Siapa yang tak kenal dengan nama Saiful Nang – satu nama yang cukup terkenal dalam dunia fotografi di Malaysia dan juga di luar negara.
Anak kelahiran Bukit Kapar ini bukan sahaja terkenal dengan kemahirannya merakam gambar, tapi juga dalam dunia perniagaan dan kerja-kerja kebajikan sehingga diangkat menjadi ikon belia yang berjaya kepada anak-anak muda. Beliau banyak memenangi anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
Namun, Saiful baru-baru ini terpalit dengan satu isu yang menyentuh sensitiviti dan mengguris hati rakyat Malaysia apabila cubaan mempromosikan trip Rarecation beliau ke Israel mendapat kritikan yang hebat wargamaya.
Kebanyakkan daripada mereka berasa tidak berpuas hati apabila Saiful cuba untuk mempotretkan sisi baik Zionis Israel yang selama ini membantai tanpa belas ihsan rakyat Palestin yang serba kekurangan.
Tekan pada pautan di bawah untuk baca hantaran yang dibuat di laman Facebook Saiful Nang.
Hantaran Facebook beliau dikongsikan lebih 1,300 perkongsian tetapi rata-rata daripadanya mengkritik tulisan dan pemikiran Saiful yang seolah-olah menidakkan hak rakyat Palestin dengan mengatakan pendudukan negara haram Israel di tanah Palestin seolah-olah ‘halal’ melalui Rules of Absence dan rakyat Israel menganggap kita seperti saudara?
Ads
Israel menggunakan Rules of Absence dengan cara mengisytiharkan kawasan itu menjadi milik mereka apabila tanah tersebut tidak diduduki sesiapa dalam satu tempoh masa. Selain daripada itu, Saiful berkata penjualan tanah besar-besaran oleh orang Arab Palestin dan tekanan Yahudi menghalau rakyat Palestin pada 1948 juga menjadi sebab mengapa Zionis menguasai kawasan itu sekarang.
Disambut Yahudi seperti saudara
Saiful juga mendakwa beliau dan rombongannya yang melancong ke Israel disambut baik oleh komuniti Yahudi yang sayangkan keamanan dan menganggap mereka seperti saudara. Ramai orang Israel yang mahukan keamanan, sama seperti orang Islam tetapi ada puak-puak pelampau dari kedua-dua pihak yang mencetuskan ketegangan dan sentiasa mahu membunuh antara satu sama lain. Hal itu menyebabkan kedua-dua belah pihak berasa tidak selamat.
Disebabkan itu, ada diantara wargamaya bertindak mempertikai dan menyindir Rules of Absence yang ditulis oleh Saiful dengan mengatakan adakah ketiadaan Saiful dirumah ketika bercuti membolehkan orang lain tinggal dan menetap di rumah beliau?
Ads
Pelancongan bukan sumber utama pendapatan Israel
Walaupun ramai yang mengkritik promosi pelancongan yang diberikan kepada Israel oleh Saiful, beliau mengatakan bahawa pelancongan bukan satu-satunya sumber pendapatan yang boleh diperolehi Israel dalam membangunkan negara dan ekonomi mereka. Tanpa sedar, setiap hari kita semua adalah penyumbang kepada pembangunan dan ekonomi Israel melalui perbankan, teknologi, perniagaan franchise, aplikasi mudah alih, Facebook, Instagram, Waze dan banyak lagi.
Biarpun kebanyakkan perkara berasaskan Yahudi itu digunakan secara percuma, tetapi pengiklanan yang dijalankan di dalamnya sudah cukup untuk memberikan pulangan dan menjana ekonomi Israel, ujar Saiful.
