
Ramai sukakan serbuk Bonito Flakes yang dimakan bersama Takoyaki. Dicampur dengan pelbagai perisa, ia menambah rasa sedap pada Takoyaki yang kita nikmati. Namun ramai menyangkakan Bonito Flakes ini diperbuat dari makanan laut iaitu sotong yang disalai tapi sebenarnya ia diperbuat dari ikan.
Baca perkongsian Catatan Zunita Di Jepun
Korang panggil benda atas takoyaki tu apa? Sayap katu (kelkatu) jugak ke?
Nama benda ni sebenarnya Bonito Flakes atau empingan bonito. Bonito flakes ni memang jadi kegemaran ramai sebab rasa dia yang sedap, lagi-lagi kalau makan dengan takoyaki.
Tapi mungkin ramai tak tahu yang bonito flakes ni dibuat dari ikan atau spesifiknya dari ikan tongkol (skipjacks tuna). Haa.. mungkin ramai ingat dari sotong atau benda lain, kan? Tapi tak pasti kalau ada yang memang ingat dari sayap kelkatu.
Dan apa yang lebih menarik, cara nak buat bonito flakes ni pun unik. Cara dia, ikan tongkol perlu diasapkan (smoked) sekurang-kurangnya 5-6 jam dalam satu sesi dan kemudian direhatkan sehari. Lepas tu perlu diasapkan semula dan direhatkan . Kitaran ni perlu diulang sebanyak 12-15 kali!
Lepas proses tersebut, ikan tu perlu disembur pula dengan kulat atau Aspergillus glaucus culture. Ye, ikan ni disembur dengan kulat. Benda ni dipanggil katsuobushi.
Kulat ni dibiarkan sebati dengan ikan tu sampai lebih kurang 6 bulan. Kalau tengok kejadian masa disalut kulat tu.. tak pasti masih ada yang nak makan ke tak bonito flakes tu haha!
Hasil dia?
Ikan tuna tu akan jadi keras kejung yang teramat sangat. Lepas tu diorang akan sagat atau hiris nipis dengan alat khas (kezuri) untuk jadikan bonito flakes.
Ini cara tradisional lah nak buat bonito flakes ni. Cara moden dia tak perlu tunggu sampai 6 bulan pun nak bagi ikan ni keras kejung. Biasanya cara moden lebih cepat cuma katanya kalau cara tradisional tu lebih sedap lah. Hehe
Selain guna dekat takoyaki, bonito flakes ni jugak biasanya direbus untuk dibuat dashi (stok sup) untuk udon, soba dan sebagainya.
Harap lepas ni dah tak keliru sayap kelkatu dengan bonito flakes ya. Malulah followers sis tapi tak tahu
.
#CatatanZunitaDiJepun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
The Taaras Beach & Spa Resort Pupuk Kesedaran Ramai Anjur Hari Konservasi Pulau Redang 2019

Seramai lebih 70 sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai organisasi dan lapisan masyarakat berjaya melaksanakan Hari Konservasi Pulau Redang 2019 (RICD2019) bertempat di Pulau Redang pada 3 hingga 5 Mei yang lalu.
RICD2019 yang dianjurkan oleh The Taaras Beach & Spa Resort (TTBSR) itu bertujuan untuk memulihara dan memelihara alam sekitar yang terdapat di Pulau Redang selain mendidik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya kebersihan laut kepada ekosistem semulajadi.
Persekitaran laut dan kawasan terumbu karang yang bersih serta bebas daripada sampah boleh menjadi persekitaran yang baik kepada hidupan laut seperti ikan dan tumbuh-tumbuhan, selain menjana ekonomi setempat dengan menjadi tempat pelancongan dan percutian yang cantik dan menarik.
Selain daripada itu, persekitaran laut yang bersih dapat menghasilkan terumbu karang yang sihat dan memangkin pelindungan terhadap bencana alam yang mungkin terjadi di persekitaran kawasan pantai seperti tsunami ataupun ribut monsun.
Proses konservasi selama tiga hari itu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama akan membersihkan bahagian bawah permukaan laut dan kumpulan kedua akan membersih permukaan pantai. Kumpulan pertama terdiri daripada penyelam-penyelam skuba yang membersihkan tiga bahagian di bawah permukaan laut iaitu dua di TTBSR dan satu lagi di tukun yang berhampiran.
