Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia sudah menjejakkan kaki di tanah yang terkenal sejarah kisah Mahsuri ini. Begitu juga dengan pelancong asing, rata-rata yang datang ke Malaysia pasti mempunyai kenangan tersendiri bercuti di Langkawi.
Kereta Kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang adalah destinasi wajib cuba di Langkawi. Dari sini anda berpeluang melihat panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian yang berusia 500 juta tahun. Jika cuaca baik, hampir keseluruhan Pulau Langkawi dapat dilihat dengan jelas dari aras tinggi. Selesai menaiki kereta kabel dan sebelum berlepas balik, jangan lupa untuk berkunjung ke Muzium 3D dan singgah ke premis Sri Kandi. Di sini anda berpeluang untuk mencuba pelbagai pakaian tradisional berserta aksesori sambil mengambil gambar kenang-kenangan di setiap sudut bangunan ini.
Ads
Langkawi SkyCab, antara sistem kereta kabel tercuram di dunia yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Mat Chinchang berketinggian 708 meter, turut menawarkan potongan harga tiket masuk kepada warga pulau ini. Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB), pengendali Langkawi SkyCab berkata pihaknya menawarkan tiket masuk pada harga RM20 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Ads
Harga RM20 itu termasuk harga tiket menaiki Langkawi SkyCab, Langkawi SkyBridge dan SkyGlide, malah pengunjung dapat menikmati teh tarik percuma di puncak Gunung Mat Chinchang. Tawaran ini sah sehingga 6 Disember 2020.
Ads
Jom pusing-pusing Pulau Langkawi~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penggunaa aplikasi Google Earth dalam kehidupan seharian kita hari ini sememangnya sangat membantu. Lebih-lebih lagi buat pengembara yang ingin melihat kawasan sebenar destinasi yang ingin dituju. Selain memberi gambaran sebenar lokasi berkenaan, kadangkala Goolgle Earth membantu anda mengesan sesuatu yang diluar jangkaan.
Mayat seorang lelaki yang hilang lebih dua dekad lalu berjaya ditemui dengan bantuan aplikasi Google Earth berada di dalam sebuah tasik. Mayat di dalam sebuah kereta yang terbenam dalam tasik di Florida itu disahkan milik William Moldt yang dilaporkan hilang pada 7 November 1997.
Pada hari kejadian 22 tahun lalu, William Moldt dilapor tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kelab malam. Pencarian polis pada ketika itu bagaimanapun tidak mendatangkan hasil dan dianggap misteri.
Namun pada bulan lalu, polis dimaklumkan tentang penemuan sebuah kereta di dalam tasik di Moon Bay Circle, Wellington. Apabila kereta itu ditarik naik, mayat yang sudah tinggal rangka ditemukan dan disahkan milik William Moldt.
Difahamkan kereta William Moldt yang terbenam dalam tasik itu ditemui secara tidak sengaja oleh seorang bekas penduduk yang melakukan carian di Google Earth. Pencarian seterusnya menggunakan dron mengesahkan terdapat sebuah kereta yang terbenam di dalam tasik seperti mana dilihat.
Menurut polis Palm Beach County, William Moldt jika masih hidup kini berusia 62 tahun dipercayai hilang kawalan ketika memandu dan keretanya terjunam ke dalam tasik. Tiada sebarang tanda kemalangan dikesan ketika pencarian William Moldt dilakukan semasa kejadian sehinggakan kes kehilangannya menjadi misteri.
Sejak kebelakangan ini ramai penduduk di Malaysia cukup agresif melakukan aktiviti berbasikal mengelilingi daerah seluruh tanah air.
Fenomena sukan berbasikal dalam kalangan masyarakat Malaysia ketika ini sangat ‘in’. Aktiviti berbasikal ini dianggap sebagai aktiviti sihat. Ia bukan sahaja menyihatkan, malah dapat mencipta kenalan baharu yang sama-sama berkongsi hobi dan minat sama.
Antara tempat menarik yang menjadi tumpuan penunggang basikal di Lembah Klang yang baru berjinak dalam aktiviti berbasikal ialah:
-Taman Botani Negara Shah Alam,
-Taman Botani Putrajaya
-Taman Bukit Kiara.
Ada dalam kalangan mereka yang lama dan pakar dalam aktiviti ini dan mencuba trek lebih mencabar seperti:
-Mayor’s Hill
-Fraser’s Hill
-Bukit Tinggi
Hobi yang semakin mendapat tempat ini bagaimanapun timbul beberapa isu kurang enak khususnya berkaitan keselamatan selain turut mendapat kritikan warga maya di laman sosial.Dalam keasyikan mereka menikmati sukan itu berkemungkinan ada pihak yang tidak sedar mereka sebenarnya mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain terutamanya bagi pendatang baharu yang masih belum memahami garis panduan keselamatan.
Kalau perasan, beberapa laluan lebuh raya ketika ini menjadi tumpuan kelompok berbasikal tidak kira sama ada pendatang baharu mahupun yang sedia ada. Isu ini sangat trending dan turut mendapat perhatian pihak berkuasa. Nak berbasikal tidak salah sekiranya kalian:
Tahu isu keselamatan. Masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana cara menunggang basikal dengan selamat dan cara hormati pengguna jalan raya lain.
Ketua kumpulan berbasikal tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi. Bercampurlah dan belajar dengan individu yang dah ada ilmu pengetahuan mengenai sukan ini kemudian baru boleh bimbing kumpulan sendiri.
Belajar bagaimana nak guna laluan dengan betul, terutamanya di laluan jalan raya yang sibuk.
image via pexels.com | sumber: astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cuti-cuti Malaysia, ramai yang memilih untuk pergi ke lokasi air terjun, mandi sungai atau pantai. Memang seronok kerana Malaysia antara negara yang mempunyai destinasi alam yang begitu indah dan cantik.
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti air terutamanya apabila bersama kanak-kanak.
Sumber data Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) telah mengenalpasti 15 kawasan Hot Spots berisiko mati lemas di seluruh Malaysia. Mungkin senarai ini boleh dijadikan panduan kepada anda agar lebih berwaspada jika ingin berkelah atau mandi-manda di kawasan ini. Ibu bapa juga diminta mengawal pergerakan anak-anak mereka semasa berkunjung ke tempat rekreasi dan patuh kepada tanda amaran melarang aktiviti air atau panduan keselamatan di kawasan berisiko tinggi.
LOKASI BERISIKO TINGGI LEMAS:
Kawasan Pantai:
Pantai Nipah, Bachok, Kelantan
Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
Teluk Bahang, Pulau Pinang
Kawasan Lombong/Empangan:
Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor
Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor
Kawasan Air Terjun:
Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor
Sekayu, Terengganu
Lata Berembun, Raub, Pahang
Chamang, Bentong, Pahang
Kawasan Sungai:
Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah
Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor
Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan
Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...