Media sengaja menggembar-gemburkan perkara kecil di Israel
Saiful juga berkata bahawa media antarabangsa sengaja melaporkan sesuatu seperti kejadian itu sangat besar walhal ianya hanya perkara kecil sahaja seperti kejadian kebakaran yang berlaku di Masjid Al-Aqsa apabila media melaporkan keadaan sangat tidak stabil sedangkan beliau yang berada di tempat kejadian berasakan kejadian tersebut boleh selesai dengan hanya menggunakan sebuah lori bomba yang kecil sahaja.
Ads
Kejadian seorang budak mabuk dan membuat kacau di pagar Al-Aqsa juga dilaporkan seperti ada rusuhan dan berlaku keganasan supaya orang ramai takut untuk melawat ke sana walaupun keadaan sebenarnya tenang dan baik sahaja, mengikut pandangan Saiful.
Pendapat Libur, naratif keseluruhan teks yang dibuat oleh Saiful agak bias dan menyebelah kepada Israel. Di dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, semestinya tindakan Saiful itu akan mengundang kecaman wargamaya yang sememangnya terkenal sebagai ‘onion army’ yang menyokong Palestin hingga hujung nyawa.
Sekalipun ada logik yang disampaikan oleh Saiful, tapi dengan ‘membenarkan’ Rules of Absence dan mengatakan Yahudi mengalu-alukan kita sebagai saudara, em membuatkan Saiful kelihatan agak jahil dengan fakta sebenar yang berlaku di Palestin.
Jadi apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan Saiful Nang? Kongsikan pendapat anda diruangan komen Facebook ‘Yahudi’ kami.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tatkala ramai di antara penduduk di Shah Alam serta beberapa lokasi di beberapa buah daerah dan negeri berdepan ujian banjir, bantuan diterima tidak pernah putus.
Bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir Tourism Selangor menerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Tourism Selangor serta orang awam yang terkesan dengan bencana banjir susulan hujan lebat tempoh hari.
Menurut Touriism Selangor, seramai 20 orang kakitangan mereka telah mengambil bahagian dan turun padang dalam misi bantuan banjir di daerah yang terlibat di Negeri Selangor kali ini.
Pelbagai jenis bentuk bantuan telah diberikan kepada kakitangan Tourism Selangor yang terkesan dengan bencana banjir seperti bantuan kewangan sebanyak RM800, bakul makanan dan barang keperluan asas.
Selain itu, pihak pihak Tourism Selangor turut bekerjasama dan berkolaborasi bersama Aliments dan mengagihkan sebanyak 500 pek makanan daripada pek makanan ‘Kejap’ kepada mangsa banjir di daerah Hulu Langat.
Ia merangkumi beberapa buah kampung seperti Kampung Bukit Dukung, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sri Jambu dan Kampung Baru Batu.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Tuan Azrul Shah Mohamad dalam kenyataannya berkata, “Tourism Selangor amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia susulan bencana banjir yang melanda Negara, khususnya Negeri Selangor. Secara tidak langsung bencana banjir ini turut menjejaskan aktiviti pelancongan di Negeri ini namun saya berharap agar keadaan akan pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat”.
Mereka juga turut menzahirkan nasihat kepada orang ramai agar mengambil air minuman dan makanan yang bersih untuk mengelakkan sebarang penyakit atau keracunan makanan.
Tourism Selangor turut menyarankan agar semua pihak agar terus peka terhadap aspek keselamatan dan mengamalkan panduan keselamatan ketika banjir.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kejadian ribut debu didorong oleh angin kencang yang membawa tanah kering sering melanda Australia dengan menghamburkan debu membadai kawasan sekitar sehingga menjadikan langit bertukar jingga dan jarak penglihatan sangat buruk.
Penduduk tempatan disarankan supaya kekal berada di dalam rumah jika fenomena ini berlaku, terutamanya kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mengalami masalah pernafasan. Kejadian itu juga boleh menyebabkan beratus-ratus orang yang mengalami kesukaran bernafas, dan memaksa pembatalan penerbangan.
Rabu lalu, ribut debu yang biasanya berlaku ketika musim panas melanda sebuah bandar kecil di barat laut Victoria di Australia telah menukar keadaan sekitarnya menjadi malam.
