Rakyat Malaysia yang berada atau berkunjung ke Indonesia, diminta mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, berikutan perkembangan terkini di negara tersebut yang dikesan tersenarai dalam negara dijangkiti virus COVID-19.
Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia, yang belum berdaftar dengan Kedutaan, boleh berbuat demikian di jaringan https://goo.gl/ixYVfy atau menghantar emel ke jkonsular@gmail.com
Pada 2 Mac lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengesahkan dua rakyatnya positif COVID-19, menjadikan ia kes pertama di negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu. Dua warganegara itu ialah seorang wanita berusia 64 tahun dan anak perempuannya, 31, berasal dari Depok, sebuah kota berhampiran Jakarta. Kedua-dua rakyat Indonesia itu dilaporkan bertemu dan berurusan dengan seorang warga Jepun yang ke Indonesia (14 Feb), sebelum warga Jepun itu berlepas ke Malaysia yang kemudiannya disahkan positif virus itu.
Ada rakyat Malaysia mungkin masih memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia melaksanakan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan COVID-19.
Kenyataan daripada ‘orang asing’ ini mungkin dapat membuka mata anda. Dustin Pfundheller, seorang pengembara yang juga bekas doktor gigi, memuat naik video tentang kehebatan Malaysia menangani wabak COVID-19 di akaun Facebooknya. Bukan sahaja memuji, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran virus berkenaan.
“Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun. Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus terus merebak. Sayangnya, tiada sesiapa bercakap tentang hal ini. Saya juga rasa bersalah kerana tidak memasukkan Malaysia dalam vlog senarai 15 negara terbaik dalam menangani COVID-19, yang saya muat naik sebelum ini,” kata Pfundheller.
Ruangan komen dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dan turut mengundang sebak dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia supaya berada di rumah masing-masing selama tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Tegas beliau, dengan cara itu rakyat akan terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularannya dapat dibendung.
“Saya ingin merayu kepada saudara saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja,” katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan.
Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya tempoh dua minggu ini gagal mengekang penularan wabak COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini. Perdana Menteri berharap Malaysia bebas dari COVID-19 selepas habis tempoh dua minggu perintah itu berkuat kuasa bermula hari ini.
“Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19. Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan,” kata Muhyiddin.
Sehubungan itu, beliau menekankan betapa pentingnya rakyat mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah. Beliau menerangkan mengapa tempoh perintah itu dibuat selama dua minggu kerana COVID-19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu.
“Kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 ini dapat dikurangkan,” katanya.
Dalam perutusan itu, perdana menteri berulang kali merayu kepada rakyat supaya duduk di rumah dengan tidak menggunakan tempoh dua minggu itu untuk balik kampung, pergi bercuti dan melepak dengan kawan-kawan.
Beliau turut menambah tidak mungkin dapat melaksanakan tugas itu bersendirian dan memerlukan sokongan semua termasuk sokongan para doktor, jururawat, polis, semua penjawat awam, pekerja swasta, pelajar universiti dan semua rakyat untuk membendung wabak COVID-19 daripada menular di negara ini.
Ada masa beberapa tahun sahaja lagi sebelum tahun 2021 dan European Union (EU) akan mengimplementasikan sistem baru untuk pelancong Malaysia yang ingin berkunjung ke Schengen Area. ?
Sistem baru ini dikenali sebagai European Travel Information and Authorization System (ETIAS) dan sistem online ini hanya perlu diisi oleh pelancong dari negara yang tidak memerlukan visa untuk ke negara-negara EU.
Dengan adanya kelepasan daripada ETIAS ini, pelancong dari negara yang tidak memerlukan visa ke EU akan dapat menikmati tempoh tinggal selama 90 hari di mana-mana bahagian Schengen Area. ?
Ala lebih kurang macam permit la untuk rekod keluar masuk pelancong, tapi tak serumit visa sebab sistem ETIAS ini adalah automatik dan centralized di semua bahagian Schengen Area manakala visa EU akan diproses satu per satu oleh pegawai kerajaan dari setiap negara EU yang kita nak pergi.
So selagi mana rakyat Malaysia boleh menikmati kelebihan untuk pergi ke negara-negara EU tanpa visa, sistem ETIAS ini adalah wajib diisi bagi memenuhi syarat keselamatan yang diperuntukkan dalam undang-undang EU. ?
Bukan Malaysia sahaja yang kena, ada banyak lagi negara lain ?? ?? ??
Kalau anda nak tahu, bukan Malaysia sahaja yang termaktub dalam sistem baharu yang akan dilaksanakan pada tahun 2021 ni, ada 60 lagi negara lain termasuk Singapura yang perlu apply ETIAS kalau nak enjoy percutian di sana. ?? ?? ??
Jangan pening, jangan khuatir. ETIAS ini boleh apply secara online sahaja dan sahlaku selama 3 tahun dengan kos sebanyak 7 Euros (lebih kurang RM33).
Selepas permohonan online dilakukan, ETIAS akan membuat semakan mengenai diri anda di beberapa peringkat tapisan keselamatan seperti Interpol, Eurodas, Europol dan sebagainya bagi mementukan anda bukan ancaman dan hanya datang untuk melancong.
Ini semua tapisan keselamatan je.. tak perlu risau.. ? ?
Dengar macam scarykan? ☹️ Tapi itulah tapisan keselamatan yang perlu kita ikut kalau nak bercuti ke sana kelak. Jika permohonan anda diterima, anda akan diberikan kebenaran dan sekiranya tidak, jeng.. jeng.. jeng.. anda mungkin suspek ISIS. Bhahaha.. ?
Anda akan dapat kebenaran melalui email dan sekalipun pihak ETIAS kata setiap permohonan hanya memakan masa selama 10 minit sahaja tapi disarankan kepada anda untuk membuat permohonan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum pelepasan. Jangan buat last minute, please..
Kat sini Libur sertakan pada anda infografik step-by-step macam mana anda boleh buat permohonan ETIAS ?
Kalau anda nak check mana-mana negara lain yang turut memerlukan mereka apply ETIAS, anda boleh check di laman web ini.
Selesai sahaja permohonan anda, ada beberapa perkara lagi yang anda perlu lakukan. Jangan ingat dah setel applyonline dah boleh main golek-golek layan Netflix ya. Sabar dulu.
Ini perkara yang anda perlu lakukan:
1. Print kebenaran ETIAS tu siap-siap, selitkan sekali dengan passport anda. Sekalipun kebenaran ETIAS itu akan link sekali dengan passport anda, jangan ambil ringan perkara ini. 2. Kebenaran ETIAS itu untuk setiap individu. Bukan untuk group. So anda jangan memandai-mandai apply untuk 10 orang atas nama anda seorang. Nanti yang lepas dekat border EU hanya anda seorang sahaja, groupmembers yang lain semua nangis dekat pagar border. Huhu. ? 3. Semak status ETIAS anda beberapa hari sebelum berlepas. Maklumlah, sekalipun status kebenaran dah diberikan tapi kebenaran tersebut boleh ditarik balik saat-saat akhir. 4. Selagi mana dalam tempoh sah laku ETIAS itu, anda bebas untuk terbang ke sana, berenang ke sini, menjelajah ke situ dalam mana-mana sahaja negara EU. 5. Anda perlu pergi ke negara pertama yang anda tulis dalam permohonan ETIAS. Contoh, anda rangka perjalanan untuk bercuti ke Ireland, United Kingdon dan Belanda. Anda tulis negara pertama adalah Ireland, then anda perlu ke Ireland dahulu sebelum ke negara lain dalan susunan. Jangan langkah-langkah.
6. Perkara terakhir yang anda kena buat, belikan Libur keychain, hantar kat office. Hehehe.. ?
Ok-ok pointlast tu main-main je. So jelas ya tentang apa yang Libur bagitahu tadi. Kalau nak bercuti ke EU nanti lepas ni jangan lupa apply ETIAS. Kalau anda nak lagi maklumat lanjut, sila layari lawan web Schengen Visa Info.
Sumber: Schengen Visa Info
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...