Berita

PLUS Tunda Pelaksanaan Tol RFID Di Lebuhraya PLUS, LPT2

Share

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menunda pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ke tarikh baharu berikutan penularan wabak COVID-19.

Semua ujian dan kerja progresif berkaitan sistem berkenaan dihentikan sementara bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi memastikan keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS serta pelanggan lebuh raya.

Semua persiapan untuk memastikan persediaan RFID di semua lebuh raya kendalian PLUS akan disambung sejurus tempoh PKP berakhir.

Pelaksanaan sistem kutipan tol RFID itu akan melibatkan 83 plaza tol sistem tertutup lebuh raya PLUS dan 10 plaza tol di LPT2. PLUS akan mengumumkan tarikh baharu bagi pelaksanaan kutipan tol menerusi RFID itu selepas tempoh PKP berakhir. Sebelum ini, PLUS menyatakan pelaksanaan pembayaran tol RFID itu akan dimulakan pada 1 April ini.

Sumber: Bernama

IKLAN