Selain daripada mengeluarkan sampah sarap yang terdapat di sekitar Pulau Redang, kerja-kerja pembersihan juga melibatkan proses membuang pukat terbiar yang boleh mengganggu dan membahayakan hidupan laut.
Pengarah Urusan TTBSR, Pravir Mishra berkata usaha untuk melindungi dan menjaga persekitaran alam sekitar terutamanya laut sangat penting dan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya keindahan laut dan pantai terutamanya Pulau Redang dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.
“Dengan melindungi habitat hidupan laut yang ada di sini akan memastikan bukan sahaja orang tempatan malah orang daripada luar negara juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang indah di Malaysia,” katanya.
RICD2019 yang dilaksanakan itu juga mendapat kerjasama NGO Trash Hero Malaysia dan berjaya menghimpunkan sukarelawan daripada media, orang awam, Berjaya Tioman Resort, Jabatan Taman Laut Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerary Lengkap 4H3M Trip Ke Langkawi Musim Covid. Panduan Bagi Yang Pertama Kali Datang!

Sebut saja Langkawi pasti kita terbayang keindahan pantainya, membeli belah coklat atau barangan rumah tanpa batasan atau keseronokan kala menaiki cable car di Gunung Machinchang.
Bagi mereka yang pertama kali mahu ke sana, pasti tertanya-tanya bagaimana keadaan di pulau legenda ini, adakah masih sama seperti belum datangnya Covid-19 atau lebih bagis perkhidmatan di sediakan.
Perkongsian sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Jay Junior memberitahu situasi terkini di sana atas kunjungan kali ke lima ke Langkawi.
Itinerarry 4H3M Ke Pulau Langkawi
Ini adalah kunjungan kali ke-5 saya ke Langkawi.
Panduan ni khas untuk yang first time pergi LGK atau yang nak tahu keadaan di sana semasa musim Covid ini saja. Saya tahu ramai yang expert dah.
Biasalah, pergi bersama anak-anak kecil ini banyak cabarannya dari segi time management, banyak juga yang terpaksa skip atau tukar plan. Pukul 11-12 baru keluar hotel sebab paginya anak-anak sibuk nak mandi swimming pool la bagai.
Island hoping saya tak ambil sebab dah pernah pergi serta memenatkan terutamanya kena mendaki ke/dari Tasik Dayang Bunting.
Kunjungan ke private island Paradise 101 & Langkawi Wildlife Park juga saya batalkan sebab kesuntukan masa.
Sila buat itenary untuk pergi ke tempat yang berdekatan pada satu-satu masa. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa & petrol. Kos petrol untuk Iriz adalah RM60 untuk perjalanan selama 4 hari.
Kalau yang ada sesi bergambar di tempat yang ada lawati anda layankan je. Nak beli ke tak selepas tu terpulanglah kepada anda. Anda berhak menolaknya sebab harga gambar semestinya harga pelancong. Tiada paksaan ya.
Tiket Air Asia – dapat yang RM12/pax + add on.
48 jam sebelum berlepas, buat RTK test siap-siap RM40/pax untuk 7 tahun ke atas supaya tak payah rushing lagi buat saliva test kat airport. Kalau dah buat RTK/PCR test, wajib tiba di airport sekurang-kurangnya 3 jam awal & kalau nak buat saliva test di airport, tiba 4 jam sebelum berlepas untuk mengelakkan rasa ‘rushing’ tu.
Note: Mulai 12 Okt 2021, tiada lagi keperluan ujian Covid untuk ke LGK.
*FYI, my wife positif pada Julai 2021, selepas 2 bulan RTK result negatif. Kalau yang kata 3 bulan masih positif tu rasanya mungkin bergantung kepada badan masing-masing.
Cuaca di Langkawi sekarang banyak hujan pada waktu petang, kadang-kadang hujan sekejap-sekejap sepanjang hari.
Day 1 (Rabu)
– Flight KLIA2 pukul 9.25am.
