Berita

Pulau Misteri Dijumpai 4 Tahun Lepas Bakal Lenyap

Share

Sebuah pulau misteri di Tonga yang muncul selepas berlaku letusan gunung berapi di Lautan Pasifik pada tahun 2015 kini dikatakan sudah dipenuhi pelbagai hidupan seperti spesies burung laut dan tumbuhan berbunga yang benihnya mungkin disebarkan melalui najis burung atau angin.

Sepasukan saintis dari Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard di bawah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang melawat pulau itu baru-baru ini teruja kerana menemui beratus-ratus burung yang dikenali sebagai ‘Sooty Tern’ bersarang di sepanjang kawasan tebingnya.

Kebanyakan kawasan pulau ini dipenuhi batu kerikil berwarna hitam dengan saiznya hanya sebesar kacang pis.

Pulau yang dikenali penduduk tempatan sebagai Hunga Tonga Hunga Ha’pai (HTHH) itu muncul di tengah-tengah antara dua lagi pulau dibentuk daripada letusan gunung berapi dasar laut, kira-kira 30 kilometer di tenggara Tonga.

Bagaimanapun, saintis yang diketuai oleh Dr. Dan Slayback berkata kepada blog Earth Expeditions, walaupun kewujudan pulau ini masih baru tetapi pulau misteri ini mula dihakis hujan serta ombak laut. Menurut Dr. Dan lagi, pulau ini akan lenyap tidak lama lagi hilang bersama kepelbagaian hidupan liar yang hidup di atasnya.

Namun tempoh ‘kehilangan’ pulau ini tidak dapat dipastikan lagi samada cepat atau lambat kerana bergantung kepada faktor alam sekitar.

 

 

Sumber: Dailymail

IKLAN