Pulau Tenggol yang terletak di Terengganu ni bukan saja cantik di permukaan pulaunya, malah keindahan lautnya juga memukau mata pengunjung yang datang ke sini. Terumbu karang berserta hidupan lautnya yang cantik berjaya menjadikan Pulau Tenggol ini antara lokasi selam skuba bertaraf dunia.
Untuk anda yang nak berkunjung ke Pulau Tenggol, aktiviti utama di sini adalah selam skuba dan snorkeling. Anda boleh menyelam di lebih 25 spot menyelam terbaik di Pulau Tenggol ini, dengan pelbagai hidupan marin yang menarik boleh dijumpai seperti humphead parrotfish, giant stingray, leopard shark, bat fishes, whale sharks dan schooling jacks.
Antara spot menyelam terbaik di Pulau Tenggol adalah Batu Tokong Laut, Teluk Air Tawar, Tokong Talang, Tokong Burung, Tokong Laut, Teluk Rajawali, Tanjung Sarang Lang dan Batu Cacang.
Ads
Gambar www.remotelands.com
Selain itu, untuk anda yang sukakan aktiviti luar seperti jungle trekking juga boleh mengunjungi Pulau Tenggol kerana, bukit di tengah-tengah pulau ini berketinggian 800 kaki dan lokasi ini sesuai untuk anda menikmati pemandangan keindahan Pulau Tenggol dari kawasan puncak.
Ramai sebenarnya golongan yang boleh berkunjung ke sini, daripada kaki selam skuba, peminat aktiviti rekreasi luar, kaki lepak pantai, geng-geng snorkeling, member-member sekolah atau seuniversiti, couple nak honeymoon, sampailah pak cik atau mak cik yang nak menghabiskan masa pencen bersama-sama ke pulau. Sesiapa saja boleh datang ke sini.
Ads
Gambar tenggol.com.myGambar www.dasiatravels.com
Ada banyak pakej percutian yang ditawarkan ke Pulau Tenggol dan yang paling popular adalah pakej selam skuba dan snorkeling. Anda boleh pilih sama ada mahu pakej selama 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam yang bermula lebih kurang dari RM400+ seorang. Aha, pakej yang ditawarkan all-inn termasuk bot dan makan. Anda hanya perlu bawa badan sahaja tau.
Bagi anda yang nak ke Pulau Tenggol boleh naik bot laju dari Jeti Kuala Dungun atau Jeti Dungun dan masa perjalanan lebih kurang 45 minit untuk sampai ke destinasi.
Ads
Jadi bulan 3 ni, anda nak ke pulau mana? Jom la beramai-ramai ke Pulau Tenggol!
p/s: Pulau Tenggol ditutup semasa musim tengkujuh sekitar bulan November hingga Februari setiap tahun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
D’ Puncak Hayun Resort yang terletak di Kedah ini adalah salah satu tempat yang sesuai untuk anda dan keluarga meluangkan masa bersama berkelah di tepi sungai sambil menikmati juadah bersama-sama.
D’ Puncak Hayun Resort
Tempat menginap memang banyak pilihan dan anda boleh pilih ikut jumlah berapa orang nak menginap. Nah, jemput tengok antara rchalet yang ada di sini.
Tempat Mandi yang Luas
Selain dari chalet-chalet yang ada, di sini juga ada kolam mandi dan berhampiran dengan sungai sesuai untuk anda membuat aktiviti air bersama keluarga dan rakan-rakan.
BBQ Grill juga turut disediakan untuk para pengunjung sewa dengan harga yang berbaloi dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak D’ Puncak Hayun Resort.
Tempatnya senang nak parking, jadi jangan risau kawasan di sini lapang dan luas. Suasana sesuai untuk anda yang rindukan kampung dan suka berdamai dengan alam semula jadi.
Lokasi:
D’ Puncak Hayun Resor, Kedah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sungai Bangang terletak di Hulu Dungun, Terengganu. Nama sebenar sungai ni ialah Sungai Bangan atau Sungai Balu. Mungkin kerana slanga orang Terengganu dibunyikan ‘G’ dibelakang, ia lebih popular dikenali Sungai Bangang.
Lokasinya tersorok atas ketinggian lebih kurang 800 meter dari paras laut menjadikan ia sukar diakses. Tak ramai orang ke sini menjadikan air di sini sangat jernih.
Sungai Bangang biasa dikunjungi pendaki. Untuk ke sini, trip popular dikalangan pendaki dengan trip gelaran CBL (Puncak Chemerong, Gunung Berembun, dan Air Terjun Langsir) ; tiga spot utama ini wajib dilalui. Permit diperlukan untuk pendakian.
Gunung Berembun setinggi 1038 meter, Air Terjun Chemerong antara yang tertinggi di Malaysia setinggi 370 meter dan Air Terjun Lansir pada ketinggian 801 meter dari paras laut.
Pendakian biasanya bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.Pendakian ke puncak Gunung Berembun mengambil masa enam jam atau lebih bergantung kepada cuaca, stamina, dan jumlah pendaki. Kebiasaannya trip mengambil masa 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam yang juga bergantung kepada faktor-faktor tersebut.
Kolam hijau Sungai Bangang. Nampak macam tak dalam, tapi dalam. Air jernih. Foto: mcHiker
Selepas di puncak, pendaki turun untuk berkhemah. Ada yang berkhemah di Jeram Lesung. Di sini ada kolam besar dan agak dalam, serta dua lubang air seolah-olah lesung. Ada juga bermalam di kawasan khemah Air Terjun Sungai Langsir yang lebih luas. Untuk ke Sungai Bangang perlu menyeberangi Air Terjun Sungai Langsir dan masuk ke dalam hutan melalui trek yg sedia ada. Perjalanan mengambil masa sekitar sejam atau lebih untuk ke kolam hijau jernih ini.
Sungai ini melalui antara tebing batu lalu membentuk kolam memanjang dan tidak lebar namun cukup dalam untuk anda terjun tiruk dari tebing setinggi lebih kurang 1 meter. Dalam kolam mungkin lebih kurang 2-2.5 meter bergantung pada paras air. Bahagian dalam mungkin akibat hakisan air deras. Air di sini memang sangat jernih. Kalau direkod foto atau video, memang jelas nampak anda dalam air. Jika anda berpeluang kesana, nikmati keindahan alam ciptaan Allah dan semoga alam kita terus terpelihara serta jangan buang sampah merata-rata.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Pangkor, Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau tidak kira cuaca musim apa sekali pun.
Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna ‘pulau yang cantik’.
Bermula 1 Januari 2020, Pulau Pangkor mencipta sejarah apabila menjadi pulau bebas cukai pertama di Perak. Ini merupakan satu anjakan paradigma untuk menggalakkan lebih ramai pelancong berkunjung ke pulau ini. Selain bersantai anda boleh dapatkan pelbagai produk menarik dengan harga yang murah terutamanya manisan seperti coklat berjenama.
Setakat ini terdapat tiga kedai memegang status bebas cukai termasuk sebuah kedai coklat yang sudah beroperasi, manakala selebihnya belum dapat ditentukan kerana ia merupakan hak pemilik premis untuk membawa masuk barangan. Berhubung senarai barangan termasuk penjualan arak dan rokok pula ia masih dalam rundingan antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan.
Untuk ke Pulau Pangkor, ada dua lokasi pangkalan bot menyediakan perkhidmatan bot iaitu jeti Lumut atau jeti Pangkor dengan kadar tambang berbeza dikenakan. Pulau ini kecil sahaja, malah pengunjung sebenarnya boleh melawat ke semua tarikan Pangkor dalam masa setengah hari sahaja.
Tempat-tempat menarik untuk dikunjungi :
Pasir Bogak
Teluk Nipah
Pangkor Laut
Kota Belanda
Batu Bersurat
Masjid Terapung
Kilang ikan bilis
Perkampungan nelayan dan membina bot nelayan
Antara keistimewaan lain Pangkor ialah jumlah burung enggang yang banyak dan mudah dilihat berterbangan terutama di kawasan hutan berhampiran dengan laut. Malah burung-burung itu cukup jinak untuk mendekati pengunjung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...