Ribut merah yang turut membawa angin kencang itu berjaya dirakamkan Biro Meteorologi (BOM) ketika ia melepasi Lapangan Terbang Mildura pada jam 5 petang (waktu tempatan). Tahap penglihatan dilaporkan juga merosot ketika kejadian itu.
Ia adalah ribut debu terburuk pernah berlaku di Mildura dalam tempoh 40 tahun. Ia adalah fenomena kitaran yang biasa berlaku ketika musim panas dan kering yang membawa angin dan debu melebihi 30 kilometer sejam dari barat ke timur.
Orang awam yang menyaksikan fenomena tersebut, Lisa Guarnaccia berkata dia sedang memandu ke Mildura ketika fenomena tersebut terjadi secara tiba-tiba.
“Saya dapat melihat langit berubah warna secara tiba-tiba dan cuaca agak berangin. Langit siang terus menjadi gelap dan jarak penglihatan hilang, hanya beberapa ratus meter sahaja nampak. Fenomena itu sangat menakutkan saya,” katanya.
Walau bagaimanapun, difahamkan, langit kembali cerah kira-kira 20 minit kemudian. Sementara itu, peramal cuaca kanan BOM, Dean Stewart memaklumkan keadaan cuaca itu adalah agak luar biasa pada tahun ini.
Bandar tinggalan Nichitsu, atau lebih dikenali sebagai Nichitsu Ghost Town sememangnya digemari oleh pemburu paranormal dan haikyo (benda yang telah musnah).
Nichitsu Ghost Town terletak 50km dari Chichibu, Saitama, atau 120km dari bandar Tokyo hanya boleh diakses melalui kenderaan peribadi sahaja. Bandar ini dibina sejak tahun 1600 di mana hasil dari pembangunan lombong berdekatan yang kaya dengan sumber emas, besi dan zink. Pada tahun 1937, lombong ini telah dibeli oleh syarikat Nichitsu Corporation, menjadikan nama bandar ini sebagai Bandar Nichitsu.
Rumah lama yang ditinggalkan..
Keadaan jalan dan rumah yang dah litupi lalang tinggi.
Bandar ini pernah diduduki oleh sekurang-kurangnya 3,000 orang pada satu-satu masa dahulu tetapi penduduknya seolah-olah telah “hilang” sekelip mata. Terdapat sekolah, hospital, pejabat pos, dan lombong yang telah terbiar. Peralatan dapur di rumah lama, ubat-ubatan dan hasil X-ray di hospital yang ditinggalkan, masih ada.
Peralatan memasak masih ada.
Mesin jahit yang ditinggalkan .
Ruang ubat-ubatan dalam hospital yang telah terbiar. Ubat-ubatan masih ada di situ.
Peralatan yang ditinggalkan dalam salah satu bilik di hospital lama.
Mengapa bandar ini terbiar dan ditinggalkan?
Tiada sumber yang menyatakan sebab-sebabnya, tapi pendapat peribadi Kak Nita, mungkin sumber lombong telah berkurangan secara drastik, menjadikan penduduk berpindah keluar dari bandar ini.
Jika anda peminat haikyou dan ingin mencari kelainan semasa melancong ke Jepun, boleh la masukkan Nichitsu Ghost Town dalam itinerari anda. Tetapi suka untuk mengingatkan bahawa sila berhati-hati kerana struktur bangunan di kawasan ini sudah usang mungkin akan runtuh bila-bila masa sahaja.
Foto dijumpai di dalam kawasan sekolah. Agak emosi melihat gambar ini membayangkan tempat ini pernah didiami manusia suatu ketika dahulu.
Foto dijumpai di dalam kawasan sekolah. Agak emosi melihat gambar ini membayangkan tempat ini pernah didiami manusia suatu ketika dahulu.
Adakah ianya mempunyai unsur paranormal? It’s you to find out!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...