Ada yang bersorak keriangan ketika Perdana Menteri mengumumkan rentas negeri dan aktiviti pelancongan dalam negeri dibenarkan beroperasi semula bermula 10 Jun 2020.
Mana tidaknya hampir 3 bulan kita tidak dibenarkan menjalani kehidupan normal biasa yang kita lakukan, demi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia termasuk Malaysia.
Foto: Google ImageFoto: pixel.com
‘Keistimewaan’ yang diberikan ini sejak sekian lama kita menunggu lebih-lebih lagi buat kaki melancong diharap dapat kita lakukan dengan cara ‘Normal Baru’. Ini penting agar kebenaran ini berpanjangan dan tidak lagi disekat untuk tempoh waktu yang panjang. Buat anda tidak sabar untuk mula melancong kembali, ini ada tip melancong dalam Malaysia dengan selamat ketika pandemik oleh Public Health Malaysia
Ads
Ads
Kebenaran untuk merentas negeri telah diberikan, masyarakat juga telah diberi lampu hijau untuk melancong dalam negeri. Ketahuilah, bahawa kebenaran ini adalah sebahagian dari strategi untuk membantu ekonomi, BUKAN bermakna kita telah bebas dari risiko. Jika anda memilih untuk melancong, ketahui apakah sikap, tanggungjawab dan pengetahuan yang perlu anda galas sebelum memulakan perjalanan.
Lokasi dan aktiviti memainkan peranan penting. Jika anda nampak suatu lokasi kelihatan padat dan sesak, SKIP dan elakkan. Tempat tertutup seperti pusat membeli belah bukan pilihan yang baik untuk anda meluangkan waktu bercuti.
Pilihlah lokasi yang tenang, tidak padat, mempunyai banyak tempat terbuka, jauh dari orang ramai dan berunsur alam semula jadi. Luangkan masa untuk berehat di bilik/ homestay bersama keluarga adalah lebih baik sepanjang tempoh bercuti.
Anak anak adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. Anda boleh biarkan mereka berlari dengan gembira di padang lapang, tepi pantai yang tidak sesak, taman rekreasi yang tidak sesak BUKAN di tempat padat dan tertutup seperti pasaraya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika bersiar-siar di pantai, menjadi perkara biasa aktiviti orang awam mengutip batu-batu yang cantik di persisiran pantai. Rutin itu kadangkala sekadar suka-suka untuk melengkapkan acara normal percutian di mana sahaja pantai di dunia. Tiada undang-undang sebelum ini yang mengatakan amalan mengutip batu di pantai adalah salah.
Berlainan pula di pantai peranginan Amroth di Pembrokeshire, Wales. Pengujung telah dikejutkan dengan larangan daripada mengambil atau mengambil batu di kawasan berkenaan. Mengalihkan batu-batu pantai adalah kesalahan jenayah. Pesalah boleh dikenakan hukuman!
Papan amaran keras mengenai peraturan ‘pelik’ itu telah dipasang di pantai itu menyatakan bahawa mereka yang berbuat demikian berdepan denda sebanyak £1,000 (RM5,280). Papan tanda larangan itu turut menegaskan bahawa batu-batu di pantai tersebut merupakan benteng pertahanan pantai daripada hakisan laut.
Kesalahan itu dikatakan tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pesisir 1949 dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 kerana menyebabkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan. Bagaimanapun, wakil Majlis Daerah Pembrokeshire mengesahkan bahawa pihaknya bukan orang yang bertangungjawab memasang papan tanda itu.
Menurut seorang penduduk tempatan, Ben Williams, perbuatan mengambil batu itu sukar untuk dibendung.
“Apabila anak anda yang berusia tiga tahun mahu menyimpan batu cantik yang ditemuinya, saya tidak boleh katakan tidak kepadanya. Bukan apa yang diambil dari pantai menjadi masalah tetapi apa yang ditinggalkan di sana oleh pengunjung,” katanya.
Pantai tersebut popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Pembrokeshire. Namun penduduk sekitar yang mendiami di lokasi tumpuan pengunjung itu sedikit bimbang dengan kesan hakisan yang semakin jelas kelihatan. Oleh itu, banyak benteng-benteng diwujudkan disekitar persisiran pantai untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Percutian ke luar negara sangat menyeronokkan, lagi-lagi bila kita dapat melihat budaya dan pelajari cara mereka. Tetapi, kadang-kadang percutian keluar negara boleh mencecah ribuan ringgit ! Cjay kongsikan pengalaman dan cara beliau menjimatkan wang ketika melancong keluar negara.
Bali sememangnya antara destinasi percutian popular dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama bagi mereka yang mahukan percutian singkat dengan suasana pantai, kafe menarik dan kos yang masih berpatutan. Begitu juga dengan pengalaman seorang pelancong yang berbangsa Cina bernama Cjay, memilih Bali untuk percutian singkat selama tiga hari dua malam bersama teman wanitanya.
Apa yang menjadikan percutian ini lebih menarik, teman wanitanya merupakan seorang pramugari. Disebabkan itu, mereka menikmati diskaun penerbangan sehingga 90 peratus, sekali gus menjadikan percutian singkat ini jauh lebih menjimatkan. Peluang tersebut digunakan sebaiknya memandangkan teman wanitanya hanya mempunyai cuti selama tiga hari dan tidak mahu menghabiskan masa di rumah.
Menurutnya, percutian ke Bali ini dibuat secara sangat spontan. Tiket penerbangan ditempah hanya sehari sebelum berlepas, namun semuanya berjalan lancar. Mujur juga tempoh penerbangan ke Bali hanya sekitar tiga jam, sekali gus menjadikannya destinasi yang sesuai untuk short trip tanpa perlu menempuh perjalanan yang terlalu lama.
Sepanjang berada di sana, mereka memilih untuk menginap di sebuah Airbnb di kawasan Canggu dengan kadar sekitar RM200 semalam. Disebabkan kos tersebut dikongsi berdua, perbelanjaan penginapan menjadi lebih murah dan berbaloi, iaitu sekitar RM100 seorang untuk satu malam.
Bagi Cjay, Canggu memberi pengalaman yang baik untuk kunjungan pertama ke Bali. Namun begitu, dia berpendapat kawasan Uluwatu mungkin lebih sesuai untuk mereka yang mahu menikmati sisi alam semula jadi dan pantai yang lebih menarik. Walaupun begitu, beliau tetap berpuas hati dengan suasana di Canggu yang dianggap selesa, mudah diakses dan mesra pelancong.
Dari segi makanan, beliau mendapati kawasan Canggu lebih banyak menawarkan makanan Barat dan Eropah berbanding makanan tempatan. Sepanjang percutian tersebut, mereka menikmati hidangan Jepun pada hari pertama dan makanan Barat pada hari kedua. Menurutnya, makanan di sana bukan saja sedap, malah harganya juga agak murah.
Selain makanan, kawasan Canggu juga dipenuhi dengan kafe-kafe menarik yang menjadi tarikan utama pelancong. Dia turut berkongsi bahawa sarapan pagi dan kopi di beberapa kafe yang dikunjungi sangat memuaskan. Bagi mereka yang gemar suasana santai sambil menikmati makanan enak, Canggu boleh dianggap lokasi yang sesuai.
Walaupun trip ini singkat, mereka sempat meluangkan masa ke pantai dan menikmati suasana sekitar. Namun, dia mengakui masih banyak aktiviti yang tidak sempat dilakukan seperti berkayak, surfing, melawat air terjun dan tasik. Ini menunjukkan Bali bukan sekadar destinasi untuk berehat, tetapi juga sesuai untuk mereka yang mahu melakukan pelbagai aktiviti luar jika mempunyai masa yang lebih panjang.
Aspek pengangkutan juga antara perkara yang memudahkan percutian mereka. Aplikasi seperti Gojek dan Grab sangat membantu kerana caj perjalanan yang murah. Walau bagaimanapun, beliau menasihatkan pelancong supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, khususnya jika menaiki motosikal. Pastikan memakai topi keledar kerana keadaan jalan raya di sana agak sesak, dengan banyak motosikal dan laluan yang adakalanya tidak rata.
Dia juga berkongsi bahawa penduduk setempat sangat baik dan sopan. Namun, bagi pelancong yang ditawarkan perkhidmatan pengangkutan secara terus di tepi jalan, beliau mencadangkan supaya tidak terus menerima harga pertama. Sebaiknya buat rundingan terlebih dahulu kerana harga yang ditawarkan biasanya lebih tinggi. Alternatif paling mudah ialah menggunakan aplikasi e-hailing yang lebih telus dari segi tambang.
Satu lagi kemudahan yang menarik perhatian ialah kewujudan beberapa gim yang mudah diakses di kawasan Canggu. Terdapat gim yang menawarkan pas harian sekitar RM120 dengan kemudahan lengkap seperti pelbagai peralatan senaman, ice bath, sauna dan kolam renang. Ini tentunya menjadi nilai tambah bagi pelancong yang masih mahu mengekalkan rutin kecergasan ketika bercuti.
Secara keseluruhannya, Canggu dilihat lebih sesuai untuk mereka yang mencari suasana meriah, makanan sedap, kafe menarik serta kehidupan malam yang aktif. Namun bagi pelancong yang lebih gemarkan alam semula jadi dan pantai yang lebih cantik, Uluwatu mungkin destinasi yang lebih ideal.
Walaupun percutian ini dibuat secara last minute dan berlangsung dalam tempoh yang singkat, pengalaman tersebut tetap memberi kepuasan. Ditambah pula dengan kelebihan diskaun penerbangan yang diperoleh melalui kerjaya teman wanitanya sebagai pramugari, percutian ini jelas menjadi satu short getaway yang santai, menjimatkan dan menyeronokkan.
Tip untuk melancong sambil berbajet:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernah tak anda lihat rakan-rakan anda sering memuat naik gambar yang cantik-cantik di laman sosial berlatar belakangkan pelbagai destinasi menarik?
Sekaligus pasti terdetik di hati anda, ‘ala, si polan tu banyak duit boleh la berjalan banyak tempat best!’ Ya, mungkin juga dia berwang dan berpeluang melancong ke serata dunia. Maka, gambar-gambar yang dihasilkan banyak yang cantik-cantik dan lain dari yang lain.
Namun, ada juga hanya menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan gambar yang menarik. Silap hari bulan, gambar yang rakan-rakan anda kongsikan mungkin hanya di ambil dari dalam rumah sahaja. Nah! Ini ada 41 contoh beberapa idea menarik untuk anda hasilkan gambar yang menarik untuk tatapan ramai.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
Cubalah! Nanti kongsikan dengan Libur hasil gambar anda ya.