak-anak anda ke destinasi tersenarai di atas selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti dan rancang mulai sekarang! (#ImagineNowExperienceSoon).
Namun, anda diingatkan untuk sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Nasional dengan memastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka setiap masa, gunakan pembasmi kuman secara kerap serta daftar masuk melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat” ketika memasuki premis pelancongan di Negeri Selangor.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bujang Senang; seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dipercayai berumur 51 tahun.
Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak.
Inilah tengkorak kepala Bujang Senang. Bahagian lain dibuang ke laut begitu sahaja tanpa usaha untuk mendapatkan semula.
Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Sebenarnya, bukan Bujang Senang sahaja buaya besar di Sarawak. Bujang Belawai, Bujang Selar, malah banyak lagi. Jika ke Sarawak, anda boleh ke Jong Crocodile Farm untuk melihat sejarah buaya dan mangsa buaya. Di sini ada live buaya diberi makan. Buaya mampu melonjak badan ke luar air sehingga 2 meter bagi menyambar makanan dan bunyi kuat ketika rahang buaya terkatup.
Buaya dibawa ke ladang
Buaya menyambar ayam tergantung
Bujang Belawai
Anak buaya
Buaya sedia dipindahkan
Izin buru buaya (The Borneo Post)
10 sungai di Sarawak dibolehkan memburu buaya ialah Batang Sadong, Sungai Tuang, Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Baram dan Sungai Bakong.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad berkata, kaji selidik yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa sungai-sungai tersebut mempunyai kepadatan 8 hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Batang Lupar memiliki rekod terbanyak.
“Kesemua lokasi berkenaan adalah antara 45 sungai dengan jumlah sepanjang 2,108.38 kilometer dan dihuni kira-kira 12,000 ekor buaya atau 5.57 ekor buaya bagi setiap kilometer di sungai-sungai terbabit.
“Sungai-sungai ini juga adalah lokasi di mana kebanyakan serangan buaya ke atas manusia dilaporkan berlaku sejak bertahun-tahun lepas”
Bagaimanapun, menurut Sapuan, walaupun pemburuan dibenarkan namun kuota dan permit memburu, membunuh dan menjual buaya masih belum dimuktamadkan dan perlu dipersetujui oleh agensi-agensi kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Buaya dewasa adalah sangat produktif dan setiap ekor boleh menghasilkan 800 biji telur, manakala kadar survival atau jangka hayat adalah sangat tinggi kerana buaya boleh hidup sehingga 100 tahun
Buaya di Sarawak adalah haiwan liar dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Oleh kerana populasi pulih dengan drastik, kini memburu dan membunuh reptilia pemangsa ini dibenarkan apabila ia dianggap boleh mengancam keamanan dan harta, mengikut peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.
Video buru buaya di Sarawak
Top 5 buaya besar dunia
Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) MATI
Dominator (6.1 meters/20 feet) HIDUP
Gustave (~6 meters/19.68 feet) HIDUP
Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) HIDUP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Berbaloi bercuti ke sini, ada banyak sangat lokasi untuk “OOTD” dan aktiviti yang paling best mestilah memancing bersama keluarga tersayang.
Sambil-sambil tenangkan emosi, boleh ambil peluang ‘laga hati’ dengan pasangan.
Kaki Pancing Wajib ‘Serang’ Rockbund Fishing Chalet, Tenang Layan Pemandangan
Jangan terkejut, ada tempat romantik yang anda boleh bergambar dan layan perasaan. Nah, tengok lah!
Malahan anda boleh menikmati pemandangan yang indah dengan nampak langit biru dan laut di depan chalet. Jadi cukup sesuai untuk anda luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan anak-anak sambil memancing ikan. Eh, dapat ikan boleh terus bakar!
Ini pula pemandangan pada waktu malam, cantik bukan? Tentunya kaki pancing akan rasa teruja datang ke sini bersama keluarga tersayang.
