Kalau dah rezeki pasti tak kemana, siapa sangka dalam saja-saja usha tiket untuk ke Paris, akhirnya impian untuk sampai ke sana menjadi kenyataan. Paling best tiket penerbangan murah sangat, hanya berharga RM4.93.
‘Amal Solehah berkongsi pengalaman bagaimana dirinya berjaya mendapat tiket murah untuk ke Kota Cinta, Paris. Niat awal hanya untuk menggunakan credit account yang diberikan oleh AirAsia disebabkan pembatalan penerbangan ketika pandemik rupanya ada hikmah tersembunyi.
Setelah mendapat pengesahan penerbangan wanita ini terus membuat tempahan untuk penginapan dan juga perkara asas yang lain untuk seorang traveler termasuklah mendapatkan insurans.
Menghabiskan masa selama 3 malam di Paris dan 2 malam di kota London, ‘Amal Solehah turut berkongsi itinerary sepanjang percutiannya itu. Memang best dan satu pengalaman yang pastinya tak dapat dilupakan buat wanita ini.
Kul-Riyadh-Paris-Jeddah-Kul RM4.93!!
Jun 2022
Saja-saja cek harga tiket ke Paris, melalui airasia apps. Dengan harapan dapat guna credit account (flight cancel PKP haritu)
Search (tarikh random je bulan 10 tapi pilih flight pergi dan balik on weekdays sebab selalunya murah kan) jumpa flight Saudi harga RM19xx. So kita pun klik la, rupanya dia tulis credit acc untuk airasia flight sahaja.
Kita pun scroll la page tu sampai ke bawah, tiba-tiba tengok amount to be paid, RM4.93?!
Dalam blur kita proceed saja la macam curious kan kenapa RM4.93, dengan fikiran takpelah kalau burn RM5 je pun haha. Proceed lah bayar guna Cimbclicks.
Tiber, dapat email flight waiting for confirmation sebaik sahaja bayaran dibuat.
Selang 10 minit, dapat pulak email flight confirm. Apa lagi, masa tu riuh la sekampung, call mak kakak bagitau suami semua.
Tapi masa tu tak berharap sangat, mana tau dalam masa 3 hari ke sebulan ke ada email cancellation kan. Tapi takda! Haha
Lepas sebulan baru kita berani buat first step. Before booking rumah etc, kita beli insurans dulu! In case kann flight cancel, ade la jugak pampasan.
Then kita proceed la airbnb, hostels and tiket bas from Paris-London-Paris
(Semua hasil ulangkaji dalam group Backpacker Buddies Malaysia (BBM) tq semua)
Then ada chat juga dengan AirAsia and Saudia, dua dua mcm proceed je dengaen itinerary takde masalah.
Then tibalah harinya on 4th oct kita ke CDG.
Solo tau, sebab suami kita tak cukup cuti and kita memang nak sangat sampai sana! Hehe
So ni simple itinerary kita 2 malam di London dan 3 malam di Paris;
5/10/22
Touch down Paris 7am
La Valle outlet-butik2 di rue de honor-butik Polene-Bercy Bus Station (bus overnight ke London)
Tips and tricks bus ke London
Ads
Stesyen bus tu would be very tricky tau nak cari, from amilion metro station. Dia kena cross taman di atas stesyen tu, keluar ke jalan raya, melintas dan masuk ikut laluan bas. Tapi if kita pilih untuk turun di station bercy bourgogne, better sikit, terus je cross taman n trus masuk ke stesyen bas. Stesyen ni juga ada escalator if bawa bag besar and berat.
Stesen bus ni juga, better kita datang before hari gelap, u know Paris vibe kan, sentiasa rasa diperhatikan. So kalau tunggu lama utk bas pkul 11 malam pun takpe janji selamat huhu (especially utk female solo traveller cm saya)
6/10/2022
Sampai ke victoria coach station di London
Terus ke hostel di goodge street (YHA London) untuk simpan luggage luggage sekalian dan zass terus ke Primark oxford street. Jalan kaki dalam 15 min. Ada metro juga if nak senang.
Dalam pkul 2 petang balik hostel, check in, tido sampai esok
7/10/2022
Bicester Village
Rasanya ramai yang beli tiket from Marylebone direct ke Bicester, tapi cheaper option beli tix online di great western railway website, from london Paddington to oxford. Then beli chilltern express ( mesin ) oxford-bicester-oxford
Total cost paddington-oxford-bicester-oxford paddington adalah 13.5 pound pergi balik.
P/s. Tips nak shopping di bicester village dapat additional 20% off, just jumpa any concierge staff dia (mereka berada di mana mana di dalam bicester tu sambil pegang ipad).
