Port Dickson sememangnya lokasi percutian yang sering menjadi tumpuan ramai di Negeri Sembilan. Setiap kali hujung minggu, pantai di sini biasanya penuh dengan pengunjung malah begitu banyak hotel dan villa persendirian menawarkan pelbagai kemudahan di pantai ini.
Bagi yang terasa nak bercuti atau yang tinggal di Negeri Sembilan, bolehlah intai-intai Villa Mihara ini. Tempat ini sebenarnya sangat sesuai untuk buat gathering dan reunion kerana ruangnya yang cukup luas yang mana korang berborak sampai ke pagi dengan kawan-kawan atau keluarga tanpa menggangu orang lain.
Ads
Villa Mihara ini menawarkan kemudahan seperti, kolam renan persendirian untuk dewasa dan kanak-kanak, boleh muat 15-30 orang untuk satu villa, ada 5 bilik tidur (dilengkapi penghawa dingin sepenuhnya), ada 4 bilik air (tak perlu berebut kalau datang ramai-ramai), siap ada ruang tamu dan dapur, lengkap dengan meja makan serta basic barangan masak seperti rice cooker, mesi air coway, blender, microwave, pinggan mangkuk, iron serta pelbagai lagi di mana, korang tak perlu angkut semua tu dari rumah.
Ads
Ads
Lebih menarik, ruang halamannya cukup luas di mana korang boleh access terus ke pantai. Paling penting, ia lokasi OOTD yang menarik ya. Kalau nak tahu lebih lengkap mengenai villa Mihara ini, boleh masuk ke fb mereka ya.
Gambar : FB Villa Mihara
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bukit Buluh yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut Pahang mempunyai keunikan tersendiri apabila pokok di kawasan itu kebanyakannya memiliki batang berwarna kemerahan. Dek kerana keunikan tersebut juga Bukit Buluh dikenali sebagai Red Forest bagi kebanyakan pendaki.
Keindahan alam semula jadinya yang cukup mempesonakan ternyata menarik ramai pendaki tempatan. Di sini pendakian mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke puncak. Bukit Buluh ini berketinggian sekitar 331 meter di mana bagi peminat sukan ekstrem mendaki Bukit Buluh bukanlah sesuatu yang agak sukar untuk ditawan. Makin tinggi pendakian makin cantik pemandangan yang disajikan.
Pada awal perjalanan pendaki perlu menempuhi kawasan ladang kelapa sawit sehinggalah menemui satu kawasan laluan di bawah sebuah pencawang. Kemudiannya pendaki akan mula meninggalkan kawasan terbabit dan memasuki kawasan hutan. Ketika ini, bagi yang tidak biasa mendaki akan mula terasa lelah. Sebelum sampai ke kawasan berbuluh, pendaki akan dihidangkan dengan pemandangan yang agak mengecewakan. Namun setelah berjumpa kawasan berbuluh di mana dari situ boleh tahu, pemandangan yang indah akan dapat dilihat tidak lama lagi.
Salah satu pokok yang terdapat di Red Forest di mana batangnya seakan-akan disimbah cat merah. Semakin mendaki ke atas, semakin cantik pemandangan sekitar hutan itu sehinggalah berjumpa dengan kawasan dinamakan sebagai Red Forest. Memang cantik sangat pemandangan di Red Forest itu.
Keindahan kawasan terbabit terlalu sukar untuk digambar dengan kata-kata melainkan pengunjung mendaki dan merasainya sendiri. Bayangkan bagaimana kawasan hutan berwarna merah boleh berada bersebelahan hutan berwarna hijau. Ia memang sesuatu yang menakjubkan. Red Forest umpama suasana hutan dalam scene filem aksi antarabangsa yang popular.
Ramai yang belum mengetahui kewujudan Red Forest termasuklah penduduk sekitar. Semoga keindahan yang terdapat di kawasan Bukit Buluh Red Forest ini terus terpelihara dan dilindungi dari sebarang kemusnahan agar ia dapat dinikmati pencinta alam sekitar dan generasi seterusnya.
Jika berpeluang sampai ke sini mohon supaya tidak memanjat pokok-pokok tersebut bagi mengelakkan kejadian buruk dan juga bagi memelihara permukaan kulit pokok yg berwana merah tersebut.
Nah, Libur belanja sikit gambar-gambar yang dikongsi oleh pendaki yang sudah pernah sampai ke sini
Gamuda Waterpark yang juga dikenali sebagai SplashMania ini terletak di Gamuda Cove, sebuah kawasan yang sedang pesat membangun di selatan Lembah Klang.
Merupakan taman tema air yang agak popular di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 27 jenis tarikan berbeza yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Ini beberapa tarikan utama yang anda boleh cuba sekiranya berkunjung ke taman tema ini:
Shaka Waka merupakan salah satu tarikan ikonik di GAMUDA Waterpark. Gelongsor air ini direka untuk memberikan gabungan keseronokan, ditambah lagi dengan visual yang luar biasa.
