Pilih Belayar Naik Cruise Pusing Langkawi, Ustaz Ebit Lew Lepas ‘Lelah’ Kerja Bercuti Dengan Keluarga

Share

Siapa tidak mengenali mendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang ringan tulang membantu golongan memerlukan.

Malah dilihat beliau sangat bekerja keras ke sana ke mari menghulurkan bantuan di setiap pelusuk negeri.

Artikel Berkaitan: Romantis & Unik! Temple Tree Resort Lokasi Penginapan ‘Hiden Gem’ Di Langkawi

Menyedari betapa letihnya rutin harian Ustaz Ebit Lew, beliau mengambil kesempatan lepaskan lelah dengan bercuti ke pulau legenda, Pulau Langkawi bersama isteri dan keluarga tersayang.

Menerusi media sosialnya beliau berkongsi momen percutian bersama isteri serta ahli keluarga lain di Langkawi.

Menerusi kapsyen beliau memberitahu sangat tenang saat berada di samping isterinya dan segala keletihan dialami hilang apabila dapat menghabiskan masa bersama insan tersayang.

Menurut Ustaz Ebit Lew, isteri berasa kasihan pada dirinya, tetapi beliau pula rasa sebaliknya.

Mengambil kesempatan bercuti sambil menaiki cruise yang disediakan oleh pihak berkenaan.

Lebih menyeronokkan pelayaran ini adalah yang satu-satunya cruise tanpa alkohol di Langkawi dan dapat melakukan aktiviti seperti snorkeling, memancing dan sebagainya dengan bebas.

Dating dekat Langkawi dengan bidadari. Rindunya. Dah nak habis tahun 2020. Ujian berat covid 19. Tapi bila disisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang. Sekejap je rasa.. pergi mana selalunya wanita diluar sana semua cakap kirim salam bidadari ustaz yer…

Bidadari saya kata, kasihan abang penat jer…saya lagi kasihankan bidadari yang sentiasa berkorban buat suami , anak-anak dan ummah.

Artikel Berkaitan: 9 Lokasi Pantai Indah Wajib Singah Di Langkawi. Setiap Pantai Tak Sama Tau!

Duduk dengan bidadari abang terus hilang semua penat letih. Tengok muka orang kita cintai. Pegang tangannya. Semuanya jadi kebaikan. Benarlah kata orang dulu. Nikmat terindah didunia ini ialah isteri solehah.

I love you sayang bidadariku. Best hotel westinlangkawi…Terima kasih cruise sea splash. Best selesa dan seronok sangat banyak perkara dapat buat dengan bidadari tercinta. Terima kaseh @seasplashlangkawi atas layanan dan pengalaman indah hari ini-ebitlew

 

Ramai warganet teruja melihat percutian pasangan ini dan mendoakan perkahwinan Ustaz Ebit Lew dan isteri sentiasa berada dalam rahmatNya.

Info Menarik:

Sea Splash Langkawi bukan sahaja untuk aktiviti memancing laut dalam tapi juga sesuai untuk cruising, snorkeling, selaman skuba dan pelbagai aktiviti keluarga. Sea Splash Langkawi yang PERTAMA dan SATU-SATUnya cruise tanpa alkohol di Langkawi

. Sea Splash Langkawi menawarkan beberapa pakej iaitu Sunset BBQ Dinner Cruise, Island Escape + Fish Farm Adventure, Sea Splash Private Cruise, Sea Splash Fishing Trip dan Sea Splash Koh Lipe Trip.

Untuk pengetahuan Sea Splash Langkawi ini berpengkalan di Royal Langkawi Yatchs Club (RLYC) yang terletak di Kuah, Langkawi.

Artikel Berkaitan: Pelayaran Sungai Kilim Geoforest Park Bawa Pengunjung Tinjau Alam Hijau Langkawi

KREDIT: INSTAGRAM USTAZ EBIT LEW & SEA SPLASH LANGKAWI

SUMBER: DUNIA ZUMAL

IKLAN