Peminat durian tegar terutamanya Musang King pasti akan teruja dengan promosi pelancongan berasaskan durian yang baru saja dianjurkan oleh Le Apple Boutique Hotel @KLCC baru-baru ini.
Promosi istimewa untuk semua peminat tegar durian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik sendiri di perkarangan hotel dan menariknya mengenai promosi tersebut adalah, Le Apple Boutique Hotel @KLCC adalah hotel pertama yang membenarkan raja buah itu berada di hotel mereka.
Kebiasaanya, rata-rata pengusaha hotel dan resort tidak membenarkan sama sekali kehadiran raja buah itu di premis mereka kerana sedia maklum, aroma buah durian mampu ‘menyengat’ deria bau pengunjung yang datang.
Timbalan Menteri Pelancongan, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (kiri) menyempurnakan pelancaran promosi makan durian Musang King di perkarangan Le Apple Boutique Hotel @KLCC di ibu negara baru-baru ini.
Tapi itu semua tidak menjadi masalah kepada Le Apple Boutique Hotel @KLCC apabila pengunjung yang datang boleh menikmati juadah buah durian Musang King sambil menikmati pemandangan ibu kota Kuala Lumpur yang berlatarbelakangkan menara berkembar KLCC.
Ads
Buah durian yang disediakan di sini adalah yang terbaik sahaja buat semua pengunjung yang datang kerana durian Musang King ini dibawa terus dari dusun yang terletak di Raub, Pahang dan dusung tersebut hanya mengeluarkan produk buah durian Musang King berkualiti tanpa menggunakan racun serangga perosak, racun rumpai atau baja buatan dalam proses perladangan mereka.
Ada tiga cara untuk anda menikmati durian di sini. Yang pertama adalah dengan mengambil pakej santapan durian Musang King yang bersekali dengan pakej penginapan selama 3 hari dan 2 malam di Le Apple Boutique Hotel.
Ads
Yang kedua adalah dengan cara walk-in sahaja dan yang ketiga, anda boleh bungkus durian Musang King kegemaran anda dengan harga pasaran yang ditetapkan.
Ads
Sebahagian tetamu yang hadir menikmati juadah durian Musang King dari Raub, Pahang yang disediakan.
Tak lupa juga apabila anda singgah ke tempat ini untuk mengambil gambar bersama replika raja buah setinggi 10 kaki yang terletak bersebelahan dengan Le Apple Boutique Hotel @KLCC.
Pandai menggayakan gambar-gambar anda, Menara Berkembar KLCC akan menjadi salah satu background gambar yang berbaloi untuk anda kongsikan di media sosial sambil menikmati durian Musang King!
Promosi durian Musang King di sini akan berlangsung hanya dua kali setahun iaitu dari bulan Julai hingga Ogos dan Disember hingga Januari sahaja. Jadi kalau anda ada lebihan duit untuk dibelanjakan, boleh singgah ke sini dan dapatkan durian Musang King terbaik dari Raub, Pahang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sumber:agoda
Kajian trend tempahan oleh agoda menunjukkan bahawa pelancong Malaysia merancang dan menempah percutian mereka kurang dari sebulan (24.4 hari) sebelum tarikh berlepas; mungkin menyebabkan mereka terpaksa berbelanja lebih untuk percutian.
Berbeza dengan pelancong Hong Kong yang merancang dan menempah percutian mereka dua kali lebih awal (49.4 hari) berbanding pelancong Malaysia.
Pelancong Malaysia merupakan perancang percutian yang paling lambat di dunia dan pelancong Malaysia mungkin tidak berkesempatan untuk meraih tawaran yang terbaik.
TOP 5 FORWARD PLANNERS Hong Kong 49.4
Russia 46.4
Australia 44.3
Taiwan 43.3
United Kingdom 37.2
BOTTOM 5 FORWARD PLANNERS Malaysia 24.4
India 21.7
Vietnam 18.7
Indonesia 18.0
Saudi Arabia 16.9
Walaupun budaya popular menggambarkan imej pengembara spontan yang mencabar; namun pada hakikatnya, pelancong di seluruh dunia melabur lebih banyak masa bersiap-sedia untuk percutian mereka bagi memanfaatkan sepenuhnya waktu rehat dan rawat.Satu kaji selidik yang berkaitan juga mendapati 75% pelancong Malaysia berkata mereka lebih suka menghabiskan masa mereka meneroka destinasi percutian tempatan dan bukannya melancong ke luar negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Paling best bila dapat travel dengan kapal terbang, bukan sahaja dapat sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan tak penat, dapat pula menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Lagi syok bila dapat beli tiket dengan harga yang murah kan?
Ada beberapa tip yang dikongsikan untuk dapat tiket kapal terbang yang murah, kalau korang tak percaya boleh cuba tip-tip yang dikongsikan ini!
5 tip beli tiket flight murah
Selalunya syarikat penerbangan tetapkan sistem or key in data flight baru pada 2 hari tersebut so rajin-rajin la check online tiket flight hari selasa or rabu
Kalau korang dah pernah bukak website penerbangan tu untuk survey before ni, clear cache browser dulu untuk elak harga tiket makin naik sbb diorang boleh track yang korang dah pernah survey harga tiket dekat website tu.
Kebiasaannya, kalau korang beli tiket asing untuk pergi & balik, harga akan jauh lagi murah compare dengan beli tiket return sekaligus.