– Parking LTCP pukul 7.00am. Naik shuttle bus pukul 7.10am, tiba di KLIA pukul 7.20am & KLIA2 7.30am.
– Proses & SOP ketat di KLIA2 ada 4 ke 5 check point yang memerlukan anda menunjukkan Covid test result RTK & vaksinasi lengkap. Untuk RTK/PCR, anda boleh tunjuk result test kat MySejahtera, di checkpoint yg lain ada yang minta hardcopy juga. Jadi standby je la semua.
– Kalau yang buat saliva Covid test, tambah lagi satu proses maka elok lah sampai di airport 4 jam sebelum berlepas lagi-lagi jika anda travel dengan berkumpulan besar. Tak payah surat polis bagai ya kepada yang masih bertanya. Untuk yang datang dari negeri lain ke KLIA/KLIA2 saya tak pasti.
– Untuk ke Langkawi, wajib ke kaunter U untuk check in walaupun tak check in bagasi ya. Diarahkan untuk scan QR code berupa Google form kena isi then screenshot.
– Tiba di LGK, diarahkan scan APMM QR code untuk declaration. Terus ambil kereta sewa yg booked melalui https://www.easybook.com/en-my/account/register?raf=E282350A RM57/day. Tempah Axia dpt Iriz. Ok lah.
– Check in awal di hotel pilihan melalui Agoda. Saya pilih hotel under MOTAC atas sebab income tax relief. Selain tu simpan kesemua entry ticket semasa melancong untuk tujuan yang sama.
– ATV ride simpang Durian Perangin – Menjelajah jalan kampung & offroad, lebih kurang 1 jam setengah. Hujan pun belasah je, anak-anak lagi suka.
(add on with additional cost – photo )
– Pantai Cenang – ambik angin pantai tengok sunset & shopping awal. Ramai orang tapi tak sesaklah.
Day 2 (Khamis)
– Pantai Kok – Pasir putih pantai kat area sini, tak seperti Cenang. Cantik untuk bergambar. Datang seawal pukul 1.00pm tak ramai orang. Boleh nampak private island Paradise 101 dari sini. Kalau selepas pkl 1.00pm boleh singgah makan food truck Hafiz Rojak yang baru dibuka kat tepi pantai.
– Crocodile Adventureland Langkawi -. Tiket dah beli awal dengan online agent & tebus di kaunter. Tengok buaya & jika kena pada waktunya ada sesi persembahan buaya & beri buaya makan. Kalau petang pukul 3.15pm & 3.45pm jika tak silap. Tak ramai orang di sini.
(add on with additional cost – photo )
– Air Terjun Durian Perangin – Kemasukan percuma & boleh mandi manda serta berkelah di air terjun. Datang sebelum pukul 5.00pm kalau taknak ramai orang. Tapi weekdays memang tak ramai orang. Sebelum masuk boleh singgah beli air kelapa sedap RM2/cup. Ada kedai-kedai lain juga di tepi tu, tapi takde pelanggan.
– HiG Duty Free Complex – Kat sini boleh tahan ramai juga manusia. Banyak offer sebab ada coklat yg dah menghampiri expiry date. Boleh rambang mata sampai terlupa pembelian boleh melebihi check in berat bagasi.
– Langkawi Wildlife Park – Tak sempat pergi sebab kesuntukan masa.
– Dataran Lang – Tempat bergambar di sekitar patung burung helang gergasi. Ramai orang tapi tak sesak. Kalau travel bersama kanak-kanak, waktu malam boleh menyewa rides yang meriah dengan lampu yang disediakan di laman Dataran Lang. Dewasa pun boleh naik sama.
Day 3 (Jumaat)
– Beras Terbakar – tempat favourite untuk beli kain sarung, kain pelekat & souvenir. Kalau boleh nak beli setiap kedai kat sini, kesian para peniaga dah lama tak dapat pelanggan yang ramai. Singgah la jugak 3-4 kedai beli sana sikit, sini sikit. Kebanyakan kedai tutup pukul 5-6pm.
– Langkawi Skycab Cable Car – Park kereta kat Standard Parking yg lebih murah. Cuaca mendung & kadang-kadang hujan renyai tapi nasib baik kereta kabel tetap beroperasi. Tiket dah beli awal dengan online agent & tebus di kaunter 6. Kat stesen bawah nampak tak ramai orang & tak queue sangat pun tapi bila sampai kat Skybridge boleh tahan ramai juga tapi tak sesak.
– Kepada yang confuse pasal tiket Skybridge ini, memang dah termasuk dalam tiket Skycab tetapi anda kena bayar Rm10-dewasa & RM7-kanak2 untuk naik Skyglide (kenderaan turun naik ke Skybridge) melainkan jika anda nak hiking. Sediakan cash money secukupnya sebab kat atas tak boleh guna kad debit/kredit. Tengok mat saleh yg hiking turun pun mereka beli tiket Skyglide untuk naik ke atas balik.
– Saya memang bawa payung sebab risaukan hujan. Kat Skybridge ni boleh jalan-jalan ambik gambar sebab kabus tebal kat sini. Sekali sekala rasa hujan rintik-rintik, mungkin juga sebab kabus tebal.
– Selesai di Skybridge, balik beratur untuk naik Skyglide juga untuk ke stesen atas tadi. Kekerapan Skyglide adalah setiap 5 minit. Kemudian naik tangga untuk ke atas lagi untuk panorama view lain pula. Sebelum Covid ada restoran tapi sekarang dah tutup. Tandas percuma disediakan di atas.
– Masa balik, sampai stesen bawah dekat pukul 6.00pm dah. Tak sempat nak masuk Skyrex, Skydome & 3D Art Langkawi yang sudah bersekali dengan pakej Skycab. Kalau nak masuk semua tu elok datang seawal pukul 12.00pm ye.
– Singgah sekejap kat Machinchang Petland (ada pony nakal) kat belakang stesen Skycab, tengok dari luar je lah. Nak masuk kena bayar tapi diorang nak tutup dah. (add on with additional cost – photo & tiket Skyglide )
Day 4 (Sabtu)
– Kilim Geoforest Park – 9.00am berada di jeti untuk mangrove tour 2 jam ala2 Sungai Amazon. Tiket dah beli awal dengan online agent. Selesai berurusan dgn agent, terus naik boat. Untuk private boat selesalah sebab takde orang lain. Bot berhenti untuk bagi helang makan (seeloknya ambil bot waktu pagi) kemudian ke Laut Andaman, boleh nampak landmark Kilim Geoforest Park, Pulau Kasut & nun jauh di sana nampak bukit di Satun, Thailand.
– Sempat juga bot menyusuri Gua Buaya. Persinggahan kedua di sangkar ikan & restoran terapung. Persinggahan ketiga & terakhir di Gua Kelawar. Bayar tiket masuk & sewa torchlight, boleh suluh2 kelawar dalam gua. Anak-anak pulak takut dengan kegelapan gua ni, terpaksa keluar dari gua awal skit. (add on with additional cost – photo & makan di restoran terapung jika pakej 3 atau 4 jam)
– Underwater World Langkawi – Yang saya perasan kat parking dalam ni sini dah jadi free parking. Tiket Underwater World dah beli awal dengan online agent & tebus di kaunter. Tengok hidupan laut di akuarium besar serta haiwan-haiwan lain. Masa keluar boleh singgah Coco Valley & The Zon Duty Free yang sama bangunan.
– Banyak tempat sebenarnya nak pergi tapi tu lah, memang tak sempat & tak seperti yg scheduled. Pukul 4.30pm check out lewat hotel & terus ke airport untuk flight 6.25pm. Serah kereta sewa & ambil balik deposit.
– Masa balik proses biasa je di airport & semestinya lebih cepat berbanding dengan inbound. Tiada lagi check vaksin & ujian Covid bagai. Cuma ambil masa sikit untuk kastam, timbang-timbang beg-beg bagai tu, beg beranak.
– Alhamdulillah sampai KLIA2 tepat pada waktunya. Tunggu free shuttle bas di Level 1 tak sampai 20 minit & terus ke LTCP. Sampai LTCP jamak solat siap-siap, bayar parking RM82 untuk 4 hari. LTCP sekarang ada diskaun parking 50%. Tak penuh pun parking kat sana, banyak yang kosong.
