Rakyat Di 23 Negara Jumlah Kes COVID-19 Melebihi 150,000 Dilarang ‘Jejak’ Malaysia Berkuat Kuasa Serta Merta!

Share

Minggu lalu, Malaysia telah menyekat kemasukan pemegang pas lawatan jangka panjang dari India, Indonesia dan Filipina berikutan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di negara berkenaan.


Terkini, kerajaan Malaysia tidak membenarkan pemegang pas lawatan jangka panjang dari 23 negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia berkuat kuasa serta merta.


Menurut senarai yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dalam hantaran di laman Facebook rasminya, negara terbabit ialah:

  • Amerika Syarikat
  • Brazil
  • India
  • Rusia
  • Peru
  • Colombia
  • Afrika Selatan
  • Mexico
  • Sepanyol
  • Argentina
  • Chile.
  • Iran
  • United Kingdom
  • Bangladesh
  • Arab Saudi
  • Pakistan
  • Perancis
  • Turki
  • Itali
  • Jerman
  • Iraq
  • Filipina
  • Indonesia

Sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen. Turut disekat ialah pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari ketiga-ketiga negara berkenaan yang ingin kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun pengecualian hanya diberikan bagi kes kecemasan atau urusan berkaitan hubungan dua negara, namun ia perlu mendapat kebenaran Jabatan Imigresen.




image via google | pexels.com | sumber: bernama

IKLAN