Vietnam merupakan negara pilihan ramai rakyat Malaysia untuk bercuti. Selain destinasi bersejarah dan kawasan melancong menarik sebab utama pelancong memilih ke Vietnam adalah untuk membeli-belah. Jika bijak dan mahir dalam urusan membeli barang, anda boleh dapat pelbagai pilihan barang di negara ini dengan harga yang cukup murah.

Namun, disebalik kegembiraan dan keghairahan rakyat kita untuk ke Vietnam, rupanya ramai melalui detik hitam apabila menjejakkan kaki di bumi itu. Vietnam sudah terkenal dalam kalangan pelancong lama sebagai negara yang penuh dengan tipu helah. Bagi pelancong baru yang tidak membuat sebarang persediaan atau dapatkan info tentang Vietnam sering menjadi mangsa tipu ‘scam’ terbaru yang dilakukan warganegara itu sendiri.

Pengalaman pasangan ini yang menjadi mangsa scam di Vietnam beberapa tahun lalu diharap dapat menjadi panduan kepada anda semua tidak kira masa. Ambil langkah berhati-hati jika ingin bercuti di mana sahaja sekali pun.


PENGALAMAN KENA SCAM DI VIETNAM

Kota penuh muslihat.

Setiap kali kalian tengok orang pergi travel mesti rasa seronoknya kau! Tak semuanya manis ya kawan-kawan.Kebanyakan ada cerita pahit sebenarnya,termasuk saya haha. Saya cuba kongsi pengalaman buruk pada trip saya pada tahun 2016.

Inilah trip pertama kali kami ke Vietnam dan ini ‘unplanned trip’. Beli tiket return,dan hanya beli hotel sehari dua sebelumnya. Tiada plan langsung untuk cari itinerary atau tourist guide. Acah-acah backpackers betul haha

Selesai check in,saya dan isteri turun periksa kawasan sekitar dan survey lokasi untuk dilawati hari seterusnya. Pengalaman kami, kawasan sekitar vietnam tak sama macam di Indonesia atau negara Asia yang lain.

Dengan bau dan makanan yang tak berapa sedap di tekak melayu ni,pertama kali rasa datang dan terus rasa nak balik pada hari yang sama. Tapi kami gagahkan diri untuk hari seterusnya. Kami disapa oleh seorang pakcik yang bermotosikal dan dipelawa untuk ronda-ronda sekitar bandar Ho Chi Minh. Oleh sebab pertama kali sampai, rasa nak cuba tapi kami biasa tanya harga dulu. Nampak baik.

“How much for the trip ?”
“Around rm60”

Beliau pun tunjuk ada beberapa buku testimoni dari rakyat Malaysia yang lain yang dia bawa. Gambar cantik semua orang happy ja. Nampak berbaloi, saya dan isteri setuju untuk bonceng dengan mereka.

Pengalaman baru ni. Dua motor baru rm60 untuk pusing bandar untuk tengahari. Pertama kali pusing bandar jadi pembonceng. Naik motor kan murah, jadi pembonceng je pun. Dapat setel semua best spot dekat Ho Chi Minh. Kami di bawa melawat beberapa tempat yang wajib pergi di Ho Chi Minh seperti St Mary Cathedral,Post Office Saigon dan Museum War.

Sekitar jam 1 tengahari kami dah habis pusing. Tapi kami try ajak selfie dengan ‘pakcik’ tu tapi dia asyik tolak. Katanya “agama” yang tak bagi.

Ini je yang kami ambil gambar secara curi-curi. Muka excited la mula-mula.

Pelik. Kami dibawa di tempat yang agak jauh dari bandar untuk minum kopi vietnam katanya dan tempat last untuk trip.

Kopi vietnam sebelum kena pau rm600

Kami pun tulis lah testimoni yang baik dekat buku. Akhirnya dia minta untuk bayar dia rm600. RM600 untuk 2 orang??

Memang kami terkejut. Dia kata RM60 tu untuk sejam. 5 jam jadi RM300 untuk 1 motor,2 motor total RM600. Kenapa tak cakap awal-awal dengan lagi detail? Dia senyap dan bagi macam-macam alasan.

Memang panas.marah,bengang,tak puas hati semua ada. Masa tu dekat kawasan yang memang asing dan jauh dari hotel. Sambil bincang dia asyik tengok barang kemas isteri (walaupun pakai cincin kahwin).Rasa nak lari tapi tak berani nak buat kacau di negara orang.

Terus terang saya kata kat pakcik tu,ada rm300 je. Selepas nego selama 1 jam,baru dia setuju. Akhirnya kami dibawa ke hotel dengan berhuhuhu. Trip separuh hari untuk dua orang dah rm300.

Habis Duit Kena Tipu!

Ramai lagi yang menjadi mangsa ‘scammer’ di Vietnam. Pelbagai cara telah mereka lakukan untuk menipu pembeli dan pelanggan mereka yang kebanyakkannya datang dari Malaysia.

Sumber: FB Khairuddin Ariffin