Red House ‘Pitstop Viral’ Ambil Gambar Jika Ke Pulau Pinang

Share

Sudah diketahui ramai, Blue Boat House atau rumah biru yang terletak di Perth, Australia menjadi satu lokasi mesti dikunjungi pelancong jika ke bumi kanggaru itu. Di Pulau Pinang juga tidak kurang menariknya kerana ada destinasi tarikan sebegitu rupa iaitu dikenali sebagai Red House.

Sumber Foto: flickr bananatheam

Sumber Foto: penang.ws

Daya penarik berupa rumah kecil berwarna merah ini terletak di Jeti Tan, Pengkalan Weld, Georgetown. Setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mengambil foto berlatarkan Red House ini sebagai gambar kenang-kenangan.

Sumber Foto: Soniasuelyn

Malah ada menjadikan kawasan itu sebagai lokasi untuk penggambaran drama atau gambar pra perkahwinan.

Untuk maklumat pengunjung, waktu lawatan ke Red House ini hanya dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam sahaja setiap hari. Ia sebagai langkah menjamin tahap keselamatan penduduk dan pengunjung terutama yang berkunjung pada waktu malam hari dari berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Sumber Foto: cheongfatttzemansion

Red House ini pada asalnya dikatakan merupakan tokong bagi masyarakat Cina terletak di perkampungan nelayan itu yang sudah wujud sejak 1879. Jeti di lokasi terbabit adalah antara pelabuhan bagi mengangkut dan memunggah hasil dagangan ke kapal.

Berkesempatan ke Georgetown jangan lupa singgah sebentar di lokasi baru tumpuan ramai ini ya. Elakkan datang ke kawasan ini ketika air laut sedang surut agar anda tidak pulang dengan hampa tanpa dapat membidik foto yang menarik.

IKLAN