Sepasang suami isteri dari Britain yang meninggalkan negara asal mereka pada tahun 2011 kerana ingin belayar mengelilingi dunia kini telah mempunyai tiga orang cahaya mata dan masih meneruskan pelayaran.
Ramai yang cemburu dengan kehidupan keluarga ini kerana menghabiskan masa hanya dengan belayar selain berpeluang menjejakkan kaki di pelbagai negara di dunia.
Jess Lloyd-Mostyn berusia 36 dan suaminya, James, 48 tahun memulakan pengembaraan mereka setelah mengikuti beberapa kursus pelayaran ringkas. Pasangan itu sebelum ini hanya pasangan kekasih, dalam tempoh ketika misi pelayaran mereka telah berkahwin dan dikurniakan anak sudah melawat hampir 36 buah negara. Mereka sudah belayar sejauh 41,000 kilometer dalam tempoh lapan tahun ini.
Selepas menyeberangi Lautan Atlantik dan berada beberapa bulan di Caribbean dan tiba di Panama, pasangan iniu memutusakan untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Dua tahun selepas memulakan pelayaran, Jess melahirkan anak pertamanya, Rocket yang kini berumur 5 tahun di sebuah hospital di Mexico manakala anak kedua, Indigo, 3 tahun, dilahirkan di New Zealand. Manakala cahaya mata ketiga mereka, Autumn lahir di London ketika pasangan suami isteri itu pulang dan berhenti sebentar di Britain pada Oktober tahun lalu.
Jess sebelum ini merupakan seorang artis seni dan James pula bekerja sebagai arkitek. Pasangan itu menyewakan rumah dan sebuah flat milik mereka di London bagi membantu membiayai pelayaran tersebut.
Mereka pada mulanya meletakkan tempoh dua tahun untuk menamatkan pelayaran tersebut. Namun, Jess dan James terpaut pada kehidupan baharu itu dan tidak merancang untuk berhenti belayar. Penulis percaya kehidupan sebegini menjadi impian ramai orang kan? Tujuan hidup hanya dengan mengelilingi dunia dan menggembara melihat ciptaan Ilahi.
Semua aktiviti berkaitan pelancongan yang dirancang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) diteruskan dan berlangsung seperti biasa ketika ini.
Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof sebarang perubahan dan penundaan aktiviti tersebut adalah bergantung kepada perkembangan terkini COVID-19.
Selaras keputusan itu juga, jumlah sasaran kemasukan 30 juta pelancong asing ke negara ini dengan jangkaan pulangan pendapatan RM100 bilion daripada industri pelancongan sebelum ini adalah kekal.
Susulan penularan COVID-19 juga, Datuk Musa Yusof berkata segmen pelancongan kesihatan diMalaysia dilihat kekal mendapat sambutan khususnya pelancong dari negara-negara jiran yang datang mendapatkan rawatan di sini.
Selain itu, Tourism Malaysia juga sedang giat memperluaskan pasaran kemasukan pelancong dari India kerana pasaran dan jumlah ketibaan pelancong dari negara ini merupakan kedua terbesar selepas China.
Daya Tarikan Berpaksikan Alam Terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Johor Bahru, Ibrahim International Business District (IIBD) meliputi kawasan seluas 250 ekar yang disempadani oleh Jalan Tun Abdul Razak di Timur, Jalan Seri Lalang di Utara, Jalan Ayer Molek di Barat dan Persiaran Tun Sri Lanang di Selatan. Melangkah masuk ke kota metropolis ini mencetus pelbagai emosi: sebagai sebuah hab komersial dan korporat, kepesatan dan keceriaannya jelas terserlah, disulami warisan masa lepas dan budaya masa kini, selain diwarnai kehijauan yang mencergaskan pusat bandaraya ini.
Kelestarian berilhamkan Senandung Alam Urban Tree dibina dari keluli tahan karat – menyerupai bentuk Pokok Meranti Johor yang gah namun diancam kepupusan, dengan dahan-dahannya berbentuk daun dan angklung. Apabila bayu bertiup, muzik indah terhasil , mendendangkan ‘Senandung Alam’. Sebuah puisi dengan nama yang sama telah dicipta sempena memperingati matlamat penting IIBD ini:
Dengarlah suara Alam yang bercerita, Tentang alunan lagu, irama angin kala Bumi bermula. Tentang Karya teragung yang kini menjauh pilu dan merana, Yang membangkitkan keresahan di jiwa. Hilangkah sudah pengajaran hidup paling berharga? Umpama menghilang di angin lalu, membawa pergi irama dan lagu.
Berdiri megah setinggi 20 kaki, daya tarikan utama yang terletak di Laman Monumen Sultan Abu Bakar yang indah dan berprestij ini ialah Urban Tree pertama, Arca Eko (Eco Cornerstone) IIBD. Arca Eko ialah peringatan kepada manusia untuk menghargai keajaiban dan keindahan alam serta mencerminkan pemuliharaan warisan alam Johor menerusi reka bentuk yang menyerlah.