Tempat tumpuan lain yang mungkin anda kena lawati:
– Legenda Park
– Paradise 101
– Telaga Habour
– Oriental Village
– Seven Wells Waterfall
– Wildlifepark Langkawi
– Air Hangat Village
– Island Hoping
– Idaman Suri (shopping lebih kurang kat HiG)
– Galeria Seri Perdana (Galeri Tun Mahathir – berbayar)
– Temoyong Night Market – Thursday
– Air Hangat Night Market – Fri
– Makam Mahsuri
Makan
– Pak Teh Mihun Sup
– Laksa Ikan Sekoq Ori
– Lejen Village Seafood
– Kak Yan Nasi Campur
– Kak Chik
– Nasi Campur Top B.B.Q
– Nasi Campur Jeti
– Nasi Dagang Abe
– Restoran Aliah (Ikan Bakar)
– Bella Restaurant (Cenang)
– Mak Iti D’Machang Kafe
Artikel Berkaitan:
Puas Day Trip Ke Pulau Tuba Langkawi. ‘Hidden Gem’ Paling Berbaloi Diterokai Sambil Layan Mee Udang!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tergeliat Lidah Nak Sebut Nama Sebenar Bangkok. Nama Paling Panjang Di Dunia Tau

Bangkok, salah satu daripada bandar besar yang ada di rantau Asia Tenggara. Bandar mega itu juga antara bandar yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit selain menjadi pusat budaya masyarakat Thailand yang unik lagi tersendiri.
Disamping itu, Bangkok juga kian pesat membangun daripada segi ekonomi – bandar tersebut mendatangkan pelbagai peluang kepada warganya yang bijak untuk merebut peluang untuk mencari secebis kekayaan di bandar tersebut kerana selain daripada dipenuhi konglomerat antarabangsa, Bangkok juga dipenuhi dengan pelancong yang hadir dari seluruh pelusuk dunia.
Tapi anda tahu tak , Bangkok hanya kata nama yang digunakan oleh pelancong sahaja. Bagi orang tempatan, Bangkok sebenarnya mempunyai namanya yang lain dan unik. Sebelum anda nak bercuti ke sana, ambil tahu dahulu apakah nama sebenar bagi bandaraya mega itu supaya sekiranya tersesat di luar daripada kawasan bandaraya, anda boleh berpatah balik dengan bertanyakan arah daripada orang tempatan.
Nak tahu nama sebenar Bangkok? Nama sebenar Bangkok adalah;
Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit
Panjang kan? Itulah nama sebenar Bangkok. Tapi tak ramai yang menggunakan nama tersebut sebagai panggilan kerana ianya terlalu panjang dan sukar untuk di sebut. Jadi, mereka hanya akan menggunakan Krung Thep Mahanakhon sebagai kata ganti nama kerana lebih pendek dan senang untuk diingat.
Kalau anda keluar daripada kawasan bandar ke kawasan yang lebih jauh daripada Bangkok, kemungkinan besar mereka tidak kenal sekiranya anda bertanya kepada mereka mengenai Bangkok, kerana mereka hanya panggil Bangkok sebagai Krung Thep sahaja. Sekiranya tersesat jalan, tanyakan di mana arah Krung Thep berbanding anda bertanyakan di mana arah Bangkok kepada mereka.
TRIVIA Krung Thep membawa maksud ‘City of Angels’. |
Mana datangnya perkataan Bangkok kalau ibu negara Thailand itu dah ada namanya yang asal? Asal perkataan Bangkok ini dipercayai datang daripada dua perkataan – Bang Makok yang bermaksud bagian tengah untuk kota atau desa yang berlokasi di tepian sungai, dan Makok adalah nama untuk tanaman yang menghasilkan buah seperti buah olive (Spondias pinnata, Spondias mombin atau Elaeocarpus hygrophilus), atau Bang Koh, Koh berarti “pulau”, merujuk kepada suatu wilayah yang terukir oleh sungai-sungai.
Jadi, adakah kemungkinan Thailand akan datang pengiktirafan memiliki nama ibu negara yang paling panjang sekali di dunia? Itu sama-sama kita nantikan di masa akan datang.
Sumber: Into Asia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI