Kesan koronavirus (COVID-19) menyebabkan industri pelancongan tanah air berhadapan kerugian yang sangat besar. Selain sektor penerbangan, sektor perhotelan juga menerima impak yang teruk dan sangat nazak ketika ini.
Foto: SelangorkiniFoto: pinterest
Sejak Januari 2020 lalu, industri perhotelan menerima pembatalan tempahan bilik secara mendadak dan sehingga kini telah mencecah angka 193,000 bilik dengan nilai kerugian lebih RM75 juta.
Dalam tempoh kawalan pergerakan selama 14 hari ini, hampir kesemua hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Menurut sumber Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, Yap Lip Seng berkata tempoh ini sahaja industri perhotelan menganggarkan kerugian pendapatan industri hotel lebih daripada RM500 juta.
Ads
Buat masa ini, objektif utama pengusaha hotel adalah untuk meneruskan operasi dalam keadaan kerugian yang paling rendah dengan kos upah dan gaji adalah antara yang paling besar.
Ads
Berdasarkan sumber Persatuan Hotel Malaysia, setakat 20 Mac lalu, seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan di seluruh negara telah diberhentikan manakala anggaran kerugian pendapatan industri hotel berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berjumlah RM560,720,981.
Ads
Foto: shutterstock.com
Industri perhotelan di Kuala Lumpur paling terkesan dengan kerugian bernilai RM24 juta diikuti Sabah RM11 juta dan Selangor RM9 juta.
Persatuan Hotel Malaysia ketika ini mewakili industri dalam rundingan diskaun dengan pembekal-pembekal servis kepada ahli-ahlinya untuk mengurangkan kos operasi hotel. Mereka juga berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih bantuan kewangan kepada industri dengan beban dan kekangan aliran tunai yang serius.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Semalam Tourism Selangor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PKNS Real Estate (PREC) dalam usahasama membina dan membangunkan projek “SACC Walk Retail Container”.
Menerusi memorandum tersebut, ia merupakan langkah strategik dalam mengukuhkan lagi sinergi dan kerjasama dinamik untuk merancakkan kembali bidang peruncitan dan pelancongan negara.
Majlis pemeteraian yang berlangsung di Black Box@SACC Mall yang turut disiarkan secara atas talian telah disempunakan oleh Tuan Encik Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif,Tourism Selangor dan Tuan Sr. Fakru Radzi bin Ab Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif PREC.
Selain penyediaan tapak untuk kontena runcit, pelan perlaksanaan turut menyokong kerja pemasangan penuh kontena, keperluan teknikal, perlesenan dan perkara berbangkit.
Sokongan kewangan turut disediakan kepada bakal penyewa dan atau mana-mana syarikat yang berminat untuk membeli kontena atau menjadi sebahagian daripada kandungan Kontena Runcit SACC Walk. Pemasangan sebanyak 10 kontena runcit ini dijangka siap menjelang bulan Ramadan 2022.
Bagi menyokong usaha tersebut, pihak Tourism Selangor akan bertanggungjawab menyalurkan maklumat atau hebahan kepada pihak berminat untuk tujuan pembelian atau penyewaan, selain mengadakan acara atau aktiviti mempromosikan SACC Walk kepada orang ramai dalam mewujudkan kesedaran tentang daya tarikan di kawasan ini.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam sebuah kenyataan berkata, “Memorandum Persefaham atau MoU yang dimeterai pada hari ini menandakan sebuah lagi pencapaian pihak Tourism Selangor, terutamanya dalam pemerkasaan sektor peruncitan yang merupakan antara elemen terpenting dalam sektor pelancongan Negeri. Pihak Tourism Selangor sedia maklum tentang potensi besar sektor ini, serta mengalu-alukan idea-idea baharu serta di luar kotak, yang disambut-baik oleh orang awam”.
“Inisiatif ini juga adalah bertepatan dengan visi Kempen “Pusing Selangor Dulu” yang mengajak orang ramai ke tempat-tempat tumpuan seperti ke SACC Walk bagi merasa sendiri inovasi kepada pengalaman runcit dan beli-belah di sini”, tambah Tuan Azrul Shah.
En. Sr. Hj. Fakru Radzi Ab Ghani, dalam ucapannya berkata “Majlis ini menjadi saksi kepada kesepakatan kami untuk membangunkan “SACC Walk Retail Container” bertempat di SACC Walk, Shah Alam. Fenomena kontena terpakai yang dikomersialkan untuk tujuan “homestay”, ruang pejabat, kedai makan, dan peruncitan bukanlah sesuatu yang baharu.
