Rebut Peluang Keemasan Petang Ni, Masa Terbaik Nak Semak Arah Kiblat Di Rumah!

Share

Anda yang selalu solat di rumah sama ada berjemaah bersama keluarga atau bersendirian boleh ambil peluang keemasan pukul 5.28 petang ni untuk semak arah kiblat dengan tepat.

Petang ni, satu fenomena yang dipanggil sebagai Matahari Istiwa A’zham akan berlaku dan Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor kata matahari akan tegak berada di atas Kaabah dan anda berpeluang untuk membuat semakan arah kiblat dari mana-mana ruang solat.

Contoh untuk anda menentukan arah kiblat petang nanti.
Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Panduan yang perlu anda ikut adalah pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat dan perhatikan bayang-bayang objek tegak seperti tiang, tingkap atau pintu rumah yang terkena cahaya matahari pada pukul 5.28 petang ini.

Bila anda dah dapat tentukan arah bayang-bayang yang terhasil dari objek yang dinyatakan tadi, maka garisan itu akan menunjukkan arah kiblat yang sebenar.

Sumber: Sinar Harian & Jabatan Mufti Selangor

IKLAN