Ekoran daripada rintihan rakyat Malaysia yang berada di Itali dan Iran yang meminta kerajaan membawa mereka pulang ke tanah air, pada 13 Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan membawa pulang rakyat Malaysia berada di Itali dan Iran menerusi misi khas.
“Kami mahu pulang ke Malaysia, keadaan di sini (Itali) tidak terkawal dengan jumlah mereka yang dijangkiti dan meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat secara mendadak. Diharap kerajaan Malaysia dapat mengeluarkan segera rakyat Malaysia di Itali, kebanyakan hospital juga sudah tidak dapat menampung jumlah pesakit akibat terlalu ramai yang dijangkiti wabak.”
Demikian luahan rakyat Malaysia di Itali, Norul Ridzuan Zakaria, 50, yang merayu supaya kerajaan Malaysia segera mengeluarkan mereka dari negara itu selepas Itali mencatatkan angka kematian tertinggi di luar China iaitu mencecah 1,000 orang.
Dia yang sudah menetap di Torino, sebuah daerah di utara Itali selama lima tahun berkata, di hospital pula, keadaan sesak dengan pesakit, malah ada antara mereka terpaksa ditolak kerana wad tidak mencukupi.
Ads
“Bayangkan, rakyat mereka sendiri pun terpaksa ditolak (untuk rawatan), inikan pula rakyat luar. Sebab itu saya memilih untuk keluar secepat mungkin dari Itali kerana keadaan di sini sudah tidak terkawal, bayangkan dalam tempoh sehari jumlah jangkitan mencecah 800 hingga 1,000 orang,” katanya.
Wisma Putra sedang melaksanakan persiapan rapi bagi membantu melancarkan proses membawa pulang 323 rakyat Malaysia di Itali dan 55 orang di Iran, ekoran penularan COVID-19 yang semakin teruk di kedua-dua negara berkenaan.
Persiapan itu termasuk mengenal pasti kedudukan semua rakyat Malaysia di kedua-dua negara serta memastikan mereka mendaftarkan diri dengan pejabat kedutaan Malaysia di Itali dan Iran.
Ads
Menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia amat penting bagi memudahkan mereka mendapat maklumat yang tepat serta terkini berhubung misi bawa pulang ini. Menerusi perkongsian dalam akaun Facebook rasminya, beliau turut menyeru kepada rakyat Malaysia di Itali dan Iran, malah, di semua negara yang terjejas akibat COVID-19 supaya kekal tenang serta bersabar.
Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, 323 orang rakyat Malaysia di Itali…
Untuk rekod, Malaysia sebelum ini membawa pulang rakyat tempatan yang berada di Wuhan, China menerusi dua Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR). Bagi misi pertama, kerajaan membawa pulang 107 orang terdiri daripada rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang terkandas di wilayah Hubei pada 4 Feb, manakala misi kedua melibatkan 66 orang dari wilayah sama pada 26 Feb lepas. Sumber: Bernama
Namun, daripada komen yang ditinggal di Facebook rasmi Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Disebabkan pandemik COVID-19, beberapa cadangan telah dikemukakan supaya kemasukan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak, Kuantan dihadkan terutamanya pada hujung minggu bagi memastikan aspek penjarakan fizikal dapat dipatuhi.
Cadangan itu difikirkan perlu dilakukan, ekoran keadaan minggu lalu mendapati jumlah pengunjung di situ mencecah sehingga 2,000 orang dan terlalu ramai ketika musim cuti perayaan sehingga berlaku kesesakan di laluan masuk ke pantai itu. Terkini, jumlah pengunjung di pantai peranginan Teluk Cempedak itu dihadkan kepada 1,000 orang pada satu-satu masa ketika hujung minggu, bagi memastikan pematuhan terhadap penjarakan fizikal, berkuat kuasa serta merta.
Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu itu bermula dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam pada Jumaat hingga Ahad, dengan pengunjung diwajibkan mengambil kad pengunjung di tiga laluan masuk.
Tiga laluan masuk yang dibenarkan ke Teluk Cempedak ialah melalui kawasan letak kenderaan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kawasan letak kenderaan pihak swasta dan laluan antara dua restoran segera McDonalds dan KFC di situ.
Tiada had masa ditetapkan kepada setiap pengunjung, namun jika jumlah pengunjung sudah mencapai had ditetapkan, mereka akan melencongkan kenderaan yang ingin masuk Teluk Cempedak ke tempat lain melainkan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan pandu lalu restoran segera di situ.
Pekerja, penjaja dan pekedai di Teluk Cempedak tidak perlu mengambil kad pengunjung, namun diwajibkan menunjukkan kad pekerja atau pengesahan kepada petugas yang berada di laluan masuk.
Pengunjung diwajibkan mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual, menjalani pemeriksaan suhu, memakai pelitup muka serta wajib menjaga penjarakan fizikal semasa berada di sekitar pantai itu.
Bagi memastikan pelaksanaan SOP berjalan lancar, MPK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan ditempatkan di laluan masuk dan sekitar Teluk Cempedak.
Diharap pengunjung dapat memberikan kerjasama kepada SOP ini dan dapat bersabar jika mereka perlu beratur lama bagi mengambil giliran masuk. Tindakan ini perlu diambil bagi memastikan kita dapat menjaga penjarakan fizikal bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bertempat di IKEA, Cheras majlis berbuka puasa bersama Media berlangsung dengan penuh meriah. Keletah Nadia Hasnan sebagai hos cukup menggamatkan.
Bermula dengan kata-kata alu-aluan daripada Malcolm Purys, Country Retail Director, Ikea Malaysia acara diteruskan dengan kehadiran dua selebriti Chef Malaysia yang turut melakukan demo menu sihat bersama rakan media yang lain.
Abang Brian nama yang tak asing lagi dalam bidang masakan setelah menyertai program realiti Mastechef Malaysia musim pertama turut serta dalam acara pada petang tersebut. Menariknya Abang Brian membuat demo overnight oat nasi lemak dengan rakan media dan tetamu yang hadir pada hari tersebut.
Menu daripada Dr Ezani juga tidak kurang hebatnya. Overnight Oat dengan pelbagai jenis buah-buahan segar untuk dimakan ketika bersahur atau pada waktu berbuka puasa.
Lebih menarik lagi, peralatan yang digunakan pada hari tersebut oleh rakan-rakan media dan tetamu lain semuanya dari IKEA termasuklah beberapa bahan-bahan dalam hidangan yang dibuat oleh Abang Brian dan Dr Ezani.
Dalam pada itu juga, turut dipaparkan klip video masakan istimewa menggunakan bahan-bahan daripada Kedai Khas Makanan Sweden IKEA oleh Abang Brian dan Dr Ezani.
Acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan antara hidangan yang ada pada hari tersebut termasuklah Rendang Bebola Daging 30-Minit oleh Abang Brian dan juga Kek Coklat 5 Bahan oleh Dr. Ezani.
Sememangnya banyak barangan makanan daripada Kedai Khas Makanan Sweden IKEA yang anda boleh gunakan dalam masakan seharian!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau-pulau di Terengganu telah diumumkan baru-baru ini sebagai pulau yang paling banyak menerima kedatangan pelancong domestik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Terkini, Kelantan juga muncul sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong, memberi isyarat yang baik negeri itu melalui fasa pemulihan yang cemerlang. Destinasi menarik, musim cuti sekolah dan syurga makanan di Kelantan menjadi antara faktor penyumbang kepada kebanjiran pelancong domestik di negeri itu. Ditambah pula dengan keyakinan pelancong terhadap aspek keselamatan dan kesihatan terhadap negeri Kelantan.
Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) negeri Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud, ini membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Kelantan dalam aktiviti ekonomi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Persatuan Hotel Malaysia yang menyatakan Kelantan muncul sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kebanjiran pelancong domestik ke negeri Cik Siti Wan Kembang disebabkan rakyat Kelantan yang berada di ibu kota mengambil peluang untuk pulang dan dalam masa yang sama bercuti di negeri itu. Bagaimanapun beliau tidak menolak kebanjiran pelancong daripada negeri lain yang baru membuka mata akan keunikan tempat pelancongan di negeri Kelantan.
Persatuan Hotel Malaysia juga mengesahkan kedatangan pelancong domestik yang diukur dari kadar penghunian purata (AOR) untuk negeri itu menunjukkan peningkatan bermula sebulan selepas perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan pada pertengahan Jun lalu. Dalam masa yang sama, fasa pemulihan di Negeri Kelantan dijangka akan lebih cepat sekiranya kedatangan pelancong ke negeri itu dapat dikekalkan atau lebih tinggi. Kesan kedatangan pelancong yang positif ketika ini memberi kesan limpah ekonomi kepada penduduk yang sebelum ini terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung COVID-19.
Rakyat Kelantan! Sila Rebut Peluang Keemasan Ini..
Bagi memastikan kedatangan pelancong di negeri Kelantan kekal dan meningkat ekonomi masyarakat, rakyat di negeri Kelantan digalakkan melibatkan diri dalam sektor industri ekopelancongan atau community based tourism bagi meningkatkan lagi daya tarikan dan kunjungan pelancong ke negeri itu. Melalui eko pelancongan momentum kedatangan pelancong yang tinggi di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dapat dikekalkan walaupun memasuki Monsun Timur Laut yang melanda setiap hujung tahun. Produk pelancongan berasaskan makanan juga merupakan sektor yang begitu popular di Kelantan dan menjadi pemacu utama tarikan di negeri itu.
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...