Kalau bercerita pasal perkhidmatan teksi di sekitar Kuala Lumpur (KL) ni, memang bertimbun-timbun cerita yang boleh kita dengar. Tapi masalahnya, cerita yang kita dengar tu kebanyakkannya bukan cerita yang boleh dibangga-banggakan sangat. Banyaknya cerita sumpah seranah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi di KL.
Anda tak percaya? Cuba cari cerita berkaitan dengan teksi Malaysia di laman-laman sosial dan baca komen wargamaya yang pernah menggunakan khidmat teksi. Daripada beribu-ribu komen, boleh kata semua menyumpah seranah pemandu teksi. Ada yang kata pernah kena sembelih, ada yang kata suka mencarut, ada yang kata baran, ada kereta berbau dan tak selesa.
Saya boleh bilang pakai jari, daripada 10 komen, mungkin ada satu saja yang memuji sesetengah pemandu teksi yang betul-betul jaga perkhidmatan beliau kepada pelanggan. Untuk pemandu teksi yang jaga kualiti dan imej teksi, saya ucapkan terima kasih dan salam hormat pada anda.
Gambar hiasan.
Tapi pemandu teksi yang mencemar imej menjatuhkan maruah ni macam mana? Dah la diorang yang antara menjadi muka depan negara menyambut kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara. Sedangkan warganegara sendiri pun dah pangkah naik teksi sebab kene sembelih, anda bayangkan pula dengan pelancong asing, rasa-rasanya macam mana?
Isu ini lah yang menjadi kemarahan kepada saudara Mohd Faiz Hashim dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau. Melalui daripada pengamatan, saudara Faiz ni pun pemandu teksi tetapi beliau kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawan teksi yang lain hingga mencemar dan memberi persepektif buruk kepada perkhidmatan teksi di negara kita.
Menurut saudara Faiz, sikap tidak jujur dengan tidak menggunakan meter dan berlagak samseng membuatkan pelanggan lari dari terus menggunakan khidmat teksi dan beralih kepada menggunakan khidmat e-hailing.
Ads
Faiz turut berkata bahawa baru-baru ini beliau ada membawa sekumpulan pelancong asing yang di’sembelih’ oleh pemandu teksi di KL dengan harga yang tidak masuk akal. Cerita daripada pelancong asing tersebut, dek kerana salah seorang dalam kumpulan mereka OKU, mereka terpaksa mengambil teksi berkenaan sekalipun ditawarkan harga yang merepek dan tidak menggunakan meter.
Ads
Sikap semacam ini lah yang membuatkan penumpang lebih suka naik Grab berbanding teksi. Tapi bila orang awam pilih Grab, ada pemandu teksi yang marah.
Antara lokasi hotspot pemandu teksi ‘kaki sembelih’ penumpang yang perlu anda berjaga-jaga selepas ini;
Ads
Depan Petaling Street Teksi yang bersidai luar Klcc Segelintir yang bersidai luar pavilion. Depan arab street Depan Time Square. Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.
Saudara Faiz juga sempat menyampaikan kepada semua bahawa cara mudah untuk anda mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan aplikasi GrabTaxi. Anda ada pilihan untuk menggunakan teksi bajet atau eksklusif bergantung kepada selera anda yang mana. Lebih menyakinkan adalah pemandu teksi yang menggunakan aplikasi ini akan mematuhi standard yang ditetapkan kalau tak mahu disenaraihitamkan kerana tidak mengikut undang-undang.
Akhir kata, kepada pemandu teksi, sebelum anda harapkan bantuan daripada sesiapa, apa kata anda bantu perniagaan anda dahulu dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan izin tuhan, anda boleh mengubahnya.
Gambar hiasan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Airglow adalah atmosfera bumi yang bercahaya. Ia berlaku setiap masa di seluruh dunia, Ada 3 jenis ‘airglow’ : dayglow, twilightglow dan nightglow. Setiap satu terhasil kerana cahaya matahari yang berinteraksi dengan molekul di dalam atmosfera kita, namun mereka wujud dalam bentuk tersendiri.
Cahaya matahari memancar tenaga ke atmosfera pada siang hari, dan sebahagian di pindah ke bentuk oksigen. Tenaga ekstra ini membuat molekul oksigen berpecah ke atom individu. Biasanya ini terjadi pada altitud 100km. Bagaimanapun, atom oksigen tak mampu membuang tenaga ekstra ini dengan mudah lalu menyimpan tenaga ini untuk beberapa jam.
Atom oksigen tersebut berjaya bersatu sekali lagi dan membentuk oksigen molekular. oksigen molekular ini melepaskan tenaga dalam bentuk cahaya dan menghasilkan beberapa cahaya berlainan.
New Delhi, India mendominasi senarai bandar raya tercemar untuk tahun lepas (2018) dengan menduduki 22 daripada 30 kedudukan teratas, demikian menurut laporan Greenpeace.
Pencemaran udara dianggarkan menyumbang kepada 7 juta kematian awal pada setiap tahun dan dianggap sebagai risiko kesihatan alam sekitar tunggal terbesar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. New Delhi sekali lagi dinamakan sebagai ibu negara yang mempunyai udara paling tercemar dan berada di tempat ke-10, jirannya, bandar Gurugram menduduki tempat pertama senarai tersebut. Bandar-bandar di China, Pakistan dan Bangladesh turut berada pada kelompok 30 teratas.
Senarai yang dikenali sebagai Laporan Kualiti Udara 2018 itu disusun oleh Greenpeace dan IQAir AirVisual dengan menggunakan data pencemaran udara dari beribu-ribu stesen pemantau milik awam serta persendirian di seluruh dunia. Ia bertujuan untuk menyenaraikan lebih 3,000 bandar raya daripada paling kotor hinggalah yang paling bersih.
Di peringkat negara pula, Bangladesh muncul sebagai negara paling tercemar diikuti rapat oleh Pakistan dan India, manakala Afghanistan serta Mongolia turut berada di 10 tempat teratas. Selain kehilangan nyawa manusia, pencemaran ini menyumbang kepada kehilangan tenaga buruh global dianggarkan bernilai AS$225 bilion (RM920 bilion) dan kerugian beberapa trilion dolar akibat kos perubatan. Ia memberikan impak yang amat besar terhadap kesihatan dan kewangan.
Laporan itu turut memantau partikel pencemaran halus dikenali sebagai PM2.5 yang boleh menembusi salur udara dan menyebabkan masalah pernafasan. Daripada lebih 3,000 bandar raya yang dianalisis, 64 peratus didapati mencatatkan kadar PM2.5 melebihi daripada garis panduan pendedahan tahunan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Bagi 'kaki wayang' dan penggemar filem tempatan, mahupun antarabangsa, pengumuman kerajaan semalam untuk membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai 2020, sudah tentu merupakan satu perkhabaran gembira.
Selepas hampir tiga bulan terpaksa menonton 'layar kecil' di rumah, kelonggaran yang diberikan ini amat ditunggu-tunggu. Antara filem yang dijadual untuk ditayangkan di pawagam adalah filem perisikan British terkenal, 'James Bond: No Time To Die', yang sepatutnya ditayangkan pada April lepas, namun terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19. Turut 'beratur' menunggu giliran untuk ditayangkan termasuk filem francais Marvel 'Black Widow'; filem keluaran Walt Disney Pictures 'Mulan', serta filem seram 'Antlers' dan 'Antebellum'.
Bukan sahaja dapat menonton wayang, kerajaan turut memutuskan untuk riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar dan kolam renang persendirian. Ini la waktu yang sesuai untuk membawa anak-anak keluar bercuti setelah lama berkurung ketika perintah kawalan pergerakan dan menginap di hotel atau resort yang ada menyediakan kemudahan kolam renang.
Kebenaran yang sama juga diberikan terhadap penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan serta membenarkan aktiviti teater dan 'live event'. Namun dalam keghairahan terhadap kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan, aspek kawalan kendiri serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan oleh kerajaan perlu terus diutamakan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...