Dilengkapi dengan sistem pencahayaan LED interaktif yang bertukar warna di sepanjang gelongsor. Setiap bahagian gelongsor membawa sensasi yang berbeza, mencabar keberanian pengunjung dengan kelajuan serta selekoh yang mendebarkan.
Amazonia adalah salah satu tarikan utama di SplashMania yang menyerlah dengan reka bentuknya yang menyerupai kapal besar.
Bukan sahaja menyediakan pelbagai permainan air, tetapi juga mempunyai ruang kawasan untuk acara, dek DJ, dan pilihan makanan serta minuman.
Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti di sini sambil menghayati suasana yang penuh dengan hiburan.
Ravage River menawarkan pengalaman yang lebih santai dengan aliran sungai yang membawa pengunjung merentasi pelbagai elemen interaktif.
Anda boleh berehat di atas pelampung sambil dibawa oleh arus air sambil menikmati kawasan sekeliling yang dihiasi dengan pemandangan yang menarik.
Bagi yang kurang gemar aktiviti yang mencabar, aktiviti ini sangat sesuai untuk anda!
Monsta adalah gelongsor berkelajuan tinggi yang membawa pengunjung melalui sudut curam dan dinding melengkung sebelum ‘dihantar’ ke dalam mangkuk besar menuju ke kola.
Gelongsor ini sangat popular dalam kalangan pencinta adrenalin yang sukakan permainan ekstrim. Ia menawarkan pengalaman mendebarkan yang sangat mencabar namun penuh keseronokan.
Whoopa Loopa adalah merupakan gelongsor air interaktif yang pertama di Asia, menggabungkan permainan dengan cabaran fizikal.
Dengan kelajuan yang pantas dan laluan yang berliku, Whoopa Loopa adalah salah satu tarikan yang mesti dicuba oleh semua pengunjung yang mencari sesuatu yang unik dan inovatif.
Sky Leap adalah salah satu tarikan paling mencabar dan mendebarkan di Gamuda Waterpark, di mana pengunjung boleh merasai lompatan bebas dari ketinggian 17.5 meter.
Tarikan ini bermula dari dek tertinggi kapal besar Amazonia, yang membolehkan anda melompat terus ke dalam air di bawah.
Pengalaman ini bukan sahaja memberikan keterujaan adrenalin yang maksimum, tetapi juga memerlukan keberanian untuk melompat daripada ketinggian yang sebegitu rupa.
Zoomi’s Runway adalah zipline sepanjang 100 meter yang membolehkan pengunjung ‘terbang’ melintasi taman tema air ini.
Bermula dari dek kapal besar Amazonia, zipline ini membawa pengunjung meluncur di udara pada ketinggian yang cukup mengagumkan, memberi peluang untuk melihat pemandangan taman dari perspektif yang jarang diperoleh.
GAMUDA Waterpark atau SplashMania terletak di Gamuda Cove, sebuah kawasan pembangunan yang terletak berhampiran dengan bandar-bandar utama seperti Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA.
Dengan pelbagai tarikan yang menarik, kemudahan yang lengkap, serta lokasi yang mudah diakses, GAMUDA Waterpark atau SplashMania wajib ada dalam senarai kunjungan percutian anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak lengkap percutian ke utara tanah air jika tidak berkunjung ke Pulau Langkawi yang digelar bandar raya pelancongan kerana pastinya memberikan pengalaman manis kepada pelancong.
Bagi mereka yang menggemari dan terpikat dengan suasana pusat percutian itu sudah tentunya tidak teragak-agak untuk berkunjung semula ke Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan wajib. Ini kerana Pulau Langkawi memiliki banyak keistimewaan bukan hanya daripada aspek keindahan semula jadi, tetapi juga kepelbagaian cerita legenda yang menarik.
Mereka yang datang bercuti ke Pulau Langkawi sering kali berkunjung ke destinasi ‘biasa’ yang menjadi kelaziman pelancong. Tidak salah pun, tetapi jika anda mencari sisi lain bagi pulau lagenda ini atau ingin foto percutiaan yang berbaza daripada orang lain yang datang ke sini, boleh berkunjung ke lokasi yang dicadangkan saudara Aziz Jalil
Hidden Gems & Diamond Paradise In Langkawi
Bagi siapa yang ada plan nak pergi trip ke Langkawi, ini antara tempat baru dan lain dari yang lain korang boleh pergi.Tempat bergambar yang paling sesuai dengan view yang cantik dan menarik.
Antara tempat menarik ialah:
Menarikkan? Jom la cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau melancong ke Jepun, wajib try kimono kerana pengalaman ini bukan saja buat gambar nampak lebih cantik, malah memberi peluang untuk merasai sendiri budaya...