Bila nak survey tiket flight, guna incognito browser untuk elak harga tiket berubah-ubah/ naik sebab Google tak boleh track internet history kita melalui mode ini.
Guna third party apps untuk survey and banding harga tiket flight yang termurah, tetapi pembelian dibuat di website atau apps syarikat penerbangan yang korang pilih.
Selain skyscanner boleh try:
– Google Flights
– Hopper
– Kayak
– Cheapflight
– Traveloka
Libur: Sekarang memang harga tiket agak mahal mungkin disebabkan permintaan yang banyak, tapi tak salah kalau nak cuba guna tip yang dikongsikan ini, kalau berjaya hip hip hoorey lah kan!
Credit : twt directlending
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Data terbaru Hotels.com mendedahkan trend rakyat Malaysia pergi bercuti ke destinasi percutian keluarga pada musim Hari Raya yang kian meningkat. Trend ini menandakan peralihan budaya di negara ini, memandangkan Hari Raya lazimnya dikaitkan dengan perjalanan balik kampung.
Data pencarian Hotels.com mendedahkan 10 destinasi utama yang paling kerap dicari oleh pengembara Malaysia untuk tempoh cuti Hari Raya tahun ini – dan destinasi tersebut memang terkenal sebagai pusat percutian keluarga yang popular.
“Lazimnya orang ramai meluangkan masa bersama keluarga pada Hari Raya, dan kami telah melihat peningkatan ketara dalam minat pengembara terhadap destinasi mesra keluarga untuk musim cuti tahun ini. Hotels.com dapat memenuhi keperluan pengembara di Malaysia, dan kami terus menawarkan nilai terbaik bagi pelanggan kami. Dengan 25 juta ulasan pengunjung yang sahih, rakyat Malaysia boleh mencari hotel terbaik yang memenuhi keperluan keluarga masing-masing,” kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India bagi Jenama Hotels.com.
Destinasi Hari Raya dalam negara yang paling kerap dicari oleh pengembara Malaysia pada 2017*:
Kedudukan 2017
Destinasi
Peratus Peningkatan Carian, 2016-2017
1
Langkawi
14%
2
Pulau Pinang
71%
3
Port Dickson
103%
4
Melaka
93%
5
Kuala Lumpur
123%
6
Ipoh
64%
7
Tanah Rata
28%
8
Brinchang
46%
9
Johor Bahru
164%
10
Kota Kinabalu
102%
Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson ialah destinasi carian utama yang diminati pengembara Malaysia pada musim Hari Raya tahun ini. Ketiga-tiga destinasi tersebut terkenal dengan keindahan pantai dan resort mesra keluarga, sesuai untuk percutian seisi keluarga. Pulau Pinang juga popular kerana kepelbagaian budaya dan aneka makanan yang boleh dinikmati.
Beraya di bandar raya? Johor Bahru mencatatkan kenaikan terbesar dari segi minat pengembara pada musim Hari Raya tahun ini, diikuti oleh Kuala Lumpur dan Port Dickson.
Walaupun Kuala Lumpur lazimnya lengang ketika Hari Raya kerana kebanyakan warga kota sudah balik kampung, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah pencarian bagi hotel KL pada musim Hari Raya tahun ini. Trend ini mungkin disebabkan oleh pertambahan bilangan pelawat dari seluruh Malaysia ke ibu kota negara, yang terkenal kerana daya tarikan beli-belah, menjamu selera dan hiburan mesra keluarga.
Destinasi antarabangsa Hari Raya yang paling kerap dicari oleh pengembara Malaysia pada 2017:
Kedudukan 2017
Destinasi
Peratus Peningkatan Carian, 2016-2017
1
Bangkok
45%
2
Phuket
52%
3
Bali
78%
4
Singapura
107%
5
Hat Yai
59%
6
Hong Kong
40%
7
London
-4%
8
Tokyo
26%
9
Taipei
34%
10
Hokkaido
1%
“Lonjakan dalam percutian Hari Raya tidak terhad hanya kepada destinasi tempatan – lebih ramai rakyat Malaysia bercadang untuk mengambil kesempatan daripada cuti hujung minggu lebih panjang untuk mengunjungi destinasi serantau,” tambah Jessica.
Destinasi luar negara paling popular bagi pengembara Malaysia pada musim Hari Raya tahun ini ialah Bangkok, Phuket dan Bali. Rakyat Malaysia suka mengunjungi Thailand – data Indeks Harga Hotel™ (HPI) bagi 2016 juga menunjukkan bahawa negara tersebut adalah paling popular dalam kalangan pengembara Malaysia, dan kecenderungan ini dijangka akan berterusan.
Singapura mencatatkan lonjakan paling tinggi dalam minat pengembara untuk musim Hari Raya kali ini, dengan peningkatan berganda dalam jumlah pencarian, diikuti oleh Hat Yai dan Phuket. Singapura ialah destinasi popular bagi percutian keluarga, dengan muzium terkenal, taman tema Universal Studios dan pilihan membeli-belah dan menjamu selera yang hebat.
Daripada 10 destinasi di atas, hanya London mengalami kemerosotan dari segi minat carian tahun ini – memandangkan pengembara Malaysia lebih memberi tumpuan kepada destinasi serantau berbanding destinasi di Eropah dan Amerika Utara.
Perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang sering kali menuntut perancangan teliti buat kebanyakan rakyat Malaysia. Sama ada memilih untuk memandu berjam-jam lamanya atau...