Ramai Tak Tahu Kewujudan Pulau Aur & Pulau Dayang. Pulau Kat Mersing Ni Terbaik!

Share

Pulau Aur terletak di daerah Mersing, Johor merupakan antara pulau ‘hidden gem’ yang cukup mempersona.

Mungkin ramai yang tidak berapa tahu atau kenal dengan pulau ini kerana kurang mendapat promosi yang meluas. Tetapi percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini sebagai lokasi untuk bercuti.

Terletak 80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman laut Johor. Ia semakin popular dalam kalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna-warni dan pantai yang cantik.

Di Pulau Aur terdapat tarikan Batu Berhala, batu bersaiz besar berbentuk singa yang mempunyai legenda tersendiri. Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti merentas hutan, pastinya tertarik untuk memanjat batuan besar menuju ke kawasan pelbagai.

Foto: sebukangbayresort.com

Berdasarkan sejarah, pada Januari 1804, Pulau Aur pernah menjadi persinggahan tentera Perancis di bawah arahan Laksamana Linois bersama lima kapal perang bagi menjayakan misi pertempuran laut bersama British di Laut China Selatan.

Dari Pulau Aur, anda juga boleh ke sebuah pulau kecil iaitu Pulau Dayang yang terletak hanya bersebelahan sahaja. Seperti Pulau Aur, pulau ini juga cukup sempuna untuk anda yang suka akan kedamaian dan ingin percutiaan yang tenang.

Kedua-dua pulau ini merupakan pilihan terbaik bagi si kaki selam skuba kerana jaraknya yang jauh dari pantai. Air disini juga sangat jernih dan banyak spesis hidupan marin termasuk baracuda dan pari besar boleh ditemui disekitar ini.

IKLAN