Bukit Broga yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Negeri Sembilan, adalah lokasi tumpuan para pendaki selain menjadi kawasan riadah keluarga terutama pada hujung minggu.
Pemandangan di atas puncaknya sangat mengujakan terutama sewaktu matahari terbit menyebabkan ada pendaki sanggup memulakan pendakian seawal 4 pagi dan lokasi ini tidak putus-putus menerima tetamu hingga ke senja.
Baru-baru ini tular di media sosial foto orang ramai di Bukit Broga susulan kebenaran oleh kerajaan yang membenarkan semula aktiviti riadah itu semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Susulan penularan isu terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga, Selangor baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga bermula 27 Jun 2020 ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan, perintah penutupan itu adalah di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Justeru, KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dan mengambil mudah dengan pematuhan kepada SOP dan normal baharu. KKM berharap segala usaha kita selama ini untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 diteruskan oleh semua peringkat dan lapisan masyarakat.
Nak percutian yang unik dengan staycation dekat penjara atau rumah hantu? Pengalaman bercuti dan bermalam sebegitu korang boleh dapat bila menginap di salah sebuah hotel yang terletak di Desaru, Kota Tinggi Johor.
Hotel Impi Yan tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki Amirul Firdaus berkongsi video di akaun TikTok miliknya yang memaparkan bilik penginapan bertemakan penjara.
Lengkap dengan dawai kawat dan pintu geriji, bilik ini juga turut mempunyai kemudahan lain seperti katil bertingkat, televisyen, tandas dan paling menarik siap ada baju ala banduan lagi.
Video berdurasi 31 saat itu membuatkan ramai yang teruja dengan dekorasi yang ada di hotel tersebut.
Bukan hanya bertemakan penjara, rupanya hotel ini turut mempunyai beberapa tema lain yang unik untuk pilihan pengunjung. Antaranya adalah hantu, muzikal, pantai, lanun, hutan dan jepun.
Nak rasa sendiri bercuti di hotel yang ada tema unik ni bolehlah korang check it out Hotel Impi Yan yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Pilih mana tema yang berkenan dan rasa sendiri pengalaman bermalam kat bilik pilihan korang!
Pohon maple cukup sinonim dengan negara Kanada. Keindahan dan keunikan pohon ini menjadikan negara Amerika Utara ini turut menjadi bucket list bagi setiap geng travel.
Apa istimewanya maple ini hingga menjadi ole-ole wajib beli tika berkunjung ke Kanada.
Perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia (BBM) Abrar Haron memberitahu sejarah serta manfaat pokok maple yang juga popular dibuat syrup.
Sebelum perang dunia pertama lagi pokok maple sudah menjadi simbolik kepada negara Canada. Kaum asal Canada sudah lama mengambil manfaat dari pokok maple.
Getah atau cecair dari pokok maple dijadikan maple syrup. Kayunya dijadikan perabot dan bahan binaan rumah.
Malah sebahagian spesies pokok maple memiliki kulit kayu lembut yang boleh dimakan. Kulit kayu ini boleh terus dimakan atau dikeringkan dan kemudiannya dijadikan serbuk. Serbuk ini digunakan untuk memekatkan kuah masakan dan juga dijadikan bahan membuat roti.
Terdapat lebih kurang 128 spesies pokok maple di dunia. Hanya 10 spesies sahaja yang merupakan pokok asli di Canada. Dan selebihnya banyak terdapat di asia timur.
Maple leaf menjadi sinonim dengan Canada sejak tahun 1700 lagi. Pada tahun 1965 maple leaf diangkat menjadi simbol rasmi apabila bendera Canada diperkenalkan.
Daun maple ini melambangkan kekuatan dan ketahanan. Ianya juga menjadi simbol perpaduan, toleransi, dan keamanan.
Leaf peeping adalah istilah tidak rasmi yang digunakan untuk aktiviti melihat dan menghayati keindahan dedaun yang berubah warna ketika musim luruh.
Daun maple yang berubah menjadi warna kuning, oren dan kemerahan menjadikan pemandangan sesuatu kawasan tersebut berwarna-warni. Sangat cantik dan insta-worthy.
Di Canada kita boleh lihat pemandangan ini di bahagian barat terutamanya di sekitar Quebec.
Aktiviti ini juga terdapat dalam budaya lain. Di Japan mereka memanggilnya sebagai momijigari. Di Korea pula dikenali sebagai seoraksan.
Sekitar 2011-2012 Canada dikejutkan dengan satu siri kecurian yang sangat unik.
Kita biasa dengar penjenayah merompak kedai emas atau bank. Tetapi dalam kes ini kecurian melibatkan beribu tan sirap mapel.
Ya sirap mapel yang kita tuang atas pancake ketika sarapan pagi di hotel tu..lol
Lebih kurang 3000 tan sirap mapel telah dicuri dari gedung penyimpanan milik kerajaan. Nilai kerugian dianggarkan hampir 60 juta ringgit. Jangan main-main.
Anda boleh tonton dokumentari ini di Netflix : Dirty Money, season 1, The Maple Syrup Heist.
1) Canada lebih sesuai diterokai dengan menaiki kereta sewa, berbanding public transport. Terutamanya di bahagian British Colombia dan Alberta.
2) Jika anda peminat alam semulajadi, anda boleh plan Canada Rockies Roadtrip. Mula dari Vancouver terus ke Whistler, Jesper National Park dan Banff National Park.
3) Visa Canada lebih susah diperoleh berbanding visa USA. Berdasarkan pengalaman kami, jangan sesekali mengaku bahawa anda mempunyai keluarga atau kenalan yang tinggal di Canada. Ianya akan merumitkan lagi permohonan visa.
4) Peluang untuk dapatkan visa Canada lebih cerah sekiranya anda mempunyai visa USA. Visa USA hidup 10 tahun. So boleh mohon visa USA dulu, kemudian mohon visa Canada.
5) Hati-hati dengan musim luruh di barat Canada. Kadangkala salji boleh turun ketika musim luruh.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰Abrar Haron untuk perkongsian seputar dunia travel – dengan pengalaman ke 73 buah negara.
Bila sebut tentang Iceland, ramai berkongsi pengalaman melihat aurora borealis yang cukup indah. Ia mungkin perkara paling kita impikan sekurangnya sekali seumur hidup untuk melihat fenomena itu.
Dikatakan waktu paling sesuai untuk melihat aurora borealis ialah pada bulan November hinggga Februari di mana langit kelihatan gelap pada ketika itu. Namun sekitar bulan Mac dan April adalah waktu terbaik kerana keadaan langitnya paling gelap.
Di sebalik tarikan menyaksikan aurora di Iceland, sebenarnya ada banyak lagi daya tarikan di negara tersebut. Antaranya ialah menyaksikan Black Sand Reynisfjara yang dikatakan cukup cantik teruatama saat bulan menyimbah bumi Iceland ini.
Terletak dua kilometer dari ibukota Reykjavik, pantai batu hitam ini terbentuk akibat letupan gunung berapi di kawasan sekitarnya. Di sekelilingnya, ada batuan volkanik malah pantai ini turut memiliki ombak yang cukup kuat selain batu-batu gunung berapi di sekitarnya.
Pada tahun 1991, National Geographic menyenaraikan pantai ini antara 10 pantai paling luar biasa biasa dan paling indah di dunia kerana pasit hitamnya. Lebih menarik, pantai ini turut menjadi penggambaran filem-filem popular dunia seperti Game OF Thrones, Noah dan Star Trek : Into Darkness.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...