Just daftar as member and zass dapat qr code for 20% off.(this one during private sale)
If during hari biasa, boleh daftar vip pass (kena tunjuk credit card visa) then dapat qr vip pass (10%) lumayan jugak tu weh
Dekat Bicester ade la jumpa a few group malaysians, terubat rasa homesick sekejap
Then balik ke Hostel train pkul 6 pm, then makan maggie, tidooo (kita solo female so mmg takde l activity malam) sopan sopan gitu sebelum senja dah balik haha
8/10/2022
Ads
Ready nak checkout, bag tinggal di hostel
Camden town-cari george (baju tidur budak) di asda lavender-westfield cuci cuci mata (shopping mall besar di London)- big bens-trafalgar square-harrods-back to hostel untuk ambil bag-victoria coach station
10.30pm bas ke Paris (bercy seine)
9/10/2022
8 am sampai di bercy station bus, then trus tarik luggage2 ke storage bag di Gare Du Nord.
9euro utk one whole day okay laa. Dia sekali masuk xleh keluar dah, kalau keluarkan, kira kena bayar utk round baru.
So lepas simpan beg,
Polene-then back to gare du nord utk tunggu waktu check in 5 pm.
Tips n tricks stesen2 besar paris ni, buat je muka garang mcm nak makan orang. And mmg akan ada je org yg nak tegur ke tanya ke sori la I akan terus cakap ‘non’ mmg diorang akan pergi lps tu.
Jangan buat eye contact. Dah banyak kali dah terkena, ada je eye contact, mesti org akan cuba tegur.
Kita ni fikir nak selamat balik Malaysia je lagi 4 hari. Duk peluk pouch kat depan yg ada phone n passport. Nyawa tuh! Haha
Then 5pm kita trus naik rer D (train) ke St. Denis.(airbnb)
Hm nak cakap cmne eh, bagi kita kawasan tu agak black laa, bila keluar je st. tu, penuh dgn black people tgh lepak, jual rokok, memerhati org huhu seram!
Tapi owner airbnb kita kata, kita kena tunjuk kita mcm tak takut takut, kalau tak diorang lagi tak suka. And owner tu sendiri kata pandangan orang sini dekat dia lain, sbb dia adalah white-tall-guy. So mcm diorang immigrant ni hormat la pada penduduk asal gitu.
Tapi still kalau female solo traveller, elak lah ye pilih airbnb area sini. Kita pilih 1 sebab murah n dekat ngn airport 15 min je)
So kita stay la dlm bilik tu sehingga esoknya.
naik bas ke London
Ads
10/10/2022
Kita cuba contact akak yang famous di IG (founder tmpl backpackers) cuba nasib mana la tau dapat jalan sama2, alhamdulillah dia ada di Paris at that time and dia open up and percaya untuk jalan dengan kita terubat lagi homesick kita huhu
Tempat harini kami lebih kan shopping haha
Veja-Polene-hard rock-starbucks-galleries lafayyete-balik hotel masing2
11/10/2022
Sambung jalan di galleries lafayyete-la valle outlet (tricks nak dapat diskaun sama je tau mcm kat Bicester village)
Btw dkt val d europe (shopping mall before sampai ke la valle outlet) ada primarks tau!
Shopping primarks sini dapat vat refund 12%
12/10/2022
Flight balik jam 4.45 pm tapi pkul 9 dah gerak ke airport (tazzabarrrr)
Alhamdulillah 13/10/2022 touchdown klia jam 4pm
Transportation
Paris-navigo 1 week 8euro(gambar) + 27 euro (kad+pass fee)
Btw pass dia ni valid sehingga ahad tau. Any day yg korang beli, ahad je dia dah last day (tu makna one week deme)
London-oyster card
Sama je mcm main topup2, takde package rasanya masa pilih dkt machine tu.
Lagi satu siapa ada jawapan, hari sabtu 8/10 tu, saya pergi merata2 oyster card saya semua charged 0pound dekat laluan keluar underground. Saaampai la ke victoria coach station malam tu.
Costa Coffee di London
Kenapa eh? Sabtu mmg free eh underground deme?
So itu sajalah karangan saya yang tak seberapa ni.
Tengoklah gambar2 yang saya snap pun tak seberapa, emosi tak stabil (overthinking ttg safety and rindu family huhu)
Oh by the way credit acc kita still ada jumlahnya tak lari pun huhu
Ketika ini hanya kenangan percutian yang boleh diingati memandangkan pintu sempadan ditutup ekoran pandemik Covid-19.
Dan bagi Ai Chan rakan dalam Grup Backpacker Buddies Malaysia mengenang kembali perjalanan ke Pulau Selatan New Zealand empat tahun lalu.
Jalan secara berkumpulan dan hanya membelanjakan sekitar RM5,000 seorang untuk travel selama 12 hari. Ayuh ikuti perkongsian itinerari sepanjang berada di sana.
Rental Car (Shoestring Rental Car) + insurance reduce = RM342/126NZD Minyak kereta = RM255/94NZD
Kereta sewa kami jenis Nissan Wingroad Wagon. Gambar kereta sewa ada kat bawah. Kami deal dengan owner Mr.Cameron melalui email. Sangat recommended sebab senang nak communicate dengan dia dan dia sangat ramah. Plus office company shoestring ni sangat dekat dengan Christchurch airport. Lebih kurang 5 minit je perjalanan.
Milford Sound cruise (Jucy) = RM112/40NZD
Groceries shopping = RM158/58NZD Kami shopping kat Countdown, Forth Square, New World dan Pak n Save. Antara banyak-banyak market ini harga kat Pak n Save paling murah.
Route Christchurch – Lake Tekapo – Hooker Valley – Queenstown – Wanaka – Te Anau – Milford Sound – Invercargill – Bluff – Dunedin – Moeraki Boulders – Castle Hill – Christchurch.
1st Day Tiba di Christchurch. Ambil kereta sewa dengan Mr.Cameron and terus check-in guesthouseyang dah book thru AirBnB
2nd Day Gerak ke Lake Tekapo. Check-in di Lake Tekapo Motels & Holiday Park.
3rd Day Gerak ke Mount Cook National Park untuk trekking ke Hooker Valley. Return ways lebih kurang 6 jam sebab banyak berhenti snap gambar dan lunch. Total distance dalam 10km return kalau tak silap.
4th Day Habis trekking terus gerak ke Queenstown dan check-in. Book guesthouse thru AirBnB jugak.
5th Day Gerak ke Glenorchy. Plan asal nk hiking kat Bob’s Cove tapi cuaca tak cantik sebab mendung dan hujan sepanjang hari, so tukar plan pusing bandar Queenstown cari souvenir dan makan ice-cream. Nak naik gondola dan luge rides pun tak jadi.
6th Day Gerak awal ke Wanaka sebab nak hiking kat Roy’s Peak. So total hours lebih kurang 6 jam return jugak so whole day dah habis kat Roy’s peak. Start hiking dalam 10 am. Make sure datang awal kalau nak hiking dan pusing-pusing bandar Wanaka sebab kat sana cantik sangat.
7th Day Gerak ke Te Anau. Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih. Terus check-in di Red Tussock Motel. Sampai awal then pusing-pusing bandar Te Anau.
8th Day Gerak awal ke Milford Sound. Perjalanan lebih kurang 2 jam jugak. Jalan curam dan licin sebab hujan lebat sepanjang hari. Naik cruise then terus gerak ke next pitstop di Bluff. Milford Sound ke Bluff lebih kurang 4 jam. Check-in di guesthouse Bluff yang dah book thru AirBnB.
9th Day Dari Bluff gerak ke Dunedin tapi singgah ke Nugget Point dan Kaka Point dulu. Then petangnya singgah di Tunnel Beach. Perjalanan dari Bluff ke Dunedin lebih kurang 3 jam juga. Tapi disebabkan banyak pitstop so sampi di guesthouse kat Brighton pun dah malam.
10th Day Packing up dan ready untuk ke Christchurch semula. Tapi singgah di bandar Dunedin dan Moeraki Boulders dulu.
11th Day Gerak ke Castle Hill dari bandar Christchurch. Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit. Dalam pukul 2 petang gerak semula ke Christchurch untuk pusing di bandar sana.
12th Day Checking-out dan pulangkan kereta sewa. Naik flight dari Christchurch ke Auckland dan tunggu flight dari Auckland ke KL. Transit di Gold Coast jugak.
RM1,962 tiket flight return RM342 car rental RM255 minyak kereta RM158 shopping groceries RM80 shopping makanan dari Malaysia RM1,041 accomodation RM119 Milford Sound Cruise RM80 digi Roaming
TOTAL RM4,037
1. Kami pergi musim penghujung winter dan awal spring. So di kawasan pergunungan masih bersalji dan di kawasan bandar bunga2 dah start berkembang. Rezeki dapat merasa 2 musim sekaligus.
2. Lesen memandu di Malaysia boleh digunakan di New Zealand. Pastikan lesen memandu ada bahasa Inggeris.
3. Kastam New Zealand sangat ketat. So rajin-rajin la google makanan apa yang boleh di bawak masuk dan yang kena declare. Nanti ada declaration form so korang kena isi borang itu makanan apa yang korang bawak masuk. Kalau tak declare nanti kena denda 400NZD.
4. WAJIB patuh had laju masa memandu disana dan penumpang belakang kereta wajib pakai seat belt. Had laju di highway New Zealand maximum 100km/h dan di kawasan bandar lebih kurang 50km/h. Kalau boleh drive sebelum hari gelap sebab malam-malam gelap gelita dan jalan pulak berliku-liku. South Island ini view semua cantik-cantik kiri kanan depan belakang. Rugi drive laju-laju. So drive la sambil layan view.
5. Untuk isi minyak, sesetengah kawasan luar bandar guna self-service je so standby la credit card untuk isi minyak. Kat sini, stesen minyak tak smua ada tandas, so nk cari tandas senang je. Fokus pada signboard tandas kat sana. Banyak tandas awam. Don’t worry.
6. Parking kereta kat sini ada yang berbayar dan ada yang free. Pandai-pandai la cari. Parking untuk weekend pulak free. Mostly parking kat sini tepi jalan je.
7. Ok untuk groceries, kat sini ade daging ayam, kambing dan lembu yang halal. Mostly brand Brinks, Turks dan Tegel. Kami beli brand Tegel kebanyakkannya. Rajin-rajin la google makanan halal yang lain kat sini.
Trip ke South Island, New Zealand (5 orang) Total spend / person = RM4,037 Total km = 2500++km
Gunung Kerinci merupakan puncak tertinggi di Sumatera dengan ketinggian 3,805 meter diatas permukaan laut (Mdpl) dan merupakan puncak volkano tertinggi di Indonesia. Gunung Kerinci ataupun digelar ‘Puncak Indrapura’ merupakan puncak tertinggi setelah Gunung Cartenz Jaya Wijaya yang terletak di Papua. Para pendaki khususnya pencinta gunung sudah pasti akan memasukkan Gunung Kerinci ke dalam salah satu list gunung impian yang akan didaki.
Gunung Kerinci yang dikenali juga sebagai ‘Atap Sumatera’ merupakan gunung yang fenomena di Indonesia dan termasuk dalam salah satu ‘seven summit Indonesia’. Gunung ini dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS) dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatera. Di pintu masuk pendakian terdapat Satu Tugu yang di atas nya terdapat replika Harimau yang dikenali sebagai Tugu Macan. Ia sebagai simbolik di kawasan ini iaitu kawasan perlindungan untuk habitat Harimau sumatera.
Terdapat dua jalur pendakian untuk sampai ke puncak Kerinci, iaitu melalui Kersik Tuo atau Solok. Jalur Kersik Tuo merupakan jalur yang paling digemari dan banyak dilalui oleh para pendaki, manakala jalur Solok memiliki jalur pendakian yang agak ekstrim dan susah untuk didaki. Meskipun begitu jalur Kersik Tuo juga tidak boleh dipandang sebelah mata.
14 Ogos 2017, Isnin Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki pesawat Air Asia. Tepat pukul 9.00 pagi kami tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau. Penerbangan yang memakan masa selama sejam hampir tidak terasa. Waktu di Kota Padang adalah lewat sejam dari Malaysia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau merupakan lapangan terbang bagi daerah Sumatera Barat di Pulau Sumatra, Indonesia. Nama lapangan terbang ni diambil dari nama suku kaum terbesar di daerah tersebut, iaitu Minangkabau.
Line up trip kali ini terdiri dari pendaki-pendaki hebat yang menjadi idolaku dalam arena pergunungan iaitu Hafizzuddin (Fizue) selaku ketua rombongan, Zek, Wak, Fizin, Zura, Aimi, Fatin, Roza, Farah dan aku. Sebut sahaja mana-mana gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia ni, semua mereka dah tapau habis! Padu-padu belaka! Walaupun aku yang baru pertama kali bersua muka, tetapi jelas tergambar kemesraan mereka.
Untuk ke kaki gunung Kerinci, kami perlu menempuh perjalanan yang panjang dan penuh berliku dari Airport Bandara Minang yang terletak di Kota Padang ke Desa Kersik Tuo, Kayu Aro di daerah Jambi. Perjalanan mengambil masa selama 11 jam disebabkan terdapat beberapa masalah berkaitan mobil dan supir. Kami anggap sahaja ia sebagai cabaran yang harus ditempuh dan ia sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk menggapai Atap Sumatera!
15 Ogos 2017, Selasa Pendakian ke puncak gunung Kerinci memakan masa selama dua hari 1 malam mulai dari Pos Kersik Tuo. Lebih kurang 30 minit perjalanan daripada homestay, sepanjang jalan kami dihidangkan dengan pemandangan indah ladang teh yang seluas mata memandang! Orang Jambi boleh berbangga! Kerana mereka mempunyai ladang Teh Kayu Aro, yang disebut tertua di Indonesia dan tertinggi kedua di dunia iaitu berada di ketinggian 1,600 mdpl setelah ladang teh Darjeling di Himalaya India yang berada di ketinggian 4,000 mdpl!
Ladang Teh Kayu Aro tetap hijau sepanjang tahun, berbeza dengan di Himalaya sana yang sering tertutup salji. Ladang seluas 3,020 hektar ni juga merupakan perkebunan teh dalam satu hamparan terluas di dunia! Hampir seluruh hamparan di lereng gunung ni ditumbuhi teh beraroma segar.
Hamparan teh dengan Gunung Kerinci yang menjulang biru di belakangnya sungguh menyejukan mata ditambah dengan udara dingin di pagi hari. Sebahagian desa Kayu Aro juga menjadi hamparan ladang sayuran yang subur. Di sisi kiri-kanan jalan terlihat hamparan ladang sayuran para petani.
Kami memulakan pendakian pada pukul 9.30 pagi. Sepanjang jalur pendakian, terdapat 6 perhentian yang terdiri dari 3 pos pendakian dan 3 shelter pendakian. Jalur pendakian Gunung Kerinci memang tidak mudah. Trek pendakian Gunung Kerinci sendiri disebut sebagai jalur air. Pada awalnya kami akan melalui pintu rimba, iaitu pintu masuk menuju ke trek pendakian Gunung Kerinci.
Nak mendapatkan sesuatu yang indah itu memang tidak mudah. Trek perjalanannya becak dengan lumpur, basah dan licin. Ayuhlah membajak sawah di tengah hutan! Yang pakai kasut baru dan masih bau kedai, harap bertenang lah layan trek macam ni! Hahaa
Trek dari pos satu ke pos dua masih ok lagi, di mana jalur berupa jalan yang agak landai dan sedikit pacak yang didominasi akar-akar pohon yang besar. Bagi mengekalkan momentum, kami berhenti berehat sekejap je di sini. Tak boleh berhenti terlalu lama disepanjang pos 1, 2 dan pos 3 kerana ia merupakan jalan yang masih dilalui harimau sumatera.
Perjalanan diteruskan ke Pos 3 dengan jalan menegak dan didominasi akar pepohon dengan tanah padat yang licin. Ternyata jarak antara Pos 2 ke Pos 3 itu agak lumayan jauh dan medannya sudah banyak memacak. Pos 3 berada pada ketinggian 2,225 mdpl.
Kemudian, jalan yang terus menegak mulai memerah keringatku! Geng-geng pendaki handal dan padu berdesup iaitu Zek, Roza, Fatin, Kak Aimi, Fizin & Zura sudah jauh mendahului aku. Tinggallah kami geng-geng dibelakang yang masih lagi setia disisi Fizue, Farah dan Wak.
Perjalanan daripada pos 3 menuju ke Shelter 1 mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kelihatan landskap hutan juga sudah berubah ke Mossy Forest. Suasana di dalam hutan Kerinci lebih kurang seperti hutan di Malaysia. Keadaan trek juga sudah mula memberi cabaran yang tersendiri buat para pendaki. Suasana semakin dingin, kabus tebal, tanjakan padu dan licin telah kami lalui. Untuk sampi ke Shelter 1 jaraknya agak jauh. Tidak seperti jarak antara ketiga-tiga Pos yang kami lalui sebelumnya.
Dalam pendakian ni, kami mengupah guide dan porter untuk membawa barang seperti khemah, beg tidur, bekalan makanan dan pakaian. Guide kami ada 2 orang. Kami wanita hanya memikul beg galas kecil bersaiz 20 hingga 30 liter sahaja. Beg kecil tu diisi dengan lampu suluh, baju hujan, makanan tenaga seperti coklat, gula-gula dan air minuman. Tu pun dah pewai terok juga! hahaa… Lelaki semua katang belaka & gagah perkasa bawa beg sendiri jer!
Oh ya, sepanjang pendakian ni, hanya kami satu-satunya team dari Malaysia. Jarang juga kami nampak pendaki dari negara lain. Mungkin Gunung Kerinci tidak begitu popular berbanding Gunung Rinjani ataupun Semeru! Bila pendaki Indonesia tegur kami sepanjang trek, semua rasa teruja sebabnya bila sebut je nama Malaysia, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran rakyat tempatan ni adalah Upin Ipin! Betul betul betul! Lepas tu habis la segala watak mereka sebut, Kak Ros, Opah, Abang Roi, ayam goreng dan lain-lain. Ishhh aku sendiri pun tak tengok Kartun Upin Ipin tu! Memang satu fenomena betul kat sini! Hahaaa..Terbaekkk weyhh!
Shelter 1 merupakan tempat yang aman untuk mendirikan khemah dengan ketinggian 2,505 mdpl. Shelter 1 merupakan tempat terbuka yang mampu menampung sebanyak 15 buah khemah dengan pemandangan lereng Gunung Kerinci yang menjulang gagah.
Perjalanan menuju ke Shelter 2 dijangkakan akan mengambil masa yang lebih lama, iaitu sekitar 2-3 jam. Jadi kami fuel up energy masa di shelter 1 kerana perjalanan selepas ini dijangkakan lebih mencabar. Kami buka pek makanan yang kami bawa dan makan di sini. Carbo loading katanya! Lepas ni nak pakai lebih banyak tenaga, jadi memang perlu makan yang cukup.
Kami mula bergerak dari Shelter 1 lebih kurang pukul 1.30 pm. Hujan mula turun dengan lebat mengiringi pendakian. Kami semua dah standby pakai baju hujan siap-siap! Jalur pendakian menuju Shelter 2 semakin menaik, licin dan curam. Pendek kata, memang tak kasi chance lansung. Tak de diskaun dah!
Masa ni aku dah pewai teruk juga. Jadi aku percepatkan langkah dengan harapan nak sampai ke campsite cepat! Yang lain pun bergerak dengan pace masing-masing. Harus diingatkan jika berjalan di dalam hutan, jangan jalan berseorangan. Jadi aku tinggalkan Farah dengan Wak! Ini adalah gunung pertama yang didaki oleh Farah. Aku yakin Wak mampu menjaga Farah dengan baik! Jadi aku jalan berdua je la dengan Fizue! Thanks abang gogo sebab teman dan mampu bersabar dengan aku!
Akhirnya aku dan Fizue sampai di shelter 2 agak awal dalam pukul 4.00pm. Area campsite di Shelter 2 agak terhad dan hanya mampu mendirikan beberapa biji khemah. Tapi yang bagusnya di sini masih ada pokok-pokok yang agak tinggi dimana ada kelebihan mampu menghalang khemah daripada terkena tiupan angin kencang.
Dalam pukul 5.00 petang khemah kami siap dipasang. Boleh la beristirehat seketika. Malam tu dinner kami makan maggi sup! Lepas dah makan malam, kami pun dapat berehat dengan tenang. Dalam pukul 8.00 malam dah siap-siap nak tidur sebab pukul 2.00 pagi dah nak bersiap gerak ke puncak!
Tapi malam tu aku tak dapat tidur pun sebabnya tapak khemah kami tak rata dan senget! Memang asyik melurut je sampai ke hujung bucu khemah! Licin. hahaa.. Nak tido pon kene hiking lagi dalam khemah! Jadi suster ngesot pula! Adehhh… Lagipun suhu udara malam tu sangat sejuk sampai ke tulang rusuk! Dah pakai jaket tebal dengan sarung tangan dan berselubung dalam sleeping bag pun masih menggigil! Bertabah je la.
16 Ogos 2017, Rabu Pendakian ke puncak bermula pada pukul 2.30 pagi. Berbekalkan cahaya lampu suluh, kami meredah kepekatan hening pagi dengan suhu yang begitu sejuk. Masing-masing memakai jaket tebal, sarung tangan, penutup kepala dan pelindung muka. Semuanya lengkap bagi memastikan kami berada dalam keadaan selesa sepanjang mendaki ke puncak yang memakan masa lima hingga enam jam.
Dari shelter 2 menuju ke shelter 3 kami berjalan menegak melewati jalan yang berupa terowongan panjang yang curam. Sesekali tangan menyentuh dinding terowong terasa seperti menyentuh ais. Ya, amat dingin. Hanya cahaya head lamp lah yang menjadi penerang kami menerobos di terowongan panjang, curam dan lembab itu. Bagi aku trek menuju ke shelter 3 ni yang paling susah dan mencabar yang pernah aku daki! Benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal!
Sesekali perasaan gayat dan putus asa menerpa disebabkan perlu memanjat tebing yang tinggi dengan akar-akar kayu. Pacak dia memang padu, sehingga lutut bertemu dagu! Ada ketikanya, laluan yang ditempuh terlalu sempit sehingga memaksa kami naik ke tebing curam dan berpaut pada pokok. Nasib baik Fizue gigih guide aku mana nak pijak, mana nak pegang! Kalau tak memang kelaut aku! hahaa..
Dah sampai di shelter 3 memang rasa lega! Lepas dah satu hazab! Kami berhenti seketika untuk solat subuh. Aku berdoa minta perlindungan pada Allah dan supaya kami semua berjaya sampai ke puncak dan turun dengan selamat!
Summit Attack Atap Sumatera Sewaktu melihat ke arah puncak, tampak cahaya berbaris bagai ular meliuk-liuk. Itu adalah pendaki-pendaki lain yang sedang berjalan perlahan menuju puncak. Kami semua awalnya berjalan beriringan namun lambat laun mulai berpecah mengikut kelajuan masing-masing. Namun kami sudah sepakat untuk saling menunggu di puncak.
Pendakian ke puncak ini, kami berjalan di lereng berbatuan yang loose dan pasir kasar. Jika tersalah langkah boleh tergolek dan agak berbahaya. Di tambah bila angin berhembus kencang, abu dan pasir berterbangan sehingga kadang masuk ke mata dan menganggu pernafasan. Trek pendakian ke puncak Indrapura tidak boleh dipandang enteng. Yang diperlukan sekarang adalah kekuatan mental, semangat dan keinginan yang kuat untuk mengharungi rintangan yang ada. Oleh itu, kami terus memerah kudrat yang berbaki untuk sampai ke puncak.
Langit cerah pertanda sang fajar telah tiba. Di bawahnya samar terlihat lapisan gunung dengan bulatan putih. Itulah Danau Gunung Tujuh. Subhanallah!… pemandangan yang sangat indah. Tampak jelas garis horizon dari ketinggian ini. Sungguh sempurna lukisan alam di hadapanku ini. Disini aku tidak berhenti lama kerana aku bersendirian sementara teman-teman lainnya sudah di depan dan ada juga yang dibelakang. Walaupun tak dapat menikmati sunrise di puncak, tapi aku dapat layan sunrise sorang-sorang di sini. Sunrise yang sangat indah di waktu fajar di lereng gunung.
Untuk sampai ke puncak, kami harus berjalan di celah tanah atau ‘longkang’ agar terhindar dari terpaan angin kencang. Muat-muat boleh dilalui seorang pendaki sahaja. Di kiri dan kanan ‘longkang’ adalah tebing yang tinggi.
Tugu Yudha Setelah beberapa jam mendaki tibalah kami di Tugu Yudha, iaitu berupa dataran padang pasir yang luas terletak di bawah puncak gunung kerinci. Tugu Yudha ini sangat terkenal dengan ceritanya. Ada pendaki bernama Yudha yang mendaki gunung kerinci bersama adiknya.
Mereka berkhemah di shelter 3 sebelum ke puncak. Ketika mahu ke puncak, tiba-tiba kabus tebal menyelimuti pemandangan yang membuat jalur trek tidak kelihatan. Pendaki lain mengingatkannya agar menunda pejalanan ke puncak, namun dia tetap degil dan nekad mengharungi kabus tebal tersebut. Kemudian dia terjatuh dan hilang bahkan jasadnya tak ditemukan sampai sekarang.
Untuk mengenang beliau maka tepat di bawah puncak utama kerinci didirikan sebuah tugu yang di beri nama Tugu Yudha. Setiap pendaki pasti akan melalui tugu ini bila hendak ke puncak kerinci.
Lepas dari tugu Yudha kami harus mendaki trek berbatu curam dan menegak untuk sampai di puncak. Impian untuk menggapai atap Sumatera semakin hampir! Dekat di mata namun jauh di kaki! Oh puncak Kerinci kami datang! Disini bukan hanya kaki yang bekerja, bahkan tangan juga. Ia agar setiap langkah tidak melurut dengan batuan longgar dan tidak stabil, jadi tangan harus mencengkam batu dengan kuat.
Berjalan perlahan namun pasti, aku keseorangan meniti ke puncak! Walaupun penat, sekarang bukan masanya untuk aku berputus asa! Namun tekad sudahku tetapkan, harus terus mendorong batas kemampuan untuk sampai ke puncak Indrapura. Satu hal yang membuatku bersemangat waktu itu adalah, akan berdiri di Puncak Tertinggi Sumatera, Gunung berapi tertinggi di Indonesia!
Kemudian, ada seorang pendaki yang baru turun dari atas mengatakan puncak sudah berada di depan mata. Perkataan itu membuatkan semangatku bangkit kembali. Segera aku mempercepatkan langkah dan tepat pukul 8.00 pagi, tibalah aku di puncak Gunung Kerinci! Yeayhhh….
Atap Sumatera! Sangat bersyukur akhirnya kami semua berjaya sampai di Atap Sumatera di ketinggian 3,805 meter diatas permukaan laut (Mdpl)! Alhamdulillah! Terasa diri ini begitu kerdil berdiri di lereng kawah di Puncak Gunung Berapi tertinggi di Indonesia! Kawah aktif dengan luas 400 x 120 meter dengan kedalaman 600 meter sedang mengepulkan gas belerang pekat. Rasa amat gerun dan teruja! Perasaan yang sukar untuk digambarkan bila dah berada di atas ni! The best feeling ever!
Ni adalah gunung berapi ketiga yang berjaya aku jejaki selepas Rinjani dan Bromo. Kawah dia lebih kurang macam Bromo, tapi ni lebih besar, dengan jurang yang sangat dalam dan ngeri!
Langit berwarna biru cerah waktu itu. Gumpalan awan berlapis-lapis di bawah kami. Terasa luar biasa kami dapat berdiri di ketinggian 3,805 meter. Sepertinya tepat dinamakan ‘Negeri di Atas Awan’ kerana posisi kami berdiri saat ini lebih tinggi dari gumpalan awan. Di puncak Kerinci ni, kami boleh melihat pemandangan indah Kota Padang, Jambi, Gunung Tujuh, lautan hindi dan trek berbatu yang kami lalui tadi! Sungguh asyik dan lumayan pemandangannya!
Rasa sungguh terharu bila berada di puncak Gunung Kerinci dengan segala perjuangan melewati trek esktremnya. Mendaki Gunung Kerinci akan menjadi momen hidup yang tidak akan kami lupakan. Suatu kebanggaan atas keberhasilan dari perjuangan yang panjang. Jalur gemilang kami keluarkan dan berkibar megah di Puncak Indrapura!
Terima kasih sahabat yang menjadi teman sepanjang mengharungi suka duka perjalanan ini. Gelak tawa dan ramah mesra membuatkan ku terasa bagaikan sudah lama mengenali antara satu sama lain. Moga ketemu lagi di lain masa. Akhir kata, jangan mati dulu sebelum sampai ke puncak Gunung Kerinci!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada yang plan nak bercuti ke Ho Chi Minh dan Dalat tak? Kalau ya, anda patut tahu lokasi menarik ke sana dulu ya, senang nak bergerak.
Ini perjalanan bercuti Puan Rohaiju Baharuddin bersama sahabatnya, Syima Haron ke Ho Chi Minh dan Dalat selama 6 hari. Jom ikuti pengalamannya beberapa hari di sana.
Kami pergi berdua, menetap di 3 hotel berbeza. Kami ke Dalat menaiki sleeper bus pada waktu malam, jadi ambil keputusan check in hotel full day.
Pergerakan di Dalat semuanya menaiki grab. Tempat-tempat menarik di Dalat agak jauh juga. Kena rancang sebaiknya. Kami pun terpaksa adjust itinerary semua tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Makanan halal di HCM mudah jika duduk di Malaysian Street tapi di Dalat agak sukar. Dinasihatkan bawa makanan siap-siap. Roti, maggi, biskut, atau bubur nasi. Masa ni, semua ini makanan terpaling sedap di dunia.
Owh ye, HCM ni banyak motosikal. Sampai naik atas divider pejalan kaki motor mereka. Kena hati-hati sikit, tapi bukan sikit lah kena banyak berhati-hati.
Melintas jalan pun kena ada skill kamikaze, lintas je la dengan jiwa yang terpaling kental. Pemanduan mereka laju tapi mereka hebat brek. Nak tunggu jalan clear, memang sampai sudah kita tak melintas.
Masa kami di sini, cuaca terlalu panas. Kena pakai topi dan sapu sunscreen banyak. Apa pun kami sangat enjoy trip ini. Saya kongsikan itinerary kami.
1. KL ke HCM.
2. Check in Sense Legend Hotel & Spa ( jauh dari Malaysian Street) jadi tidak disyorkan.
3. Makan di Hajah Bashiroh.
4. Jalan-jalan Malaysian Street.
1. Mekong River Day Trip (9am -7pm).
-Beli pakej ni di Amin Travel, kedainya ada di Malaysian Street tu.
2. Malam naik sleeper bus ke Dalat pukul 1030 am.
1. Sampai Dalat pukul 5 pagi.
2. Check in TTR Moonstone Apart Hotel.
4. Fairytale Land & Vinh Tien Wine Cellar ( feeling jadi Cinderella)
5. Fresh Garden (bunga cantik)
1. Clay Tunnel
2. Robin Hills Cable Car
3. Crazy House
4. Lam Vien Square ( depan tasik)
5. Makan di Restoran Fatimah ( sedap Pho Bo dia )
6. Naik bas ke HCM pukul 1030 malam.
1. Sampai HCM pukul 5 pagi ( laju betul pemanduan beliau ye)
2. Check in Queen Central Hotel ( Malaysian Street)
3. Book Street
4. Notre Dame ( under construction)
5. Post Office
6. City Hall
7. Ho Chi Minh Statue
8. The Cafe Apartment
9. Bach Dang Wharf( naik waterbus) sambil tengok view Landmark 81- kami di sini dalam 1 jam.
10. Shopping depan hotel dan Benh Thanh.
11. Makan restoran depan hotel.
Bersiap balik ke Malaysia.
1. Beli lah extra baggage jika anda sejenis kaki shopping. Telekung murah, tak cukup 3, kurang-kurang 10 pasang.
2. Dalat tiada apa untuk shopping, enjoy view dan tempat menarik sahaja.
3. Pergerakan, kena naik grab. Kereta mereka cantik dan bersih.
4. Di Dalat, mereka tak pandai English, gunalah google translate. Di HCM tu ok lagi.
5. Duit kita diterima je di HCM tu. Bayar pakai RM.
6. Tiket sleeper bus dan few tempat masuk di Dalat tu beli di Klook. Tapi ada juga yang beli di kaunter. Mudah sahaja.
7. Tempat-tempat di Dalat tu memerlukan kekuatan kaki sikit, sebab luas, banyak tangga dan batu-batu macam mendaki. Dinasihati memakai kasut yang sesuai.
Semua ini sekadar perkongsian, harap anda yang plan nak ke sana boleh pilih beberapa tempat menarik ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...