Tourist ship and colourful historic houses reflection Motlawa river in port of Gdansk, Baltic Sea, Poland.

Bila sebut Eropah sahaja, asyik bercita-cita ke Paris sahaja! Why not pilih Eropah Timur sebagai lokasi percutian idaman pula kan?

Antaranya seperti Poland iaitu negara yang pernah menjadi blok komunis satu ketika dahulu antara 1940 sehingga 1945.

Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni..

Bermula dari ibu negaranya iaitu Warsaw (disebut Warszawa), Gdansk sehingga ke kawasan semula jadinya, Murzasichle dan Gunung Tatra tetap menjadi tumpuan hampir sepanjang tahun sama ada dalam kalangan penduduk tempatan atau pelancong luar negara.

Lokasi wajib dikunjungi jika berpeluang ke Warsaw sudah tentu Kota Lama (Old Town) yang digelar masyarakat tempatan sebagai ‘Stare Miasto’. Ia adalah lokasi menempatkan banyak bangunan bersejarah bercirikan seni Renaissance, Baroque dan Gothic yang satu ketika dahulu pernah musnah akibat peperangan. Ia boleh diibaratkan kita berjalan di kawasan kota lama Eropah.

Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni..

Masyarakat Poland juga sangat menghargai sejarah. Tidak hairanlah, muzium menjadi sesuatu yang sangat dihargai. Kawasan itu juga menempatkan dataran luas yang menjadi tempat berkumpul penduduk pada zaman dahulu.

Ramai pelukis dan pemuzik jalanan menjadikan kawasan itu sebagai tempat mereka mencari rezeki dengan mempamerkan hasil seni lukisan serta bermain alat muzik bagi menghiburkan pengunjung.

Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni..

IKLAN

Selain itu, tempat bersejarah seperti muzium Auschwitz Birkenau yang pernah menjadi pusat tahanan semasa zaman pendudukan Nazi Jerman juga berjaya menarik pelancong dari seluruh dunia terutama dari Jepun dan China.

Kolam Renang Terdalam Di Dunia

Poland bakal membuka kolam renang paling dalam di dunia yang mempunyai kedalaman 45 meter di bandar Msxczonow, tahun ini. Kolam digelarkan sebagai DeepSpot itu memerlukan 8,000 meter kubik air untuk mengisinya dan jumlah itu bersamaan dengan memenuhi 27 kolam renang Olimpik.

Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni..Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni..

Kolam itu akan terbuka untuk semua jenis peringkat perenang termasuk atlit dan penyelam profesional. Selain itu, DeepSpot turut dilengkapi dengan fasaliti lain seperti bilik persidangan, restoran, hotel dan terowong dalam air untuk pengunjung.

Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni..

IKLAN

Di samping itu, Poland juga antara negara yang selamat untuk dikunjungi terutama kepada pengembara solo. Mungkin beberapa panduan ini boleh membantu anda yang mungkin bercadang mahu me­lancong ke Poland. Antaranya:

Bahasa

Tidak seperti Perancis penduduk di sini terutama golongan muda kebanyakan boleh berbahasa Inggeris kerana majoritinya pernah bekerja di United Kingdom, Ireland atau Belanda. Begitu juga golongan pertengahan umur yang tinggal di bandar. Bahasa mudah yang mungkin boleh dipelajari seperti ‘czecs’ (hai) dan ‘Djengkuye’ (terima kasih).

Agama

Secara keseluruhannya, 90 peratus daripada lebih 38 juta populasi penduduk Poland beragama Kristian Katolik manakala penduduk Islam dianggarkan hanya sekitar 30,000 orang. Walaupun jurang itu terlalu besar, namun tiada tekanan ke atas golongan minoriti di sana malah kerajaan Poland membenarkan setiap penduduknya mengamalkan ajaran masing-masing.

Matawang

Poland menggunakan nilai mata wang Zlotych.

Cuaca

Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni..

IKLAN

Suhu pada musim sejuk boleh mencecah sehingga negatif. Tetapi kadang kala cuaca di sini turut berubah.

Kos

Ada beberapa barangan agak murah dan ada juga yang mahal. Sebagai contoh kebanyakan kos makanan untuk sehari ketika di sana antara 20 sehingga 40 Zlotych (mungkin lebih) jika anda makan di kedai. Begitu juga dengan penginapan iaitu antara 50 sehingga 150 Zlotych.

Makanan

Bagi pelancong beragama Islam, memasak merupakan pilihan terbaik. Walau bagaimanapun ada juga gerai yang menjual makanan halal seperti kebab.

Pengangkutan

Poland juga mempunyai sistem pengangkutan yang efisien walaupun ia bukanlah sebuah negara maju seperti Perancis atau Belanda. Begitu juga dengan segala kemudahan di sana yang serba lengkap. Cuma ada masa tertentu ketika cuti umum anda boleh melihat hampir semua kedai dan pusat membeli belah tutup.

Jom layan beberapa foto menarik di sekitar Poland.

Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni.. Poland Destinasi Percutian Hebat Di Eropah Timur. Layan Juga Poland Ni..

Sumber: Destinasi Poland

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI