Pulau Palawan kaya dengan alam semula jadi, pantai yang indah, kawasan terumbu karang dan tumbuh-tumbuhan unik serta keramahan penduduknya. Banyak destinasi menarik boleh dilawati di wilayah Pulau Palawan. Semestinya ini menjadi lokasi percutian yang sempurna dan destinasi ideal untuk anda.
Destinasi wajib dikunjungi jika ke Pulau Palawan adalah:
Puerto Princesa
Terletak di tengah bahagian jalur panjang wilayah Pulau Palawan Filipina, Puerto Princesa berkeluasan 1.7 juta hektar destinasi pelancongan utama dan berbaloi dikunjungi.
Selain membeli-belah dan menyelusuri bandar, ambil masa untuk menikmati pemandangan indah dan keajaiban semula jadi di pulau yang mempunyai pasir putih selain terumbu karang dan tumbuh-tumbuhan subur.
Ads
Ada beberapa tempat dan khazanah alam untuk diterokai, termasuk Taman Negara Puerto Princesa yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan satu daripada tujuh keajaiban dunia. Di taman negara ini terdapat sungai bawah tanah yang dikatakan terpanjang di dunia dengan jarak 8.2 kilometer dan mengalir terus ke Laut China Selatan.
Honda Bay
Bagi penyelam yang mahu menikmati keindahan dunia laut dan bersantai di tepi pantai, Teluk Honda adalah destinasi pelancongan perdana di Pulau Palawan. Teluk Honda sesuai untuk aktiviti berenang dan menyelam kerana perairannya cetek dan mempunyai banyak kawasan terumbu karang unik yang memukau pandangan.
Ads
Pandan Island
Satu daripada tempat menyelam yang terkenal adalah Pulau Pandan yang mempunyai terumbu karang yang cantik dan mudah dilihat kerana air lautnya jernih kebiruan. Selepas penat mengembara di dasar laut, tidak lengkap jika tidak merasai masakan makanan laut di Pulau Pandan yang dimasak oleh penduduk tempatan, termasuk sayur segar dan buah-buahan tempatan.
Ads
Cowrie Island
Anda juga boleh berehat sebentar di Pulau Cowrie yang menyediakan restoran dan perkhidmatan urutan badan serta kaki selain aktiviti rekreasi air.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau di Sabah ada bahagian paling utara Borneo atau popular sebagai Tip of Borneo terletak di Kudat, Sabah. Di Johor pula ada destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor.
Kalau ada yang belum tahu, ‘Tip of Asia’ ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara.
Taman ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang pada Jumaat hingga Ahad dan cuti umum. Bagi Isnin hingga Khamis, operasi bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Ada harga tiket akan dikenakan untuk pengunjung dewasa kanak-kanak.
‘Tip of Asia’ bukan sahaja terletak paling selatan di Semenanjung Malaysia malah kedudukan lokasi itu berada paling hujung tanah besar Asia.
Port ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk merakam foto kenangan di arca globe bersaiz besar sebagai ‘saksi’ mereka pernah menjejakkan kaki di lokasi paling hujung Asia. Dari lokasi ini juga pengunjung boleh melihat dua negara yang berbeza iaitu negara Singapura dan Pulau Pisang, Indonesia.
Aktiviti lain yang boleh pengunjung lakukan di sini ialah aktiviti air. Terdapat sebuah dataran dan ketika air pasang besar biasanya air akan melimpah, maka ramai pengunjung mengambil peluang untuk bermain air dan melakukan aktiviti sukan air.
Kalau anda pernah menaiki Melaka River Cruise, ketika menyusuri sungai Melaka pasti akan melalui satu kawasan perumahan kampung kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan. Kawasan tersebut dipanggil Kampung Morten.
Yang pasti ramai terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut. Bukan sahaja pelancong asing, malah penduduk tempatan juga seperti ‘khayal’ dan terpesona dengan keunikkan seni bina rumahnya.
Ramai mengagumi keunikan Kampung Morten yang masih teguh walaupun terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka. Kampung Morten cukup terkenal dengan keunikan tradisi lama masyarakat kaum Melayu yang masih terpelihara.
Kebanyakkan penduduk Kampung Morten tetap mengamalkan cara hidup lama di samping mempamerkan dan menjaga keunikan reka bentuk rumah mereka. Bukan sahaja kunjungan daripada pelancong dalam dan luar negara, kampung tradisional ini juga sering mendapat perhatian bagi mengadakan beberapa program khususnya dalam memperkenalkan budaya Melaka. Malah, banyak juga produksi tempatan dan antarabangsa yang memilih dan menggunakan kawasan di Kampung Morten ini sebagai lokasi set penggambaran.
Seni Bina Tradisi Dipelihara
Antara faktor yang menghidupkan keunikan dan keistimewaan kampung ini ialah melalui konsep reka bentuk rumah dan landskapnya. Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu dihiasi jubin. Tangga batu merupakan ciri utama keunikan rumah ini, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.
Halaman rumah tradisional tersebut biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa. Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.
Jika rasa ingin menginap di sini, terdapat beberapa buah rumah penduduk yang dijadikan sebagai homestay. Tetamu akan diberi pilihan pakej-pakej tertentu yang pastinya akan meninggalkan pengalaman berharga tatkala menginap di sini.
Sejarah Kampung Morten
Nama Kampung Morten diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten. Pembukaan Kampung Morten diasaskan oleh Allahyarham Othman Mohd. Noh pada sekitar 1920-an. Ketika ini, kampung tersebut mempunyai 85 rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka. Sewaktu pembukaannya, kampung ini terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah di pinggir Sungai Melaka dan menjadi satu-satunya kampung Melayu asli yang wujud sehingga hari ini.
Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong. Kini, perkampungan itu dikelilingi bangunan moden dan aliran air Sungai Melaka yang bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindahkan oleh kerajaan negeri.
Sêrtar County @ Serthar County ialah daerah Wilayah Sichuan, China. Ia antara 18 daerah di bawah pentadbiran Wilayah Autonomi Garzê Tibetan, yang meliputi keluasa 9340 kilometer persegi. Sêrtar bermaksud ‘kuda emas’ dalam bahasa Tibet, mengunjur ke selatan Tibetan Plateau dan dirangkumi dalam sejarah rantau Kham. Populasi majoriti ialah penduduk Tibet, dan selebihnya Cina Han.
Sêrtar terdiri daripada 17 pekan dan 66 kampung. Ia merupakan pusat Institusi Buddha Larung Gar, institusi Buddha Tibet terbesar di dunia. Institusi ini diasaskan oleh Lama Jigme Phuntsok pada 1980. Bermula hanya beberapa sami, kini menempatkan lebih sepuluh ribu sami dan pengikut dari serata dunia. Kebanyakan sami menghabiskan enam ke tiga belas tahun latihan di sini. Institusi ini, terbahagi kepada dua segmen dan terbentang beberapa kilometer, terletak dalam lembah sekitar 15 kilometer dari pekan Sêrtar. Permit kadang kala diperlukan bagi pelancong untuk memasuki institusi ini.
Kedudukan Sêrtar amat terpencil, dan anda memerlukan setengah hari memandu dari Chengdu melalui Maerkang. Boleh juga melalui Xining, pusat Qinghai. Sêrtar terletak pada altitud 4,100 meter dari paras laut. Suhu sekitar 30 darjah celcius pada musim panas dan -25 darjah celcius ketika musim sejuk.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...