Aktiviti lain yang anda boleh join di sini adalah seperti menikmati keindahan alam sekeliling dengan berbasikal, main air terjun, laluan jungle tracking, mini petting zoo buat, pilihan glamping, kolam untuk memancing dan ada juga water park.
Rumah Dusun Sungai Mahang menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi mereka yang mencintai keindahan semula jadi dan ketenangan. Jadikan destinasi seterusnya untuk pengalaman percutian anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Rakyat di Malaysia jarang berpeluang untuk melihat kelibat ikan lumba-lumba bermain-main di depan mata dek kerana spesies ini jarang berada diperairan negara kita. Jika ada pun tidak mudah untuk dilihat kecuali kita berada di tengah lautan.
Kehadiran ikan lumba-lumba di perairan Port Dickson merupakan saat emas bagi orang ramai apabila berpeluang melihat sendiri aksi spesies marin itu, sekali gus merakamkan kejadian itu seperti yang tular di laman sosial.
Port Dickson merupakan destinasi pelancongan popular untuk aktiviti beriadah dan sukan air di Negeri Sembilan. Kehadiran sekumpulan ikan lumba-lumba tersebut di pantai peranginan tersebut di kawasan perairan Tanjung Tuan pastinya sesuatu yang sangat istimewa.
Rakaman berdurasi 43 saat itu, memaparkan aksi sekumpulan empat ekor ikan lumba-lumba berenang di perairan Tanjung Tuan dan ia dikongsi menerusi akaun Facebook ‘N9 INFO TRAFFIC’ serta mendapat ribuan ‘like’, ratusan ‘share’ dan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Fenomena itu adalah biasa bagi golongan nelayan dan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS). Ikan lumba-lumba spesies itu memang biasa dijumpai di perairan Malaysia dan adalah spesies mamalia marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985.
Kewujudan ikan lumba-lumba itu sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan nelayan ketika berada di laut. Bagi nelayan kewujudan ikan lumba-lumba itu sudah biasa diihat dan apabila orang awam ternampak buat pertama kali mungkin mereka agak terkejut dan teruja melihat ikan lumba-lumba di permukaan air. Kali terakhir ikan lumba-lumba itu dilihat di laluan kapal kargo di perairan Tanjung Tuan pada bulan Disember tahun lepas. Ikan-ikan lumba suka mengekori kapal sebab suka bermain alun di depan kapal.
Tidak dinafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini memberi kesan baik terhadap alam sekitar. Ia menunjukkan dengan ketiadaan aktiviti perikanan rekreasi, aktiviti penangkapan ikan yang tidak bertanggungjawab, aktiviti rekreasi air di Port Dickson dan ketiadaan orang ramai maka hidupan marin itu yang selalunya berkeliaran jauh akan lebih berani menghampiri kawasan pantai.
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan berharap agar tiada pihak yang mengganggu haiwan berkenaan kerana ia merupakan haiwan marin yang dilindungi bersama paus, dugong, penyu, yu gergaji, yu sirip putih besar, yu tukul dan pari manta.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi topik yang hangat diperkatakan beberapa minggu ini dan kini telah pun melabuhkan tirasinya.
Negara Jepun menjalankan tugas mereka mengikut garis panduan atau SOP dengan baik sekali walaupun berdepan pandemik.
Seiring dengan semangat menyokong atlet Malaysia, LIBUR ingin kongsikan lokasi 3 ahli sukan terkemuka dari Negeri Selangor dan tempat-tempat yang anda boleh lawati bagi mengenang jasa dan legasi mereka dalam arena sukan Negara dan antarabangsa.
Pemain bola sepak lagenda yang berasal dari Negeri Selangor ini telah dilahirkan pada 13 November 1953. Dato’ Mokhtar Dahari atau juga dikenali sebagai Supermokh terkenal dengan kehandalan dan kemahirannya dalam sukan bola sepak.
Beliau juga telah berjaya menjaringkan sebanyak 89 buah gol dalam 142 perlawanan antarabangsa dan telah menjadi penjaring yang terbaik sepanjang masa untuk pasukan Malaysia. Dato’ Mokhtar Dahari juga telah dinamakan oleh FIFA sebagai penjaring gol terbanyak di tempat ketiga dalam kategori antarabangsa selepas Ali Daei dan pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.
