Syok datang menginap di Huda’s Haven Resort yang terletak betul-betul di tepi sungai. Sesuai untuk anda yang suka alam semula jadi dan ketenangan.
Bermalam di Huda’s Haven Resort
Untuk datang ke sini, cuma perlu drive selama satu jam je kalau datang dari bandar Kuala Lumpur. Huda’s Haven Resort terletak di Batang Kali, Selangor. Sepanjang perjalanan korang masuk ke sini, akan nampak flora dan fauna yang sangat cantik dan akan membuatkan korang lupa dengan kesibukan bandar.
Ads
Lokasi ini sesuai untuk anda datang meluangkan masa bersama dan mengeratkan hubungan bersama keluarga. Anda boleh pilih untuk tidur di penginapan yang disediakan, atau kalau nak ekstrem, boleh camping di luar.
Dari segi makanan pula agak sukar sebab lokasi ini agak ke dalam dan bahaya untuk drive malam-malam cari makanan. Jadi sebaiknya sedia dengan makanan terus. Tetapi kalau nak booking makanan di sini pun ada disediakan.
Ads
Menu pun menu makanan Melayu dari daging masak hitam, ayam goreng berempah, dan banyak lagi lah.
Sebut sahaja Negeri Kelantan perkara pertama terlintas di fikiran adalah lokasi membeli-belah murah, makanan lazat dan keunikan budaya warisan yang masih dikekalkan masyarakat setempat.
Jika anda sampai Kelantan, jangan lupa untuk mencuba makanan ini. Selain unik dan sedap, makanan ini cukup susah untuk dijumpai di kawasan lain luar daripada negeri Kelantan. Kalau ada pun, rasanya tidak se’ori’ yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang! Ada banyak sebenarnya makanan unik Kelantan, kalau nak rasa kesemuanya tidak cukup setakat sehari dua anda bercuti ke negeri ini. Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.
Bukan setakat makanan, berkunjung ke negeri Darul Naim pastinya memberi pengalaman dan pengetahuan berbeza sekiranya masa yang ada diperuntukkan sebaik-baiknya. Antara port viral wajib orang luar perlu cari dan singgah di adalah:
1. Pok Loh Milo Tunggeng, Belakang KPJ
2. Street Art Kota Bharu.
3. Kopitiam Kita, Jln sri Cemerlang.
Roti Titab.
4. Nasi JJ @ Mokwo, Belakang Sekolah Zainab
5. Nasi Ulam Cikgu, Kg. Kraftangan, KB
6. KB Brewster, Kg. Paya Bemban, KB
7. YATI, Nasi Kerabu Ayam Percik, Jalan Long Yunus, KB.
8. Rumah SINGGORA, Jalan ke Pasir Hor,
Dari sekolah Zainab.
9.Min House Camp, kg. Pulau, kubg kerian.
10. Pantai Mek Mas, Bukit Padang Pasir, PCB
11. Pantai Pulau Kundur @ Pulau Nami 2
12. PakMat Tea Beng Madu, Pulau Pisang
13. Norsiah Ikan Bakar, Batu 6, jln kuala Krai
14. JIWA Kopi & Bingsu, Cbg 4 telipot
15. KST ikan Bakar, wkf Che Yeh
16. Nasi Lemak Kopi “O” Kubang Kerian, Jalan HUSM
17. Satey Malaysia, Jalan Pengkalan Chepa
18. Roti Tempayan Cheese Tarik, Nonie CK, Pasir Hor
19. Timur Char Kuey tiaw, Wakaf Stan
20. Acu tera sotong celup tepung, Pantai Sabak
21. Nasi Kerabu kambing bakar, depan Caltex Panji.
22. Mee Celup, D’Nyor Cino, Depan Apartment
Cherang. KB
23. Warung Badik2, Jln Pengkalan Chepa
24. Restoren Kontena BOX26, tepi Jambatan Sultan yahya petra, KB
25. KB Burger Bakar.
Bila sebut mee udang, pasti ramai terbayangkan Mee Udang Kuala Sepetang di Taiping yang viral di kalangan rakyat Malaysia. Dengan udang fresh dan besar, rasanya juga cukup enak hingga kalau ke sana, wajib mencuba menu ini.
Tapi sebenarnya menu ini tidak hanya popular di Kuala Sepetang saja, ada juga mee udang Sg Dua dan lain-lain lagi. Pendek kata, citarasa orang berbeza-beza dan sedap atau tidak tergantung kepada kita.
Yang bakal ke Langkawi dalam masa terdekat, ini adalah daytrip ke Pulau Tuba yang dikongsikan oleh Helmi Baharum di fbnya. Langkawi sememangnya terkenal dengan pulau-pulau kecil iaitu sebanyak 99 buah dan Pulau Tuba ini, satu darinya. So, korang boleh jadikan panduan bila ke sini ya dan jangan lupa pekena mee udangnya. Fresh dan sedap.
Eksplorasi Daytrip Pulau Tuba, Bukan Sekadar Mee Udang dan itenari ringkas.
Menurut Helmi, Tuba bermaksud sejenis tumbuhan di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik barat-daya yang biasa digunakan untuk meracun ikan. Dan kalau ke sini, awas pemikiran korang pasti teracun kerana tempatnya memang best sangat.
