Sudah diketahui ramai, Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.
Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan.
Malah ada menjadikan kawasan itu sebagai lokasi untuk penggambaran drama atau gambar pra perkahwinan.
Untuk maklumat pengunjung, waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Red House ini pada asalnya dikatakan merupakan tokong bagi masyarakat Cina terletak di perkampungan nelayan itu yang sudah wujud sejak 1879. Jeti di lokasi terbabit adalah antara pelabuhan bagi mengangkut dan memunggah hasil dagangan ke kapal.
Berkesempatan ke Georgetown jangan lupa singgah sebentar di lokasi baru tumpuan ramai ini ya. Elakkan datang ke kawasan ini ketika air laut sedang surut agar anda tidak pulang dengan hampa tanpa dapat membidik foto yang menarik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Oleh kerana pintu sempadan masih belum dibuka, kebanyakan daripada kita mengambil kesempatan bercuti dalam negeri sahaja.
Dan biasanya destinasi yang sering jadi pilihan adalah Pulau Langkawi. Keindahan serta beberapa lokasi menarik di pulau legenda ini menjadi tarikan untuk pengunjung datang ke sini, terutama bagi pengantin baru.
Misalnya pasangan selebriti popular Neelofa dan suami memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi berbulan madu selain menguruskan urusan kerja di sini.
Jadi kepada pengantin baru yang tidak tahu ke mana mahu dituju, boleh ikut itinerary 4 hari 3 malam sepanjang berbulan madu ke sana seperti perkongsian Muhammad Syahredzuan dari Grup Backpackers Buddies Malaysia
DAY 1 – Check in Alia Residence – Paddy field, Kampung Bawah – Hafiz rojak – Pantai Kok for sunset
DAY 2 – Mangrove tour at Geopark Forest – Pantai Tanjung Rhu – Check in Vivanta Resort, Rebak Island
DAY 3 – Nasi Dagang Pak Malau – Pantai Pasir Tengkorak – Teluk Datai – Air Terjun Temurun – Check in Lavigo Resort – Pantai Cenang for nightlife
DAY 4 – Nasi lemak 5A, Pantai Tengah – Cable car – Check in Dash resort
DAY 5 – Kak Yan Nasi Campur – Hj ismail group – Check in Cassa Kaseh Guesthouse – Sunset cruise by wise lee – Pantai Cenang for nightlife
1. Alia Residence: Dekat dengan airport dan pantai cenang. Sesuai untuk family/ anak2 kecil sebab ada pool yang luas dan ada access direct to the beach.
2. Vivanta resort, Rebak Island: Sesuai untuk honeymoon. Superb view dengan pemandangan yatch park at the dock. Perlu beli makanan dari luar (cenang etc.) kalau tak ambil pakej dinner. Boat transfer dari jeti Cenang ke Vivanta adalah free dan waktu boat transfer mengikut waktu yang telah ditetapkan.
3. Lavigo Resort, Pantai Cenang: Harga berpatutan dengan lokasi yang dekat dengan Pantai Cenang. Hotel baru dengan bilik luas dan selesa pada harga RM100/night.
4. Dash Resort, Pantai Tengah: One of the best hotel in langkawi. View, entertainment, vibes was perfect. Swimming pool open for public with rm35/ day starting 11.00am until 9.00pm. For weekend, bbq night provided (fresh lobster, lamb grill etc) free-flow rm150/pax inc fire show.
5. Cassa Kaseh Guesthouse: Dekat dengan pantai cenang dan airport. Kawasan hotel and bilik bersih. Affordable price RM54/night.
KERETA SEWA: – Axia RM60/ day + minyak RM30/ 5 days – 012 4020038 (Kak Sofea) – 017 5571251 (carreta.sewa sdn bhd)
SUNSET CRUISE: Aktiviti yang paling awesome dan wajib kalau datang Langkawi. Harga berbeza bergantung pada jenis boat/ pakej yang ditawarkan (RM69-RM150) – 012 5756888 (Lee)
Setiap kali memikirkan destinasi penginapan di dalam negeri, anda perlukan masa untuk mencari penginapan yang selesa dan berbaloi. Mulai dengan memeriksa harga di pelbagai agen pelancongan seperti Agoda, melihat review di blog-blog peribadi dan Trip Advisor, hingga memeriksa lokasi penginapan di Google Maps dan menyesuaikannya dengan jadual yang telah disusun.
Lokasi penginapan yang dekat dengan pengangkutan awam ini sering kali jadi keutamaan kerana mudah bergerak ke mana-mana sekitar Kuala Lumpur
Bagi yang ingin merasai pengalaman sebenar tinggal di Kuala Lumpur, Hotel The Kuala Lumpur Journal harus menjadi pilihan. Lokasinya cukup strategik di mana terletak di persekitaran Bukit Bintang. Hotel berkonsep butik ini direalisasikan bagi memenuhi keperluan pelancong independent, mahupun pelancong berkumpulan yang mencari alternatif selain menginap di hotel standard yang biasa boleh ditemui di pusat bandar itu.
Sesuai dengan konsep hotel, KL Journal menyerlahkan gaya seni bina Malaysian Mid-century Modernist melalui pengaruh seni deco, gril hiasan dari besi tempa yang biasanya dilihat di dalam seni bina Asia Tenggara, lampu rigged, permukaan logam dan kayu. Malah, budaya tempatan ditonjolkan melalui classic KL Iconography dan memorabilia yang dibentangkan di setiap bilik king dan twin deluxe serta lapan suite sudut.
Ruang bilik menampilkan inspirasi potret hitam putih kehidupan karya Che’ Ahmad Azhar, seorang jurugambar jalanan terkenal yang mempamerkan koleksi visual 20 gambar-gambar Kuala Lumpur digunakan untuk hotel. Hotel yang mempunyai 112 bilik ini diberi sentuhan palet warna natural. Tingkap besar terbina dari lantai hingga siling membolehkan tetamu menikmati kawasan persekitaran di sepanjang masa. Tambah selesa apabila tidur anda bertemankan tilam ergonomik dan high thread count sheets, lena diulit mimpi.
Tetamu masih boleh berhibur meski hanya memilih untuk santai di dalam bilik. Bertemankan skrin rata 40 inci dengan kabel HDMI dan port caj USB, sambungan bluetooth tanpa wayar ke sistem audio stereo berkualiti tinggi menawarkan pengalaman menonton yang memuaskan hati.
Melengkapi standard KL Journal sebagai sebuah hotel sempurna, kolam renang air masin direka di aras bumbung dengan pemandangan hebat ke arah bandar terutamanya pada waktu senja, selain itu turut menyediakan gimnasium untuk tetamu hotel yang gemar melakukan aktiviti fizikal dan seumpamanya.
KL Journal dikatakan hotel ideal untuk merasai kehidupan Kuala Lumpur dengan suasana retro moden dan diinspirasikan persekitaran asli tempatan. Rasai pengalaman menginap di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati di Jepun. Kali ini LIBUR senaraikan kepada anda beberapa destinasi tarikan pelancong yang patut anda kunjungi ketika berada di negara matahari terbit itu.
Shibuya dikenali dengan lintasan pejalan kaki yang ikonik di mana pejalan kaki akan menyeberang dalam lautan manusia. Persimpangan ‘Shibuya Crossing’ dikenal sebagai lintasa pejalan kaki menyeberang diagonal paling sibuk di dunia. Disekeliling lintasan pejalan kaki ini dihiasi oleh layar video yang memberikan kesan kesibukan warga kota Shibuya yang begitu mendalam.
Tempat penyeberangan ini terkenal dengan berbagai papan iklan dan video berlayar besar. Perbagai iklan promosi yang menggunakan paparan iklan digital yang terang menyala melingkari lintasan dan dimainkan secara berulang-ulang. Boleh dikatakan bahawa lebih daripada 1 juta orang menyeberang di lintasa Shibuya ini pada setiap hari.
Pada waktu tertentu, seluruh arah lintasan ini akan menjadi sangat sibuk, terutama pada saat hujan ketika semua orang menggunakan payung. Jadi dicadangkan kepada anda pergi melihat sendiri bagaimana suasana yang digambarkan di sini.
Shinjuku merupakan sebuah bandar yang menerima ramai pengunjung dan juga tempat untuk mengalami dan merasai budaya Jepun. Di sini terdapat banyak lokasi yang wajib dikunjungi. Antaranya adalah kawasan tumpuan membeli-belah seperti pasaraya dan kedai barangan elektronik, kawasan hiburan seperti di Kabukicho, dan lain-lain lagi.
Pengunjung boleh menikmati pemandangan taman-taman ala Jepun, Inggeris, dan lain-lain lagi di Shinjuku Gyoen dengan hanya berjalan sedikit sahaja dari Stesen Shinjuku. Lokasi yang terkenal dengan pohon Sakura ini juga turut menerima pengunjung Hanami (tradisi Jepun dalam menikmati keindahan bunga Sakura) yang ramai pada musim bunga. Ianya dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang.
Selain itu, anda boleh ke Lorong Shinjuku-dori yang menempatkan pelbagai kedai fesyen terkenal yang wajib dikunjungi ketika membeli belah di Shinjuku. Jika ingin membeli cenderamata berbentuk barangan makanan, anda disyorkan untuk berkunjung ke tingkat satu bawah tanah di bangunan utama pasaraya ISETAN.
Terdapat pelbagai pilihan di pasaraya ISETAN ini, antaranya adalah makanan Jepun seperti wagashi (kuih tradisional Jepun) dan teh Jepun, kedai-kedai chef pastri terkenal di sudut manisan dan lain-lain lagi. Bento (makanan bekal) dan lauk-pauk turut dijual di sini, sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tengah hari.
Pasar Ikan Tsukiji adalah pasar borong ikan terbesar di dunia, dan terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang sukar anda dapati di tempat lain. Pasar ini dibuka pada 9 pagi dan lebih daripada 400 jenis makanan laut seperti rumpai laut, ikan sardin 300 kg, ikan tuna dan spesies ikan paus yang menjadi kontroversi.
Bilangan pekerja pada 25 Januari 2010 seramai 65 000 orang termasuk pemborong, akauntan, pelelong, pegawai-pegawai syarikat, dan pengedar. Selepas membeli belah di pasar anda boleh menjamu selera di restoran yang berada di luar pasar tersebut. Terdapat pelbagai makanan termasuk sushi segar.
Harajuku merujuk kepada kawasan sekitar Stesen Harajuku Tokyo, yang terletak di antara Shinjuku dan Shibuya di Laluan Yamanote. Ia adalah pusat budaya para remaja yang paling ekstrem di Jepun dengan gaya fesyen pelik, tetapi juga menawarkan tempat membeli-belah untuk orang dewasa dan beberapa tempat-tempat bersejarah.
Tumpuan utama budaya remaja Harajuku adalah Takeshita Dori (Takeshita Street) dan jalan-jalan yang dipenuhi oleh banyak kedai-kedai bergaya, butik fesyen, kedai pakaian terpakai dan restoran makanan segera yang berkonsepkan fesyen dan trend remaja sekarang.
Jika sebut sahaja simbol Ueno Koen, pasti akan terbayang patung gangsa orang membawa anjing yang terdapat di pintu masuk taman. Ianya merupakan patung Saigo Takamori, seorang samurai terkenal yang bergiat aktif pada abad ke-19. Oleh kerana Saigo gemar membawa anjing kesayangannya pergi berburu, patung ini telah direka berdasarkan imej tersebut.
Ueno Koen merupakan lokasi Hanami (melihat bunga) yang mempunyai lebih kurang 1,200 batang pokok sakura. Ueno Koen pada asalnya merupakan tapak kuil Buddha iaitu Kai’ei-ji. Dikatakan bahawa individu yang membina Kan’ei-ji ini telah membawa sakura dari Kyoto dan menanamnya di kawasan kuil. Di Kan’ei-ji juga terdapat makam shogun (jeneral). Pada musim sakura berkembang, kawasan ini dibuka untuk lawatan dan menerima ramai pengunjung.
Memang banyak tempat menarik untuk melihat keindahan pokok bunga sakura, tapi kalau nak tahu, tempat yang paling terkenal sekali untuk menyaksikan pokok yang menyejukkan mata ini adalah di kawasan Gunung Yoshino.
Mana taknya, di sini terdapat dalam 30,000 batang pokok bunga sakura yang menyelaputi kawasan gunung ini. Nak lihat pemandangan paling indah pokok-pokok ini, anda kenalah datang antara awal dan pertengahan bulan April.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalunya bila bercuti, kita sibuk susun itinerari. Pagi pergi tempat viral, tengah hari cari kafe cantik, petang ke pantai, malam pula sambung jalan lagi....