Rakyat Malaysia bakal menikmati satu lagi syarikat penerbangan tambang rendah yang baharu dengan tertubuhnya Citilink Malaysia Aviation Sdb. Bhd. yang dijangka beroperasi dalam tempoh satu atau dua tahun lagi selepas mendapat Sijil Pengendali Udara daripada Lembaga Penerbangan Awam Malaysia.
Pelbagai tawaran baharu dan perkhidmatan yang lebih baik akan diberikan kepada pelanggan dan mampu menyaingi pesaing yang lain dengan harga jualan yang kompetitif.
Antara tawaran yang akan dinikmati oleh pelanggan adalah bagasi 10kg dan hidangan percuma di dalam penerbangan.
Ads
Buat masa ini, syarikat itu akan beroperasi beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menggunakan AOC milik Citilink Indonesia dan bakal menawarkan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh, Kemboja pada suku kedua ini.
Penubuhan syarikat penerbangan tambang rendah yang baharu itu direalisasikan menerusi Memorandum Persefahaman antara SMTrack Bhd dan Dexma Express Sdn. Bhd. yang mana SMTrack mengambilalih 60 peratus pegangan Dexma Express membabitkan jumlah bernilai RM2.8juta.
Ads
Selepas proses pengambilalihan itu selesai, Dexma akan ditukarkan nama kepada Citilink Aviation Malaysia serta mendapatkan AOC dan lesen dan permit berkaitan lain bagi membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi di negara ini.
Ads
Dexma ketika ini merupakan ejen jualan am yang dilantik oleh Citilink Indonesia bagi mewakili syarikat penerbangan tambang murah dari Indonesia itu untuk menguruskan operasinya membabitkan perkhidmatan kargo dan penumpang di Malaysia.
Kalau berpeluang menyaksikan pertunjukkan sarkas, selalunya persembahan akan diselang-selikan dengan kemunculan pelbagai jenis haiwan untuk menghiburkan hati penonton. Dahulu kemunculan tapak sarkas sentiasa dinantikan oleh penduduk kerana itu salah satu sumber hiburan yang ada ketika itu.
Disebalik keseronokkan melihat haiwan-haiwan tersebut menghiburkan penonton dengan keletah yang comel dan bijak, sebenarnya mereka terseksa. Namun, seiring dengan peredaran masa, penonton sudah menolak untuk menonton persembahan sarkas kerana ramai telah membuka mata dan peka dengan kekejaman yang berlaku terhadap haiwan dalam industri itu. Di United Kingdom, undang-undang telah menetapkan untuk mengharamkan penggunaan haiwan sebenar menjelang tahun 2020.
Terbaharu, Sarkas Roncalli di Jerman menghapuskan tradisi penggunaan haiwan dalam persembahan mereka. Lebih menarik, mereka menggunakan teknologi hologram bagi menjana imej haiwan untuk dipertontonkan kepada orang ramai.
Sarkas Roncalli mula beroperasi sejak 1976 namun mereka kini komited dalam melaksanakan perubahan. Malah, mereka juga mahu membanteras kekejaman haiwan dalam industri itu. Tindakan berani Roncalli turut menerima maklum balas positif dan mendapat sokongan daripada ramai selebriti terkenal yang datang menyaksikan persembahan.
Pertunjukan Sarkas Roncalli masih melibatkan haiwan sebenar tetapi tidak banyak, hanya beberapa persembahan ringkas.
Lompatan gelung berapi dan akrobat masih dikekalkan seperti kebiasaannya dan buat julung kalinya di dunia sarkis persembahan imej haiwan dipersembahkan dalam imej holografik 3D dari projektor.
#CyberpunkisNow Holographic Circus – Circus Roncalli is a German circus founded in 1976.
Optima created a system for the circus that fills the 32m wide x 5m deep circus arena with a holographic show with 360° visibility.
Mengenang semula tempoh dua dekad yang gemilang, pada awal penubuhannya, Tourism Selangor telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Pada 24 Februari 1994, ianya telah didaftarkan sebagai syarikat persendirian dan nama terdahulu, PNSB Realty Sdn. Bhd. telah secara rasmi ditukarkan kepada Tourism Selangor Sdn Bhd (Tourism Selangor) pada 14 Julai 2001.
Pada bulan Oktober tahun yang sama, Tourism Selangor telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Tourism Selangor merupakan sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) sehingga tahun 2008 dan selepas itu telah berpindah milik kepada Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) hingga ke hari ini.
Tourism Selangor telah meraikan ulang-tahun penubuhannya yang ke-20 pada 14 Julai secara maya menerusi “Tourism Selangor’s LiveTalk – Episod 2” yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Tourism Selangor.
Sesi LiveTalk tersebut turut melibatkan barisan panelis; Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Tuan Syed Mohd Fariz bin Syed Mansor Al Idrus, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Selangor.
Sambutan ulangtahun ini bukan sekadar sebagai sinonim sambutan tradisi, namun juga untuk menghargai dan memperlihatkan peranan, tanggungjawab dan pencapaian Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sepanjang dua dekad ini.
Dalam sesi sama, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor turut menyampaikan amanat beliau menerusi penyiaran sebuah klip ekslusif. “Sepanjang tempoh dua dekad usaha yang dipergiat oleh pihak Tourism Selangor dengan menjejaki kawasan pelancongan baharu serta mempromosikan tempat pelancongan menarik dengan kepelbagaian kebudayaan serta kualiti yang dimiliki Negeri ini, Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 30 juta orang pelancong pada tahun 2019”.
“Ianya sekaligus membawa kesan ekonomi serta menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan di Negeri ini. Covid-19 memberi kesan yang sangat parah kepada industri ini.
“Namun, Negeri Selangor mempunyai pelan serta perancangan sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Kita Selangor 1 dan Pelan Kita Selangor 2.0; di mana Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah bantuan kewangan menerusi Pelan yang komprehensif bagi menarik pelancong ke Negeri ini.
“Justeru sempena ulang-tahun ke-20, semoga kita terus kekal berusaha mendepani segala cabaran untuk kembali menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka dan terbaik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Selamat ulang-tahun yang ke 20, Tourism Selangor”, tambah Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari.
Manakala, Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, “Selama dua dekad, Tourism Selangor terus menjadi sandaran Kerajaan Negeri Selangor, serta turut dipertanggungjawabkan dalam memacu industri pelancongan Negeri ini. Saya berharap, pihak Tourism Selangor akan menjadi tulang belakang kepada para penggiat industri di Negeri Selangor serta terus peka kepada kehendak industri dari masa ke masa”.
Menerajui Tourism Selangor bermula dari 1 Januari 2020 sehingga kini, Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor berkata, “Saya percaya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk sampai ke tanda aras atau ‘bench-mark’ ini. 20 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Tentunya pelbagai cabaran, rintangan serta momen suka dan duka telah dilalui oleh setiap pihak yang pernah mengemudi atau berkhidmat dengan Tourism Selangor”.
“Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang pernah terlibat dengan pihak Tourism Selangor secara langsung atau tidak langsung selama 20 tahun ini. Tidak dilupa juga kepada para Media yang sentiasa memberikan sokongan kepada inisiatif promosi pelancongan Tourism Selangor, Agensi Kerajaan dan Swasta yang tidak putus menzahirkan sokongan kepada program dan Acara anjuran pihak Tourism Selangor, dan seterusnya orang awam yang sentiasa menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan utama mereka”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Minat dalam dunia kulinari kini semakin berkembang dalam kalangan generasi muda Malaysia. Bukan sahaja dianggap sebagai satu kemahiran hidup, malah bidang masakan juga kini membuka ruang kerjaya yang luas termasuk sebagai chef profesional, usahawan makanan hinggalah pencipta kandungan digital.
Atas semangat mencungkil bakat baharu inilah, program Remaja On Road kembali menerusi penganjuran Jalen Star Chef 2, sebuah pertandingan masakan berskala nasional yang membawa jelajah pencarian bakat dari Pantai Timur hingga ke Utara tanah air.
Dianjurkan oleh Nu Ideaktiv bersama Remaja dengan sokongan Universiti Teknologi MARA serta jenama makanan terkenal Jalen, pertandingan ini membuka peluang kepada anak muda menyerlahkan kreativiti serta kemahiran teknikal dalam dunia masakan.
Jelajah pertandingan telah pun dimulakan di Dungun, Terengganu yang menjadi lokasi pertama saringan awal. Suasana penuh semangat jelas terasa apabila peserta tampil mempersembahkan idea masakan kreatif masing-masing menggunakan produk Jalen.
Di sini menyaksikan penyertaan sembilan pelajar yang berasal dari UiTM Dungun, Universiti Malaysia Kelantan dan University College Bestari. Keputusan akhirnya menyaksikan dua pelajar UiTM dan seorang pelajar University College Bestari dinobatkan sebagai tiga peserta terbaik sekaligus mara ke peringkat akhir yang diadakan pada pertengahan Jun kelak.
Dari Pantai Timur, misi pencarian bakat diteruskan pula ke Pulau Pinang. Lokasi di utara tanah air itu menyaksikan persaingan semakin sengit daripada UiTM Permatang Pauh, UniSHAMS dan Kolej Vokasional Sungai Petani 2.
Setiap peserta hadir dengan pelbagai interpretasi hidangan moden yang diinspirasikan daripada citarasa tempatan serta elemen kontemporari yang menyaksikan ketiga-tiga institusi itu berjaya mara ke peringkat akhir kelak apabila salah seorang wakil mereka berjaya berada dalam kedudukan top 3.
Selepas Dungun dan Pulau Pinang, pencarian bakat akan diteruskan menerusi pusingan saringan terakhir di UiTM Puncak Alam, Selangor pada 4 Jun 2026 sebelum peserta terbaik beraksi di pentas grand finale yang dijadual berlangsung pada 18 Jun 2026 di lokasi sama.
Menurut penganjur, pertandingan ini bukan sahaja bertujuan mencari bakat baharu dalam bidang kulinari, malah mahu membuka perspektif generasi muda bahawa minat memasak juga mampu berkembang menjadi kerjaya profesional yang berjaya.
Dalam era media sosial hari ini, ramai pencipta kandungan makanan berjaya membina nama serta menjadikan minat mereka sebagai sumber pendapatan. Justeru, platform seperti Jalen Star Chef 2 dilihat sebagai peluang terbaik untuk anak muda membina keyakinan diri selain mendapatkan pendedahan industri sebenar.
Lebih daripada sekadar pertandingan memasak, jelajah ini turut meraikan semangat kreativiti, keberanian dan impian anak muda Malaysia dalam meneroka dunia gastronomi yang semakin berkembang pesat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi pencinta buku dan seni bina klasik, Livraria Lello antara lokasi yang wajib dimasukkan dalam senarai kunjungan ketika bercuti ke Porto, Portugal.Bukan sekadar tempat...