Ini sesuatu yang jarang berlaku diantara resort-resort peranginan apabila ingin mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi tujuan penyelidikan dan pemuliharaan, tetapi tidak bagi Shaz Resort yang mengeluarkan geran bernilai RM100,000 untuk kerja-kerja kajian kepelbagaian dan pemuliharaan biodiversiti di Pulau Tinggi Mersing Malaysia.

Wajar menjadi contoh kepada resort-resort di seluruh negara, Shaz Resort membiayai projek berkenaan yang telah bermula sejak Februari lalu dan kini disertai oleh sekumpulan 15 penyelidik tempatan dan antarabangsa yang mengumpulkan data seterusnya mendokumentasikan hasil kajian untuk membina sebuah galeri pameran di pulau berkenaan.

Ketua Penyelidik Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar berkata, kajian berkenaan disertai oleh pelajar peringkat doktor falsafah, sarjana dan sarjana muda dalam pengkhususan kepelbagaian biologi dan pemuliharaan daripada lima universiti awam tempatan yang diketuai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diikuti oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Resort Peranginan Bagi Geran RM100k, Bantu Projek Kajian & Pemuliharaan Biodiversiti Pulau Tinggi, Mersing
Dr. Muhammad Abdul Latif, pensyarah Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Universiti Tun Hussein Onn.

Selain daripada itu, turut terbabit dalam kajian itu, adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Denmark, Copenhagen Zoo cawangan Malaysia.

Dr. Muhammad Abdul Latif yang juga pensyarah Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi UTHM (Kampus Pagoh) berkata, tajuk kajian berkenaan adalah ‘Development of Nature Tourism Product Towards Sustainable Conservation of Biodiversity in Pulau Tinggi Mersing Johor’.

IKLAN

“Kami menjangkakan dapat menyiapkan hasil kajian ini menjelang pertengahan tahun depan dan berterima kasih kepada pihak Shaz Resort kerana membiayai geran penyelidikan ini.

Resort Peranginan Bagi Geran RM100k, Bantu Projek Kajian & Pemuliharaan Biodiversiti Pulau Tinggi, Mersing
Selepas proses memotong pokok, pelajar melabelkan sampel yang telah diambil untuk memudahkan dan memastikan kerja yang lebih teratur dan sistematik untuk proses identifikasi. Di dalam label itu juga, akan ada diskripsi untuk tumbahan yang telah diambil.
Resort Peranginan Bagi Geran RM100k, Bantu Projek Kajian & Pemuliharaan Biodiversiti Pulau Tinggi, Mersing
Proses pengukuran Black Naped Monarch.
Resort Peranginan Bagi Geran RM100k, Bantu Projek Kajian & Pemuliharaan Biodiversiti Pulau Tinggi, Mersing
Memerksa high pole di kawasan persampelan burung.
Resort Peranginan Bagi Geran RM100k, Bantu Projek Kajian & Pemuliharaan Biodiversiti Pulau Tinggi, Mersing
Selepas kering, pelajar akan menjahit sampel-sampel untuk menghasilkan spesimen herbarium.
Resort Peranginan Bagi Geran RM100k, Bantu Projek Kajian & Pemuliharaan Biodiversiti Pulau Tinggi, Mersing
Pelajar sedang megumpul sampel tumbuh-tumbuhan untuk proses identifikasi. Antara bahagian yang penting untuk dikumpul adalah seperti, daun, akar, bunga dan buah.
Resort Peranginan Bagi Geran RM100k, Bantu Projek Kajian & Pemuliharaan Biodiversiti Pulau Tinggi, Mersing
Penyelenggaraan dan pemasangan Harp Trap untuk mendapatkan data kelawar di kawasan hutan Pulau Tinggi.
Resort Peranginan Bagi Geran RM100k, Bantu Projek Kajian & Pemuliharaan Biodiversiti Pulau Tinggi, Mersing
Proses meletakkan perangkap mamalia kecil.

“Akses untuk menjalankan kajian jangka panjang di sini adalah amat mencabar kerana faktor kewangan yang kritikal, dengan geran industri yang diberikan oleh Shaz Resort dan juga Dana Geran Sepadan Malaysian Technical University Network (MTUN) dari UTHM, kami akan berusaha keras untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak industri.

“Ini kerana belum ada kajian biodiversiti menyeluruh dilaksanakan di Pulau Tinggi yang turut digazetkan sebagai Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) oleh kerajaan negeri selain turut dikenali dengan kepelbagaian flora dan faunanya.

IKLAN

“Sehingga kini kami berjaya menemui 16 spesis kelawar, 60 spesis ikan, 80 jenis serangga, 50 spesis pokok, 30 spesis burung dan 50 spesis karangan laut dan paling menarik adalah penemuan spesis Keluang (Pteropus Hypomelanus) yang boleh didapati di pohon kelapa pesisir pantai.

“Penemuan ini menarik kerana selain bewarna oren kehitaman, spesis ini juga tidur di pelepah kelapa dan bagus untuk produk eko pelancongan kerana pelancong boleh melihat sendiri habitat mereka secara dekat,” katanya.

Untuk rekod, Pulau Tinggi yang terletak dalam gugusan Kepulauan Mersing tersenarai dalam Pelan Induk sebagai Kluster Pembangunan Pelancongan yang dinamakan Marine & Island Escapade selain dikategorikan sebagai Zon Tarikan Marin dan pulau berkualiti tinggi.

IKLAN

TLSI dikenalpasti sebagai produk Flagship Mersing di bawah Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor (2014-2023).

TLSI yang berkeluasan lebih 8,000 hektar terdiri daripada 13 pulau yang digazetkan sebagai sebuah taman laut di negara ini, menjadikannya sebuah kawasan yang dilindungi bagi mengekalkan dan memulihara pelbagai habitat serta kehidupan marinnya.

Taman Laut berkenaan dibahagikan kepada enam kumpulan gugusan pulau iaitu Pulau Tinggi, Pulau Aur, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil, Pulau Besar dan Pulau Rawa.

Kelebihan kepulauan Mersing terletak pada kejernihan air laut, kehalusan pasir pantai serta keindahan batu karang yang sihat dan cantik hingga mendapat jolokan sebagai Maldives Malaysia.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI