Pramugari Korean Air Positif COVID-19, 200 Penumpang Dikhuatiri Dijangkiti

Share

Seorang Pramugari dari penerbangan Korean Air yang tidak didedahkan identitinya disahkan positif jangkitan COVID-19.

Wanita terbabit dilapor telah memberikan layanan kepada lebih 200 penumpang ketika bertugas dalam dua penerbangan ke Tel Aviv dan Los Angeles, bulan Februari lepas.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea dalam perkembangan terkini mengesahkan 31 daripada lebih 200 penumpang berkenaan dijangkiti virus tersebut dalam penerbangan ke Tel Aviv.

Korean Air dilapor menghentikan operasinya di Lapangan Terbang Incheon bagi melakukan operasi pembasmian kuman susulan pengesahan tersebut.

Berikutan penularan virus tersebut yang semakin serius di negara itu, Korean Air kini mewajibkan semua kakitangannya memakai topeng muka ketika bertugas. Syarikat itu turut menyediakan sut hazmat sebagai langkah kecemasan sekiranya jangkitan dikesan sewaktu penerbangan.

Sumber: astroawani

IKLAN