Rakyat Perancis bimbang dengan perancangan kerajaan untuk melonggarkan sekatan pergerakan bermula 11 Mei 2020.
Perancangan itu susulan situasi wabak COVID-19 menunjukkan perkembangan baik selepas lima minggu sekatan pergerakan dilaksanakan. Kerajaan Perancis sedang dalam proses untuk melonggarkan sekatan pergerakan secara beransur-ansur untuk mengembalikan semula rutin kehidupan seperti biasa. Di bawah perancangan kerajaan, kafe, restoran, kedai, pawagam dan teater masih ditutup sementara festival ditunda sehingga pertengahan Julai.
Sementara itu, sekolah akan dibuka semula dalam beberapa fasa dengan jumlah kelas yang jauh lebih kecil. Namun, persoalan mengenai peralatan perlindungan dan protokol kebersihan yang akan dilaksanakan masih tidak terjawab, mencetuskan kebimbangan dan kritikan banyak pihak.
Sumber: Bernama