Jika rakyat Malaysia sudah dibenarkan bercuti ke luar negara dan anda memilih England sebagai lokasi berlibur, ada berita baik buat anda!
Negara kita tersenarai bersama Thailand, Singapura dan Vietnam merupakan antara negara-negara Asia Pasifik yang dibenarkan kembali atau melawat England tanpa perlu menjalani proses kuarantin 14 hari. Kementerian Pengangkutan negara itu mendedahkan lebih 70 negara yang dibenarkan memasuki negara itu tanpa menjalani proses kuarantin bermula 10 Julai 2020 ini. Individu yang tiba dari negara yang 'berisiko rendah' ini tidak perlu menjalani proses kuarantin. Ini sekali gus bermakna, rakyat negara itu yang mahu bercuti ke luar negara yang berisko rendah tidak perlu bimbang terhadap proses kuarantin setibanya semula ke England.
Antara negara lain yang dikategorikan sebagai berisiko rendah adalah New Zealand, Australia, Jepun, Korea Selatan, Sepanyol, Itali dan Jerman
Bagaimanapun, mereka yang tiba dari negara berisiko tinggi masih perlu menjalani proses kuarantin 14 hari. Negara yang masih dikategorikan sebagai berisiko tinggi adalah Amerika Syarikat, Sweden, Mexico, Brazil, Rusia, Iran, India, Pakistan dan Bangladesh.
Ads
Sementara itu, Pejabat Luar dan Komanwel (FCO) negara itu turut mendedahkan senarai negara yang dibenarkan untuk rakyatnya melawat. Malaysia merupakan negara Asia Pasifik yang tersenarai bersama-sama dengan Australia, Brunei, Polynesia, Hong Kong, Jepun, Macau, New Zealand, Taiwan, Thailand, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan Wallis & Futuna. Ini bermakna England membenarkan rakyatnya melawat ke negara-negara yang disenaraikan tersebut berpandukan polisi yang ditetapkan oleh insurans pelancongan.
Ads
Mulai 4 Julai 2020, Malaysia dikecualikan daripada nasihat FCO terhadap semua perjalanan antarabangsa 'tidak penting'. Menurut laman web FCO, ini adalah berdasarkan penilaian semasa terhadap risiko COVID-19 di negara ini yang semakin terkawal. Bagaimanapun, perjalanan tertakluk kepada sekatan kemasukan. Kemasukan ke Malaysia buat ketika ini dilarang, kecuali untuk warganegara Malaysia dan warganegara asing yang memiliki kategori visa menetap dan pas pekerjaan tertentu. Sesiapa sahaja (termasuk warganegara Britain) yang mendapat kebenaran memasuki Malaysia perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dan diminta untuk mendaftarkan alamat untuk kuarantin diri, serta memuat turun aplikasi MySejahtera, dan memakai gelang tangan.
Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut dilapor akan dianjurkan tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 umum Timbalan Menteri Pelancongan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik beberapa hari yang lalu.
Berita kehadiran Firaun ke Malaysia itu begitu mengujakan ramai orang untuk melihat dengan lebih dekat.
Namun begitu, perkara itu belum diputuskan lagi dan perlu dibincang di peringkat Kabinet mahupun kementerian terlebih dahulu. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi Mohamaddin berkata demikian apabila ditanya akan pameran itu seperti yang diumumkan oleh timbalannya
Menurutnya, beliau sendiri tidak tahu bagaimana pengumuman sebegitu boleh dibuat tanpa melalui proses yang sepatutnya.
“Terkejut tidak juga terkejut, pasal perkara begini biasanya tidak boleh jadi. Untuk membawa Firaun ke sini insuransnya sahaja mungkin ratusan juta ringgit kalau kerajaan Mesir lepas, kalau tidak dia lepas, langsung tiadalah pamerannya. Ini peringkat tertinggi perlu bincang dengan orang peringkat tertinggi di sana, bukan di peringkat menteri atau timbalan menteri ,” katanya.
Ditanya lagi sama ada pameran itu akan tetap diadakan memandangkan pengumuman telah dibuat, Mohamaddin berkata beliau tidak pasti kerana ia belum pun dibawa ke perbincangan peringkat kementerian.
Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan (penerbangan) pada September ini. Ini mungkin berita baik untuk industri pelancongan kita tetapi berita ‘kurang baik’ buat rakyat Malaysia yang gemar menggunakan penerbangan awam untuk melancong ke luar negara.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan akan mempertimbangkan kategori levi pelepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
Ia mungkin dilaksanakan selepas musim haji, mungkin pada September. Bagaimanapun, semua cadangan akan diambil kira dan dibentangkan sebelum Kabinet membuat keputusan. Setakat ini belum ada keputusan levi lepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 telah diluluskan oleh Parlimen pada April, yang antara lain akan menyediakan peruntukan untuk mengenakan levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Cadangan jumlah levi pelepasan yang akan dikenakan adalah pada kadar RM20 seorang untuk penumpang yang terbang ke negara anggota ASEAN dan RM40 ke negara lain.
Akan tetapi, levi perlepasan ini tidak akan dikenakan kepada bayi dan kanak-kanak berumur 24 bulan atau berusia 2 tahun, dan penumpang yang transit tidak melebihi 24 jam.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.
Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur ini dijadualkan bermula pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengah malam di Dataran Merdeka. Program ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
'Pertunjukan Cahaya di Langit' akan menjadi pertunjukan istimewa, kemuncak untuk Kempen Melawat Malaysia 2020 dalam tempoh 10 minit dengan 11 formasi istimewa menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia di ambang 2020 kelak.
Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur merupakan acara khusus sambutan besar-besaran menjelang 2020 dengan gabungan beberapa komponen acara dimulai dengan perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2019 dan Majlis Pelancaran Video Kempen Nilai-Nilai Murni oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, diikuti persembahan 'Extravaganza Malaysia Time Capsule' oleh Istana Budaya.
Konsert tersebut akan disertai oleh Datuk Jefrydin (Pop Yeh Yeh), Elvira Mentor (Oldies), Asmidar (Irama Malaysia), Siti Nordiana (Pop Balada) dan Han Byul (Korea).
Persembahan aksi rasa kilas (flashmob) akan diadakan di Avenue K, Jalan Ampang, dan di perkarangan Pavilion, Bukit Bintang pada 27 dan 28 Dis ini bagi memeriahkan lagi promosi program tersebut.
Sementara program awalan khalayak pada 31 Disember ini dengan program interaktif seperti pameran, demonstrasi, permainan kembara budaya (cultural hunt), interaktif masakan warisan dan persembahan sisipan kesenian dan kebudayaan dengan penglibatan pengunjung tempatan serta luar akan diadakan mulai 10 pagi.
Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum, menyemarakkan pelancongan negara serta mengetengahkan tradisi menyambut perayaan seperti Krismas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...