Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar bermula 11 September 2020 tiada kaitan dengan Pulau Langkawi yang turut mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi.
Oleh itu, pengunjung yang berhasrat ke Pulau Langkawi tidak perlu risau akan faktor perintah kawalan terbabit kerana tidak melibatkan pulau lagenda ini yang berstatus hijau.
Ads
Langkawi kekal sebagai zon hijau COVID-19, justeru pelancong tidak perlu risau untuk ke pulau peranginan ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan. Menurutnya usaha LADA dan pemain industri untuk menarik pelawat ke pulau peranginan itu selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri mula menunjukkan hasil dengan kira-kira 82,000 orang mengunjungi Langkawi pada Jun 2020.
"Pada Julai jumlah meningkat kepada 189,000 dan kita lihat trend yang sama pada Ogos, namun pelaksanaan PKPD sedikit-sebanyak menjejaskan usaha yang dilakukan mungkin kerana ada kekhuatiran dalam kalangan pelancong. Ini tidak benar, aktiviti pelancongan di Langkawi masih berjalan seperti biasa, kita berada dalam zon hijau tidak harus ada kegusaran atau risau dalam kalangan pengunjung untuk datang ke Langkawi. Oleh itu, saya nak mengajak pengunjung yang bercadang untuk melancong ke Langkawi terus datang ke sini, kita selamat and it’s fun to be here," katanya.
Sebuah video menunjukkan pembentukan awan ribut berpusar yang menyerupai piring terbang makhluk asing berjaya dirakam di Amarillo, Texas Sabtu lalu. Fenomena bentuk awan sebegini pernah wujud beberapa tahun lalu, sebelum ribut melanda sesetengah kawasan di Texas.
“Awan ribut itu telah diekori untuk satu tempoh panjang, menyaksikan ia bergerak merentasi pekan Panhandle dalam tempoh beberapa jam. Pergerakannya menarik perhatian penduduk bandar dan pekan yang dapat melihatnya menyebabkan media sosial dibanjiri gambar-gambar menarik awan ribut itu,” kata individu yang merakam video itu kepada portal berita Newsflare.
Rakaman video diambil dari jarak jauh berdekatan sebatang jalan raya itu kelihatan seperti sebuah piring terbang yang sangat besar sedang berlegar atau bersedia untuk mendarat.
Awan ribut petir seumpamanya jarang terbentuk tetapi boleh membawa kepada ribut besar bersama hujan ketulan ais sebesar besbol, angin kencang, malah mungkin membentuk pusaran puting beliung.
Penduduk telah diberi amaran agar berhati-hati dengan fenomena ini kerana mungkin akan menyebabkan cuaca buruk atau ribut kuat berlaku. Ini kerana ada yang mengambil kesempatan untuk merakam gambar kenangan dan menghiraukan amaran yang dikeluarkan jabatan kaji cuaca.
There is a saying "If it rains on your wedding, it's good luck. So what's the saying for when a huge Super Cell starts…
Ada berita baik untuk orang-orang Melaka dan Pulau Pinang!
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad dijangka memulakan laluan baharu ke Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam di sini pada 1 Julai ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata AirAsia telah menghubungi Malaysia Airports Holdings Berhad dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia bagi menyatakan hasrat untuk memulakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka ke destinasi tersebut.
“AirAsia turut menyatakan hasrat untuk memulakan laluan baharu yang lain dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka iaitu ke Kota Kinabalu, Langkawi dan Pekan Baru selewat-lewatnya hujung tahun ini. Ini memberi petunjuk bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sudah semakin maju dan dengan adanya laluan baharu ini, ia dapat membantu pertumbuhan sektor pelancongan di Melaka,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka.
Beliau menjawab pertanyaan Damian Yeo Shen Li (DAP-Duyong) yang ingin tahu jumlah pengguna, destinasi baharu dan keselamatan infrastruktur di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.
Mohd Sofi (Amanah-Durian Tunggal) berkata seramai 55,243 orang telah menggunakan perkhidmatan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sepanjang Januari tahun lepas hingga Januari tahun ini.