Pulau Tuba ini sangat bersih, teratur dan agak tersusun. Paling penting pulau ini nampak tenang saja dan tidak sesak.
Kos makanannya murah. Tapi awas, katanya kalau dah melantak mee udang yang popular tu, memang kos bertambahlah sikit. Bukan saja harga makanan murah, tapi kos pengangkutan pun sangat murah.
Jujurnya, pulaunya memang cantik. Tak perlu ikut pakej Island Hoping kalau setakat nak tengok laut membiru dan kecantikan pulau-pulau di sini pun best dah.
Lagi best, penduduk di sini, memang ramah ramah. Saya dibawa penduduk tempatan sampai point mula nak hiking yang agak sukar dijumpai. Pengalaman lain tumpang caj handphone di kedai runcit sebab habis terus bateri. Makcik siap tanya awat kejap sangat charge (Aku pun dah segan lama dah rasa).
Last but not least of course sebab banyak lokasi-lokasi menarik.
Berikut adalah itenari ringkas kalau ke sini berserta kosnya:-
11pagi:- Bot penumpang di Jeti Marbel Pulau Langkawi RM5 sehala. Sambil nak tunggu bot kita pekena nasi lemak dulu di jeti. Memang padu
Bot tiba di Jeti Pulau Tuba setelah 10 minit perjalanan. Sewa motorsikal RM14 + pergi tuang petrol RM2.
11.30-2.00 pm: Hiking 30 minit ke Bukit Batu Licin, turun kurang 20 minit. Selebihnya menikmati keindahan di puncak bukit.
2-3.30 pm: Mandi di air terjun Kg Selat Bagan Nyior. Walau bagaimanapun lokasi ini adalah dah masuk kawasan Pulau Dayang Bunting. Balik singgah jap Barkat Chalet-lokasi shooting filem Ombak Rindu.
3.30-5.00 pm:- Pantai Tanjung Pandan dan makan mee combo-Kombinasi RM20. Most recommanded dengan berdepan lautan luas.
5.30-6.00pm-Bukit/Gua Batu Kecil
6.00-6.45 pm- Padang ragut kerbau Pulau Tuba. Penutup trip di akhiri lawatan hijau luas memukau macam kombinasi lautan lumut dengan kawasan sawah padi. Di sini, khabarnya dulu kawasan sawah padi yang ditinggalkan.
7.00pm-bot pulang ke Pulau Langkawi
Nota kaki:Done jejak 8/99 Pulau di Langkawi.Tersisa lg 91
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebuah kampung yang terletak di Semarang, Selatan Indonesia dahulunya langsung tiada tarikan dan menjadi pemandangan biasa seperti sebahagian daripada kampung lain. Kini Kampung yang dikenali sebagai Kampung Pelangi menjadi lokasi kegemaran untuk dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong di serata dunia selepas menjalani transformasi.
Kampung Pelangi di Randusari, Jawa Tengah kini meriah dilawati pelancong hampir saban hari sejak beberapa tahun yang lepas selepas kerajaan tempatan memberi dana untuk membentuk semula penempatan itu menjadikannya seindah nama kampung tersebut iaitu sang pelangi.
Majlis jawatankuasa kawasan itu memperuntukkan dana 300 juta rupiah (RM95,200) untuk mengubah suai penempatan sederhana itu menjadi tarikan pelancong bermula tahun 2017. Persatuan Pembina Indonesia Semarang turut menyediakan bahan dan pekerja untuk projek itu. Penduduk di Kampung Pelangi sendiri tidak ketinggalan menyumbang tenaga apabila bersama-sama mengecat dinding hampuir 232 rumah yang ada di situ dengan tangan.
Sejak itu, Kampung Pelangi menjadi popular di media sosial. Ramai engunjung berkongsi imej pemandangan fotogenik kampung berkenaan di Instagram, seterusnya menjadikan kediaman pelbagai warna itu semakin popular di peringkat global. Setiap rumah di kawasan yang sebelum ini kawasan setinggan, kini dihiasi lebih daripada tiga warna untuk setiap rumah dengan pelbagai warna ceria seperti kuning, ungu, hijau dan biru.
Lelaki di sebalik visi mencantikkan kawasan ini merupakan seorang guru bernama Slamet Widodo, berkata dia mendapat ilham untuk mencantikkan kampung berkenaan dari beberapa kampung lain di negara itu yang melalui perubahan. Idea untuk mencipta Kampung Pelangi muncul selepas dia melihat kecantikan Kampung Warna-Warni dan Kampung Tridi di Malang, dan selepas itu, Kampung Kali Code di Yogyakarta.
Kini Kampung Pelangi menjadi semakin terkenal di Indonesia dan menawarkan tarikan pelancongan baru di Semarang. Penduduk tempatan turut mendapat kelebihan dengan mengambil kesempatan menjana sumber ekonomi dengan menjual makanan, minuman, cenderahati dan kraftangan buatan mereka kepada pelancong.
Ini antara gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial oleh pengujung yang melawat Kampung Pelangi
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...