Urban Tree of Malaysia. Tedapat angklung di dahan yang berbunyi apabila ditiup angin
Serpihan kaca pecah telah diterapkan dalam bahagian dasar arca selebar 20 kaki, yang berkilauan apabila dipancar sinar mentari, bagi mengiktiraf keindahan bahan kitar semula. Selain daripada kilauan yang dihasilkan, ia menekankan komitmen positif terhadap alam sekitar demi kelestarian masa depan IIBD.
Perjalanan bermula di Titik Sifar Terletak di hujung paling selatan Semenanjung Malaysia, Kilometer Sifar adalah titik mula lebuhraya yang menghubungkan seluruh negeri dari Johor Bahru. Sepanjang laluan pejalan kaki Jalan Ibrahim, anda boleh meninjau pemandangan Selat Johor dan Singapura di seberang tambak.
Kunjungan istana Lawatan ke Johor Bahru tidak lengkap tanpa persinggahan ke kawasan istana. Di bahagian barat menghadap tambak Johor, Masjid Sultan Abu Bakar tersergam indah. Terbina di atas bukit dengan pemandangan saujana Selat Johor dan Singapura, masjid ini mengetengahkan kepelbagaian sentuhan seni bina neo-klasik gabungan pengaruh Inggeris-India.
Dari masjid, pengunjung boleh berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke Istana Besar Abu Bakar, satu lagi bangunan agam seni bina Victoria yang didirikan atas perintah oleh Sultan Abu Bakar. Istana diraja ini dikelilingi oleh seni taman serba indah, menempatkan sebuah muzium diraja dengan koleksi alatan diraja yang mengagumkan. Di bahagian belakang, ada laluan yang menuju ke pintu gerbang Taman Botani Zahara, Taman Botani Diraja.
Nikmati keindahan alam sambil menjamu selera Apabila bersiar-siar di sepanjang Jalan Dhoby, anda tidak akan terlepas pandang Flowers in the Window, kafe bertema bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan hijau. Di samping mempunyai taman sendiri di ruang belakang, kafe ini menawarkan konsep menu segar, dengan hidangan roti ‘sourdough’, kek buatan sendiri, makanan tradisional dan juga minuman yang mengandungi khasiat herba.
The Ice Cream Project (TIP)dianggap sebagai gerai aiskrim paling tua di JB Old Town. Ia merupakan satu-satunya kedai aiskrim di bandaraya ini yang mengguna pakai kaedah nitrogen cecair. Kedai ini mudah dikenal pasti dengan buaian tergantung di luar premis.
The Ice Cream Project
Daya tarikan dan keindahan di Barat Daya Memasuki pintu gerbang Barat Daya ke IIBD, Jalan Ayer Molek akan membawa pengunjung ke Laman Monumen Sultan Abu Bakar. Kawasan ini terdapat MonumenVOA yang memaparkan jata negeri yang ditempatkan di atas pancutan air; dan Birds of Paradise, nama timangan kepada enam struktur berbentuk berlian yang mirip burung-burung berterbangan di udara. Pada waktu malam, struktur ini serta bahagian-bahagian lain laman dilimpahi lampu untuk memaparkan simfoni cahaya indah, menarik penduduk menikmati keindahannya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda suka untuk melancong percuma, ada berita baik untuk anda! Siapa tak suka travel satu dunia percuma kan? Tapi ada syaratnya..
Sebuah syarikat di United Kingdom mahu mengupah seorang individu untuk mengembara ke serata dunia dan menikmati masakan berasaskan sayur-sayuran dengan bayaran £50,000 (RM269,000) setahun.
Vibrant Vegan Co. memaparkan iklan jawatan kosong ‘Pengarah Rasa’ di laman web syarikat itu yang memerlukan calon untuk mengembara ke beberapa negara termasuk India, China, Turki, Chile, Mexico dan Jepun untuk menguji makanan tersebut serta memberi maklum balas mengenainya.
Tugas kembara sambil makan itu mungkin boleh berlangsung selama empat bulan pada satu-satu masa dan semua kos termasuk perjalanan, penginapan serta makanan akan ditanggung sepenuhnya.
“Pemohon tidak perlu mengamalkan gaya vegetarian tetapi perlu memberi fokus kepada bahan-bahan berasaskan sayur-sayuran sewaktu bekerja,” menurut iklan itu di laman web syarikat.
Calon yang ingin memohon perlu mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun dalam perniagaan makanan atau sebagai cef. Pemohon yang memiliki kelulusan sains pemakanan mempunyai kelebihan, namun ia bukan mandatori.
Selain bayaran gaji, pemohon yang berjaya perlu bekerja sehingga 35 jam seminggu secara fleksibel, diberi bayaran gaji penuh ketika cuti sakit dan 28 hari cuti.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...