Selain itu, beliau juga telah membantu Selangor memenangi 10 Piala Malaysia sepanjang karier beliau ketika bermain untuk Selangor FA. Bagi peminat Dato’ Mokhtar Dahari dan peminat bola sepak yang lain, anda boleh kunjungi Muzium Bola Sepak Selangor yang terletak di Istana Alam Shah Klang untuk memperingati jasa bintang bola sepak ini serta menerokai sejarah dan koleksi bola sepak yang dikumpulkan sendiri oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Baju jersey Dato’ Mokhtar Dahari juga ada dipamerkan di sini bertujuan untuk mengenang jasa beliau sebagai pemain bola sepak Negeri Selangor. Jika anda berminat untuk melawati muzium ini, pastikan anda membuat lawatan secara berkumpulan dan membuat permohonan terlebih dahulu kepada Dato’ Pengelola Bijaya Diraja di Pejabat DYMM Sultan Selangor.
Selain Dato’ Mokhtar Dahari, Datuk R Arumugam juga adalah seorang legenda bola sepak yang berasal dari Negeri Selangor. Datuk R Arumugam yang juga dikenali sebagai ‘spiderman’ telah membantu pasukan bola sepak Negara Malaysia memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia 1974 di Tehran yang sehingga hari ini masih dikira sebagai pencapaian terbesar dalam sejarah bola sepak negara.
Oleh kerana kehandalan beliau dalam menangkas serangan pihak lawan dan kelebihan beliau dalam menangkap bola dari sudut yang sukar, beliau juga telah membantu pasukan bola sepak Negara mendapat tempat kelayakan dalam Sukan Olimpik Moscow 1980 yang pada ketika itu telah mengalahkan pasukan Korea Selatan dengan mata 2-1.
Pada tahun 2018, sempena memperingati jasa Datuk R Arumugam, Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Majlis Perbandaran Klang telah menukar nama Stadium Jalan Pekeliling, Port Klang kepada Stadium Mini Datuk R Arumugam sempena memperingati jasa beliau terhadap arena bola sepak Negara.
Tempat ini boleh dilawati oleh orang ramai untuk beriadah dan juga mampu memberikan semangat kepada golongan muda bagi mencapai cita-cita mereka berdasarkan kisah hebat Datuk R Arumugam.
Siapa yang tidak kenal dengan jaguh legenda badminton Malaysia; adik beradik Sidek. Adik beradik yang terkenal dengan siri animasi adaptasi berjudul ‘Anak-Anak Sidek” ini mula menerima latihan dari bapa mereka, Dato’ Haji Sidek Abdullah Kamar yang bertempat di hadapan rumah mereka yang terletak di Pekan Banting, Selangor.
Bukan sahaja terkenal dengan animasi dan komik berasaskan kisah mereka, adik beradik yang terdiri daripada Datuk Misbun Sidek, Datuk Jalani Sidek, Datuk Razif Sidek, Datuk Rashid Sidek dan Rahman Sidek ini juga berjaya menempa nama dalam sukan badminton dalam pelbagai arena berprestij termasuk Sukan SEA, Grand Prix Badminton Dunia, Piala Thomas dan juga Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England.
Pada tahun 1985, adik beradik ini telah menyertai kejohanan luar negara di Terbuka Hong Kong menjadikan mereka keluarga terbesar mewakili negara di pentas antarabangsa. Bagi peminat badminton dan legenda sukan badminton ini, anda boleh membuat lawatan ke Tugu Badminton Anak-anak Sidek yang terletak di Pekan Banting di dalam kawasan perumahan Dato’ Haji Sidek.
Tugu itu dibina sebagai memperingati jasa dan sumbangan keluarga Sidek dalam mengharumkan nama Negara di arena badminton di peringkat domestik dan antarabangsa.
Layari laman sesawang , www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada waktu kelak atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #ImagineNowExperienceSoon.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hutan Royal Belum tidak perlu diperkenalkan lagi. Destinasi ini sememangnya lokasi pelancongan negara yang terulung bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Umum mengetahui keindahan dan kemasyhuran kawasan hutan hijau itu membuatkan ia sering menjadi bualan dan mendapat banyak pengiktirafan.
Hutan Royal Belum terletak di Gerik, Perak pasti menjanjikan satu percutian yang terbaik untuk anda. Untuk ke destinasi ini, anda boleh memilih samada menggunakan jalan darat atau melalui jalan air. Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum. Ini perkara menarik ada di Hutan Royal Belum:
Menarik betul Hutan Royal Belum ini. Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada destinasi yang cantik kerana bangunannya, ada pula yang memikat kerana alam semula jadi. Namun di Monsanto, kedua-duanya seolah-olah bergabung menjadi satu pemandangan luar...