Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sedang melakukan persiapan akhir untuk projek yang akan membolehkan jemaah, pelawat dan penduduk Arab Saudi bergerak ke kota suci Madinah dengan menaiki unta melalui Laluan Hijrah yang digunakan oleh Nabi Muhammad, lapor akhbar harian Mekah.
Kementerian Haji dan Umrah bersetuju melancarkan inisiatif itu bersama Suruhanjaya Diraja untuk Mekah dan Tempat Suci.
Projek sepanjang Laluan Hijrah itu termasuk membangunkan 27 hentian rehat, pembinaan hotel, rumah tumpangan, muzium dan bangunan-bangunan lain.
Inisiatif itu diberi nama Jalan ke Thaniyat Al-Wada, merujuk kepada sebuah kawasan tanah tinggi dekat Madinah. Apabila siap kelak, pengunjung boleh mengambil jalan sama yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa baginda berhijrah ke dari kota suci Mekah ke Madinah.
Ads
Laluan itu akan bermula dari Ghar Thor, gua di Bukit Thor, Mekah iaitu lokasi Nabi Muhammad dan sahabat baginda, Abu Bakar bersembunyi daripada puak Quraish selama tiga hari sebelum memulakan perjalanan ke Yathrib.
Ads
Kota Yathrib bertukar nama kepada Madinah Al-Munawwarah selepas Nabi Muhammad menetap di sana.
Ads
Menurut kementerian itu, selain menaiki unta, pelawat juga boleh melakukan perjalanan ke Madinah melalui jalan sama menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan motosikal. Kementerian sama bagaimanapun tidak menyebut bila laluan sejauh 380 kilometer itu akan dilancarkan namun, ia dipercayai siap dalam sedikit masa lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dekat mana laluan penerbangan antarabangsa yang paling singkat di dunia? Ha mesti ramai yang tak tahu kan? Okay tak apa, Libur kongsikan info menarik ini kepada anda.
Laluan penerbangan yang paling singkat di dunia adalah daripada Anguilla, British ke St. Maarten, Perancis. Masa penerbangan yang memakan masa selama 10 minit kerana dari Anguilla ke St. Maarten hanya sejauh 12 batu sahaja.
Anguilla ini secara tepat terletak di kawasan jajahan luar British di Laut Caribbean, manakala St. Maarten di bawah penguasaan Perancis. Penerbangan daripada St. Maarten ke Anguilla akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Clayton J. Lloyd.
Dan untuk info tambahan kepada anda, laluan penerbangan ini hanya dioperasikan sebanyak tiga kali sehari sahaja oleh Anguilla Air Services dan tak semua pesawat komersial digunakan di laluan ini, hanya pesawat Britten – Norman BN-2 Islander sahaja digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan di sini.
Untuk pengetahuan anda, perjalanan dari Anguilla ke St. Maarten ini bukan sahaja boleh menggunakan kapal terbang sahaja. Ada juga pengangkutan lain disediakan seperti feri. Jadi kalau ada siapa-siapa yang gayat nak naik kapal terbang, mereka boleh menggunakan khidmat feri untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Gajah dengan negara Thailand memang tidak dapat dipisahkan. Jika kebanyakkan lokasi tumpuan pelancong menjadikan gajah sebagai ‘pekerja’ atau alat untuk mengaut keuntungan, tidak untuk Kem Gajah Mae-Sa. Kem yang bertempat di Chiang Mai, Thailand ini adalah pusat pelindungan, pemeliharaan serta pemuliharaan gajah untuk terus hidup dengan selamat tanpa sebarang ancaman.
Di Gajah Mae-SA, anda boleh melihat sendiri bagaimana bahagia dan gembirannya gajah-gajah yang ditempatkan di sini dari usia masih bayi hingga dewasa. Layanan yang diterima gajah-gajah ini begitu baik dan terjaga.
Buktinya, aksi seekor anak gajah yang manja sedang memujuk penjaganya di sini bermain bersama menjadi tular. Pekerja di sini dan juga penjaga gajah tersebut bernama Dan Daeng sedang mengecat pagar buluh sebagai persediaan untuk musim sejuk. Ketika sedang sibuk mengecat, dia telah disapa seekor anak gajah, diberi nama Khunsuk.
Khunsuk yang baru berusia setahun kelihatan tidak berputus asa untuk mengajak Dan Daeng bermain bersamanya, mungkin terlalu bosan. Walaupun hanya sekejap Dan Deng dapat melayan Khunsuk, anak gajah itu kelihatan sudah berpuas hati.
Seorang pemuda diberi kesempatan untuk melawat kembali lokasi tragedi berdarah yang mengejutkan umat Islam di New Zealand dan seluruh dunia.
Perkongsiannya dilaman sosial turut memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membaca nukilan tersebut.
Alfatihah.
“Arrive at your destination..” Suara dari gps yang membawa kesini.
Berderau darah apabila melihat bunga dan coretan sepanjang jalan masjid. Perasaan sayu mula masuk kedalam hati.
Sambil mata galak mencari ruang parking, Mulut saya tidak putus putus mengucapkan ” Allahuma Firlahum warhamhum wa’afihi wa’fuanhum..”
2,3 kali berpusing dihadapan masjid, akhirnya ada ruang kosong 100 meter sahaja dari masjid.
Saya berjalan kaki menuju ke masjid, apabila melihat lorong tepi masjid. Lokasi penganas meletakan kereta dmyang penuh dengan senjata, angin sejuk berderu kepada kami.
Entah macamana adegan dalam video itu bermain dala kepala saya.
Saya berdiri bersama berpuluh pelawat lain, orang islam dan bukan islam tidak putus putus datang meletakan bunga.
Saya membaca setiap bait bait tulisan kasihan dan simpati orang ramai.
Tiba tiba air mata mengalir laju tanpa boleh ditahan. Entahlah perasan macamana nak digambarkan.
Sebak, Kesal dan geram dengan peristiwa berdarah ini.
Saya melangkah ke masjid, 2 anggota dengan rifle kemas di tangan.
” Assalamualaikum..” tegur anggota ini.
saya menjawab salam mereka. Rupanya polis disini sudah mula mengunakan perkataan as salam, alhamdulillah sebagai pemula bicara dengan masyarakat muslim.
Saya buka kasut, sambil saya mengemas kasut. dua tiga orang bersilih ganti masuk kedalam masjid.
2 orang yang mungkin orang masjid menyambut dengan senyuman.
” Hi brothers sister, Please open your shoes,and take the scraf that you like. ” sambutnya penuh senyum kepada bukan muslim yang hadir.
Ada penerangan ringkas tentang islam, ada flyes penerangan tentang islam, nabi muhammad dan jesus.
Saya melalui lorong si pengganas itu menukar kelongsong pelurunya selepas tembakan kali pertama. Saya mengambil wudu penuh hiba.
Perasaan sedih ini datang tiba tiba, saya mengangkat takbir solat sunat tahiyatul masjid penuh dengan merah mata.
Setiap sujud saya, terbayang bagaimanalah agaknya suasana ketika mereka ditembak rambang oleh pengganas ini.
Saya sujud sepuasnya sambil berdoa. Seperti suara menjerit mereka bermain di dalam solat saya.
Menariknya…
Yang bukan islam datang ke masjid ini pun tidak bertanya tentang pembunuhan ini, mereka hanya mahu tahu tentang islam.
Ustaz dan orang masjid juga bersungguh bercerita tentang keindahan islam tanpa menyelit sedikit cerita duka ini.
Di sini orang pakai skrit nampak peha pun dibenarkan masuk ke Masjid, kerana mereka lebih perlukan masjid berbanding kita.
Masjid di Malaysia, Tok bilal nampak seluar jean lutut koyak pun sudah kena jeling. Apatah lagi kalau non muslim nak tumpang tandas. Habis dia kunci pintu ( bukan semua masjid, sudah ada masjid yang terbuka menerima kehadiran non muslim )
” New zealand ini sudah dipenuhi dengan islam sebenarnya.. ” sebut abang faris.
Orang Malaysia yang sudah 18 tahun berada di New Zealand.
” Nilai islam dah lama ada di New zealand.. Inshallah lepas peristiwa berdarah ni, abang yakin sangat New Zealand akan dipenuhi dengan Muslim pula ” (Non muslim yang sudah amalkan nilai islam mengucapkan syahadah )
Lontarnya penuh yakin dan matanya sudah mula berkaca ketika kami mencicip teh di rumah beliau di daerah Timaru.
Betul, Nilai Islam disini lebih banyak dipraktikan disini berbanding negara islam.
Bersihnya, jangan cakap. Memang bersih. Sama bersih seperti jepun.
Jika kau buat timelapse berjam jam tinggalkan camera sahaja, kerana tiada orang akan mengambilnya.
Sikap toleransi dan ehsan disini juga sangat tinggi. senang beri laluan, angkat tangan, bertegur sapa walaupun dengan orang asing.
Alhamdulillah. Semoga New Zealand boleh menjadi contoh negara islam yang lain.
Sumber: FB Trip Kekawan (Nukilan @muaz aziz, crew tripkekawan yang kini berada di Christchurch New Zealand)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...