Sedikit ruangan bilik untuk anda puas hati sebelum tempah bilik ke sini nanti. Nampak selesa, bukan?
Lokasinya:
Rockbund Fishing Chalet, Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Memilih Al Fariq Campsite sebagai tapak perkhemahan terbaru buat Ku Norsiah Ku Saidin dan keluarga sebagai aktiviti hujung minggu mereka. Setelah berjinak dengan aktiviti camping sejak beberapa bulan lalu, wanita ini dan keluarganya telah beberapa kali camping di beberapa campsite yang ada di sekitar Kedah dan negeri di Utara Semenanjung Malaysia.
Selain bonding dengan keluarga, aktiviti camping ini juga antara aktiviti percutian yang semakin tular dikalangan masyarakat di Malaysia. Bagi yang mempunyai anak-anak, pemilihan campsite yang sesuai dan selamat adalah keutamaan.
Berkongsi apa yang menarik di Al-Fariq Campsite, Yan Kedah, jom tengok gambar-gambar menarik sepanjang camping dua hari satu malam wanita ini di sana!
Camping di Al Fariq Campsite
Camping 11-12/2/23 @ Al Fariq Campsite , Yan Kedah …last minute pun onzzz
Caj tapak : Semalam RM 50..tak dak caj tersembunyi na ampa…masa check out ritu depa bagi lajak sampai ke malam pasai dah check in lewat petang.
Plug point : Ada
Surau :ada
Tandas : Bersih buat masa la bercampur lg penggunaan lelaki & perempuan..CO bgtau depa dlm proses utk menambah bilangan tandas & nanti akan diasingkan lelaki & perempuan
Sinki : Adakalau x silap kak nampak ada 3 sinki di sekitar tapak perkhemahan
Parking Kereta : sgt luas , ada 2-3 kawasan disediakan & boleh jugak parking blkng khemah kalau kita pilih hat tapak bebas
Tong sampah : disediakan
Line Telco :ada
Hat paling best kak nak habaq pasai layanan CO depa…En Aleep ni dia punya la baguihh ampa aiii….ramah sungguh, selalu bertanya khabaq, & antara CO yg sgt rajin…sat2 kak tgk dia dok menyakaq daun2 kering…sat2 nampak dok sapu sampah lagi..kira masa ajak bergambaq tu dia tgh dok pegang penyapu la tu ha sbb tu la kawasan tapak khemah depa bersih.
Di AlFariq ni sungai dia mesra kanak-kanak…ayaq sungai tak dalam sangat…kat tepi-tepi sungai ada depa buat pelantaq tempat duduk berkelah.. ada jugak disediakan buaian, kira senang la budak-budak nak main sementara dok tunggu mak-mak tanak nasi nak makan, malam-malam pulak cerah ada lampu di sekeliling kawasan tapak perkhemahan….kawasan tapak yang bebas tu agak luas dan sesuai sangat kalau nak buat campmeet ramai-ramai cumanya kita kena pandai susun atoq aktiviti ja supaya tak bosan memandangkan kat situ hanya boleh mandi sungai sahaja.
Libur Rewards kali ni membawakan staycation kat KL dengan view paling awesome! Hotel ni baru beroperasi Januari yang lalu. Bilik dia luas dan best, memang muat untuk korang yang plan nak bercuti dengan kengkawan. Siap ada dapur dan mesin basuh!
Bagi yang bercadang nak healing trip tu, memang hotel ni paling sesuai sebab view dia menghadap KLCC! Nak tidur boleh tengok KLCC, nak makan boleh tengok KLCC, nak mandi kat pool dia pun boleh nampak KLCC!
Macam biasa, takkanlah min je yang stay sini.. Of course min nak korang feel sendiri stay kat hotel best ni. Tapi sebelum tu, ada soalan yang korang kena jawab. 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang👇🏻
➡️ LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
➡️ Share video ni di wall korang (PUBLIC)
➡️ Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
➡️ 3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN ⛔️STOP⛔️ akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen ⛔️STOP⛔️ daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...