“Bagi 2019, kerajaan negeri menyasarkan seramai 75,000 orang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka susulan pelbagai laluan baharu dibuka melalui operator penerbangan Malindo Air dan AirAsia,” katanya.
Menurut beliau, infrastruktur di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sentiasa diselenggara dengan baik secara berjadual oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad dan Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia selain selamat digunakan kerana memenuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Sebelum Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka diberi kebenaran untuk Malindo Air dan AirAsia beroperasi, kerajaan negeri sudah bersiap sedia dengan soalan itu. Jurutera AirAsia sendiri menyatakan keyakinan dan sudah melakukan ujian pendaratan bahawa mereka bersedia menggunakan pesawat jenis Airbus A320,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Yeo.
Tourism Selangor telah melakukan kolaborasi di atas talian buat pertama kali bersama Pejabat Tourism Malaysia Jeddah. Ia merupakan inisiatif promosi pelancongan antarabangsa Negeri Selangor pasca pandemik Covid-19.
Sesi Webinar yang diadakan menerusi aplikasi ‘Zoom’ tersebut menghubungkan seramai lebih 20 orang penggiat industri pelancongan dua buah Negara yang terdiri dari wakil agensi pelancongan berpusat di Jeddah, e-delegasi dari Negeri Selagor merangkumi wakil dari Tourism Selangor dan produk pelancongan, Skytrex Sg Chongkak, serta wakil dari Langkawi Development Authority (LADA).
Sesi Webinar tersebut turut menjadi bukti kepada dedikasi dan fokus Tourism Selangor dalam meneruskan usaha menembusi pasaran pelancongan Timur Tengah, khususnya Arab Saudi sebagai persediaan bagi menerima kedatangan pelancong sejurus pelancongan komersil antarabangsa kembali dibenarkan beroperasi.
‘Trend’ pelancongan ke Negeri Selangor yang ditunjukkan oleh para pelancong dari Timur Tengah pada tahun-tahun sebelum ini merangkumi pelancongan bulan madu, taman tema, eko dan sukan lasak, pengalaman membeli-belah serta pelancongan berasaskan kesihatan.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, “Negeri Selangor adalah sebuah destinasi pelancongan yang penuh warna-warni.
“Dengan gabungan pemodenan, kebudayaan dan keunikan alam sekitar, Negeri Selangor merupakan destinasi yang ideal bagi segmentasi pelancongan bulan madu dengan produk seperti Avani Sepang Gold Coast dan Sunway Hotels, segmentasi taman tema dengan Sunway Lagoon, Bangi Wonderland dan Discovery Park Gamuda Cove, serta segmentasi eko dan sukan lasak yang terkenal di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Tidak dilupa juga, penyedia aktiviti flying fox dengan rintangan terpanjang di Malaysia; Skytrex Sg Chongkak”.
“Selain tu, Negeri Selangor turut menjadi pilihan golongan wanita dan pelancong yang gemarkan aktiviti membeli-belah dengan produk seperti 1Utama Shopping Centre, Mitsui Outlet Park dan Sunway Pyramid. Negeri ini juga semakin mendapat tempat dalam pelancongan berasaskan kesihatan kerana memiliki 46 hospital dan Pusat Kesihatan terkemuka seperti Sunway Medical Centre, Thomson Hospital Kota Damansara dan Alpha Fertility Centre”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sesi Webinar yang telah dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan (Business to Business) turut merangkumi beberapa aktiviti tambahan seperti tayangan video promosi pelancongan, sebelum ianya diakhiri dengan sesi soal-jawab.
Di kesempatan tersebut, Tuan Azrul Shah turut memperkenalkan Kempen “Splendid Selangor; Take Me Anywhere” yang memberi fokus kepada pasaran pelancongan antarabangsa. Cogan kata ‘Splendid Selangor’ telah dipilih bagi menggambarkan sebuah pengalaman penuh mengujakan yang menanti para pelancong di Negeri Selangor.
Orang awam, khususnya pelancong antarabangsa boleh menyokong kempen ini dengan mengunakan tandapagar #SplendidSelangor dan #TakeMeAnywhere pada hantaran media sosial mereka berkenaan produk pelancongan Negeri Selangor, mahupun pengalaman mereka menerokai Negeri ini pada masa akan datang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...