“Justeru, kami percaya bahawa kolaborasi bersama Tourism Selangor dalam mengadakan kontena terpakai ini di tapak yang strategik seperti SACC Walk mampu menjadi daya tarikan tambahan kepada para pengunjung. Apatahlagi dengan kepelbagaian dan kelainan produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan, kami percaya ia mempunyai kelebihan daya saing yang mampu memenangi hati orang ramai.”
Sebagai salah sebuah usaha proaktif dalam menetapkan semula atau “reset” industri pelancongan domestik Negara khususnya di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor telah melancarkan Kempen Pusing Selangor Dulu”” pada Disember tahun lalu. Seorang selebriti tempatan; Che Puan Juliana Evans telah dilantik sebagai Duta Kempen ini yang digerakkan menerusi landasan digital, terutamanya laman media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube.
Apa yang membanggakan, sejak dilancarkan, tandapagar #PusingSelangorDulu telah menerima sebanyak 22 juta reach di laman media sosial. Dalam masa yang sama, sasaran Kempen “Pusing Selangor Dulu” bakal diperluas dalam mencapai objektif menjadikan SACC Walk sebagai kawasan nukleus pelancongan baharu bagi Negeri Selangor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa saja yang tidak menggemari restoran makanan segera yang cukup popular ini. Sebut saja namanya, pasti terbayang kesedapan dan kerangupan ayam goreng disajikan.
Sudah lama bertapak kukuh di Malaysia dan terbaru Kentucky Fried Chicken (KFC) telah membuka satu lagi cawangan yang lain daripada lain.
Kalau sebelum ini membuka restoran pesaing membuka cawangan yang berkonsep rumah Minangkabau di Kuala Pilah, dan kali ini KFC pula taampil dengan berkonsep retro pula.
Berlokasi di Bandar Bukit Raja Klang, restoran KFC ini menampilan cawangan pertama di Malaysia berkonsep retro.
Dibuka pada 18 April lalu, di Klang. Cawangan ini bakal memberikan pengalaman makan seperti pada tahun 50-an kepada pelanggan yang datang.
Selalunya apabila kita datang ke sini, akan disambut oleh lakaran muka Colonel Sanders dan tulisan KFC berwarna merah, dan putih. Tetapi di cawangan Bukit Raja, Klang, reka bentuk bangunan tersebut dihiasi dengan tingkap yang mengelilingi bangunan tersebut.
Lebih menarik lagi, pelanggan juga akan disambut dengan satu KFC bucket gergasi di bahagian depan restoran itu, diinspirasikan daripada rangkaian makanan ringan old-school yang terkenal di Amerika Syarikat.
Dan jika anda memandu di sekitar kawasan Bukit Raja pada waktu malam, mesti tidak akan terlepas daripada KFC bucket gergasi ini, kerana ianya menyala pada waktu malam.
Malah dekorasi retro ini juga boleh jadi tarikan dan pilihan untuk geng OOTD merakam gambar menarik. Jadi, jangan lepaskan peluang datang ke sini untuk melihat keunikan seni bina dihasilkan.
Ketika dunia gempar dengan penularan jangkitan COVID-19, rakyat Thailand juga terkesan apabila negara itu mencatat lebih 1700 kes dengan 2 kematian (sehingga 1 April).
Namun, apa yang lebih memeritkan warga negara Gajah Putih itu ialah keberadaan raja mereka ketika rakyat jelata dilanda musibah. Tanda pagar (kenapakitaperluraja) dalam bahasa Thailand mulai trending digunakan rakyat di sana.
Ia ekoran selepas seorang aktivis Thailand di luar negara menyiarkan berita mengenai Raja Maha Vajiralongkorn didakwa sedang berada di Jerman ketika negara itu dilanda wabak COVID-19. Disebabkan itu ada rakyat pertikai tindakan Maha Vajirakongkorn ketika krisis.
Ekoran itu, seorang menteri memaklumkan bahawa sesiapa yang menimbulkan isu mengenai monarki diraja negara itu boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. Situasi itu dipantau dan sebarang tindakan bergantung kepada perbincangan dengan agensi keselamatan.
Pihak istana Thailand setakat ini masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan. King Vajiralongkorn yang berumur 67 tahun dimahkotakan tahun lalu mempunyai rumah kedua di Jerman dan banyak menghabiskan banyak masa di luar Thailand.
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...