Rakyat China Tidak Dibenarkan Masuk Sarawak Berkuatkuasa Serta Merta

Share

Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri itu berkuatkuasa serta-merta bagi mengekang penularan Novel Koronavirus ke negeri Sarawak.

Perkara terkini itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Opengu. Keputusan dibuat selepas perbincangan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
**media[136567]**
"Penyakit tidak hanya di Hubei, sekarang telah merebak di tempat lain di negara China. Bermakna kita terpaksa membuat keputusan seperti tempat lain untuk tidak membenarkan mereka untuk datang ke Sarawak ketika ini," jelas Abang Johari.

Untuk rekod sebanyak lapan kes disyaki Koronavirus dikesan di Sarawak, namun enam daripadanya disahkan negatif manakala dua lagi masih tunggu laporan ujian makmal.

Foto: Bernama Sumber: AstroAwani

IKLAN