Jika tahun-tahun sebelum ini, keadaan di lebuh raya ketika ini sudah pasti penuh sesak dengan kenderaan warga kota yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut bulan Ramadan, namun kali ini keadaannya jauh berbeza, lebuh raya kelihatan lengang.

Ini kerana tiada sebarang pergerakan rentas negeri dibenarkan dan orang ramai tidak boleh pulang ke kampung untuk menyambut puasa bersama tersayang sepanjang tempoh PKP ini bagi menyekat penularan virus berbahaya itu.

Ketika ini kita akan dididik perasaan sayang dan menghargai apabila berada jauh bersama dengan ibu bapa atau keluarga tersayang. Pastikan selepas wabak ini berakhir dan kita ada peluang untuk berjumpa kembali insan-insan tersayang, anda menghargai setiap detik dapat bersama.

Bulan Ramadan kali ini juga pasti dirindui untuk menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid selain kemeriahan bazar Ramadan yang menjual pelbagai juadah seperti murtabak, popia, ayam golek dan air katira. Jadi inilah masa yang sesuai bukan sahaja ibu atau bapa mahupun yang bujang untuk mengasah bakat masing-masing dalam bidang masakan.

IKLAN

Puasa Tahun 2020 Akan Paling Diingati & Penuh Hikmah Puasa Tahun 2020 Akan Paling Diingati & Penuh Hikmah

Untuk mereka yang lebih selesa membeli makanan di luar, juga tidak perlu bimbang, walaupun bazar Ramadan tidak dibenarkan, perkhidmatan e-bazar tetap ada dengan penghantaran melalui perkhidmatan e-hailing untuk menghantar juadah yang dihendaki.

IKLAN

Perintah Kawalan Pergerakan turut membuka ruang kepada ketua keluarga yang sebelum ini sibuk dengan urusan kerja untuk mengimarahkan bulan Ramadan bersama isteri dan anak-anak mereka.

Puasa Tahun 2020 Akan Paling Diingati & Penuh Hikmah

IKLAN

Mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata biasanya seorang ketua keluarga mempunyai masa terhad bersama keluarga namun PKP membuka ruang kepada seorang bapa untuk menjadi iman dan membimbing keluarga mereka sepanjang bulan Ramadan.

Bayangkan selama sebulan seorang bapa dapat tarbiah anak mereka selama sebulan dalam bulan Ramadan dan anak akan ingat sampai bila-bila. Sebagai contoh, ketua keluarga iaitu suami boleh mengadakan tazkirah dalam kumpulan kecil bersama anak-anak dan isteri sekali gus memberikan hubungan istimewa antara ahli keluarga sepanjang berada di rumah,” katanya.

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI