Sekarang ni makin ramai orang suka camping. Tambah pula makin banyak tempat perkhemahan yang korang boleh explore dan semuanya mempunyai pemandangan dan suasana yang cantik dan menyegarkan.
Bila nak camping ni kena pastikan keperluan camping tu cukup barulah semuanya lancar dan lengkap. Selain khemah dan keperluan asas, ini 5 barang yang perlu ada supaya camping korang jadi lagi best!
Powerbank
Ini antara ‘alat’ penting ni! Kalau tak ada powerbank, macam mana korang nak cas telefon nanti. Biasanya bateri confirm cepat habis selain banyak jugak aksesori yang selalu dibawa masa camping boleh dicas gunakan powerbank ni.
Contohnya kipas portable, lampu suluh, pam dispenser air dan lain-lain.
Bantal/Tilam angin
Selain memastikan kawasan tapak selamat, kita mesti nak keselesaan. Kalau dulu, mungkin kita okay je nak tidur beralaskan beg, sekarang ni, ada banyak bantal atau tilam angin yang dijual.
Ads
Harga pun tak sampai ratus-ratus rasanya. Nak selesa, apa salahnya kan?
Dapur portable
Kalau aktiviti berkhemah, tak lengkap kalau tak ada masak-masak kan? Kalau dulu, agak payah sebab nak kena cari kayu, kemudian kena pastikan api tak terlalu besar dan sebagainya.
Sekarang ni dah mudah, bawa je dapur mudah alih atau ‘portable‘ yang gunakan gas tu. Tinggal nak hidupkan dan masak je! Simple.
Ads
‘Set’ buat kopi atau teh
Bila dah camping, malam-malam atau pagi mesti sejuk. Time ni lah seronok pekena air panas seperti kopi atau teh. Sambil-sambil tu bolehlah ambil gambar dengan minuman panas yang dibuat. Alang-alang dah ada view cantik, minum pun mesti lah nak sedap kan.
Bekalan air minum secukupnya
Ads
Kalau dulu, ingat lagi sumber air yang ada hanyalah sungai. Situlah tempat nak mandi, nak amik air untuk kegunaan memasak dan lain-lain. Tapi biasanya orang yang biasa pegi camping ni mesti diorang akan standby juga beberapa botol air mineral kan?
Selain bekalan air mineral, korang juga boleh dapatkan tank air yang boleh memuatkan beberapa liter air yang korang boleh gunakan sepanjang camping.
Sumber: Lobak Merah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bas mini merupakan pemandangan biasa di ibu negara dari 1970-an hingga 1990-an dan bas yang sentiasa sesak dengan penumpang itu dianggap sebagai pengangkutan awam paling murah pada masa itu. Diperkenalkan pada 1975, perkhidmatan itu ditamatkan pada 1998 selepas pihak berkuasa menggabungkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara.
Selepas beberapa puluh tahun tidak melihat kelibatnya, tular kemarin bas mini bakal wujud kembali mewarnai jalan-jalan di ibu negara sebagai pengangkutan awam kepada warga kota. Ada yang terus mengimbas kenangan masing-masing berpeluang menggunakan perkhidmatan bas comel ini. Tidak kurang juga yang merindui untuk kembali menggunakan perkhidmatan bas mini untuk kenang kembali nostalgia bas berwarna pink ini.
Bas mini yang akan diperkenalkan semula di ibu negara bukan seperti bas-bas mini merah jambu yang warga kota lazim dengannya 25 tahun yang lepas, yang padat, tidak berhawa dingin dan agak laju dipandu.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Muhammad Yazurin Sallij berkata tempoh percubaan dari 1 Sept hingga 29 Nov itu di Route T300 akan menggunakan bas mini baru bersaiz lapan meter panjang, lengkap dengan penghawa dingin dan bukan bas-bas lama seperti yang viral sejak kemarin.
Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Rapid Bus untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan kerap kepada penumpang. Perkhidmatan percubaan itu akan membolehkan Rapid Bus menguji kesesuaian penggunaan bas mini di kawasan kejiranan dengan jalan yang sempit selain mendapatkan gambaran sebenar pengalaman perjalanan penumpang menerusi maklum balas yang diterima.
“Bas bersaiz besar yang digunakan sekarang susah untuk sampai ke kawasan berpenduduk padat dan berlaluan sempit seperti di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kerap kali kita terlewat daripada jadual kerana masalah kereta yang diparkir di tepi jalan. Dengan bas mini ini, Rapid Bus berharap dapat meningkat dan memperbaiki perkhidmatan di kawasan-kawasan itu selepas semua data dikumpul sepanjang tiga bulan itu”, tambah Muhammad Yazurin Sallij
Info
Rapid KL akan mengadakan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi dari 1 Sept hingga 29 Nov.
Bas mini ini boleh membawa 31 penumpang di dalam setiap bas
Beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.
Kadar tambang dikekalkan sebanyak 80 sen secara pembayaran elektronik sepenuhnya dengan menggunakan kad My50 dan My100.
Malaysia ialah antara rakan dagangan utama Kazakhstan di rantau Asia Tenggara selama hampir 28 Tahun.
Kazakhstan mengakui Malaysia antara negara yang mempunyai kepentingan khusus buat republik itu dalam melaksanakan dasar diplomatik yang mesra terutamanya bagi menjaga dan memperkukuhkan hubungan dua hala dengan semua negara di seluruh dunia.
Duta Kazakhstan ke Malaysia, Bolat Imanbayev berkata, kedua-dua negara telah menjalinkan hubungan dua hala sejak tahun 1992 bermula pada Mei 1996 apabila Presiden Kazakhstan ketika itu, Nursultan Nazarbayev telah melakukan lawatan rasmi pertama ke Malaysia.
“Selama 28 tahun, kami telah mewujudkan dialog yang membina berdasarkan kepercayaan dan faedah bersama. Pada masa kini, Malaysia adalah salah satu rakan politik dan ekonomi Kazakhstan yang paling penting di Asia Tenggara. Oleh kerana sifat kedua-dua etnik dan agama yang berlainan, kedua-dua lokasi penting mereka di persimpangan antarabangsa, serta rentak pembangunan ekonomi kita yang tinggi, Nur-Sultan dan Kuala Lumpur mendapati diri mereka berada dalam situasi yang serupa dalam banyak perkara”.
Kerjasama Kazakhstan & Malaysia Dalam Industri Pelancongan
Foto: pexels.com
Menurut Bolat Imanbayev lagi, Kazakhstan dan Malaysia berkongsi kerjasama dan perkongsian dinamik dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan dan budaya, dan banyak lagi. Dari segi pelancongan, sejak Oktober 2009, syarikat penerbangan nasional Kazakhstan ‘Air Astana’ memulakan operasi penerbangan berjadual di laluan Almaty – Kuala Lumpur – Almaty yang memberi kesan positif kepada perkembangan pelancongan antara negara.
“Sebagai contoh, hampir 15,000 pelancong dari Kazakhstan mengunjungi Malaysia pada tahun 2019 dan kira-kira 10,000 pelancong dari Malaysia mengunjungi Kazakhstan dalam tempoh yang sama. Ini adalah kesan yang membuahkan hasil daripada pelaksanaan projek Presiden Pertama kami untuk mewujudkan syarikat penerbangan nasional Kazakhstan ‘Air Astana’ dan mengembangkan laluan antarabangsa utama untuk tarikan pelancongan dan perniagaan yang lebih baik ke Kazakhstan, dan dalam hal ini kepada Malaysia juga. Kazakhstan juga mempunyai banyak acara lain dari segi budaya. Contohnya, tahun lalu dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Seni Malaysia, Kazakhstan mengadakan buat pertama kalinya di Asia Tenggara pameran khas “Manusia Emas” di Muzium Nasional Kuala Lumpur. Selama satu bulan, Kazakhstan telah diberi peluang mempamirkan warisan sejarah dan budaya kira-kira 346 barang dari Muzium Nasional Kazakhstan. Pameran ini menarik minat lebih daripada 21,000 orang, yang mengunjungi acara tersebut,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Dah makin ramai orang Malaysia yang dah mula keluar negara, lebih 40 peratus peningkatan dalam pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) direkodkan sejak April yang lalu. Justeru itu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil langkah penambahbaikan untuk atasi kesulitan berhubung perkara tersebut.
Bermula 11 Mei ini enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen (JIM) dipanjangkan hingga 10 malam manakala enam lagi dilanjutkan hingga 6 petang.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata ia merupakan antara langkah penambahbaikan Jabatan Imigresen bagi mengatasi kesulitan berhubung permohonan serta pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), selain akan menambah jumlah petugas untuk mengendalikan proses PMA.
Semua pejabat pengeluaran pasport di Semenanjung Malaysia juga akan beroperasi pada hari Sabtu dari 8 pagi hingga 12.30 tengah hari mulai 14 Mei, katanya dalam satu sidang media.
Beliau berkata semua kaunter Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan dibuka hingga 10 malam.
Khairul Dzaimee berkata terdapat peningkatan kira-kira 40 peratus dalam pengeluaran PMA iaitu sejumlah 165,449 dalam tempoh 1 April hingga 6 Mei lepas berbanding 111,931 pada Mac lepas.
Beliau berkata pihaknya juga telah menyediakan kaunter khas untuk bakal jemaah haji yang telah mendapat surat tawaran bagi memudahkan urusan permohonan PMA golongan terbabit.
“Mereka boleh hadir ke mana-mana pejabat pengeluar pasport dengan membawa surat tawaran daripada TH (Tabung Haji),” katanya.
kredit: https://www.imi.gov.my/
Susulan kesesakan dalam Sistem Temujanji Online (STO), Khairul Dzaimee berkata Jabatan Imigresen memutuskan untuk menyeragamkan pemansuhan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di seluruh negara mulai Rabu ini.
Sebelum ini, dilaporkan Jabatan Imigresen akan memansuhkan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di luar Lembah Klang mulai 9 Mei, manakala di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka pula mulai 16 Mei.
— BERNAMA
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...