
Krisis dan ketegangan antara India dan Pakistan tercetus minggu lalu menyebabkan penerbangan antara Eropah dengan Asia Selatan serta sebahagian Asia Tenggara terjejas.
Kemarin Pakistan dikatakan telah membuka sepenuhnya ruang udara selepas ditutup selama beberapa hari kepada semua penerbangan awam menyebabkan ribuan penumpang terkandas. Rata-rata penumpang yang terkandas berasa lega dengan pengumuman itu.
Keputusan menutup ruang udara itu itu dibuat Rabu lalu, selepas pertempuran di udara antara pesawat tentera udara Pakistan dan India di Kashmir menyebabkan satu pesawat MiG21 India ditembak jatuh. India mendakwa berjaya menembak jatuh pesawat F-16 Pakistan namun dinafikan Islamabad.
Semua lapangan terbang di seluruh Pakistan kembali beroperasi dan ruang udara sudah kembali dibuka sepenuhnya pada 0800 GMT,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perlukah Anda Kunci Bagasi Setiap Kali Naik Kapal Terbang?

Setiap kali nak letakkan bagasi anda di ruang kargo pesawat, pernah tak terfikir bahawa perlunya bagasi itu dikunci terlebih dahulu? Kalau anda rasakan perlu, bermakna firasat anda tepat kerana setiap hari, banyak laporan yang diterima daripada pihak berkuasa lapangan terbang dan syarikat penerbangan berkenaan kehilangan barang seperti pakaian, barang kemas dan barang elektronik.
Jangan harapkan orang lain jaga bagasi anda
Anda tidak boleh bergantung harap kepada pihak berkuasa lapangan terbang untuk mendapatkan semula barangan anda kerana mereka ada perkara yang lebih besar untuk difikirkan seperti keselamatan lapangan terbang dan orang awam. Anda juga tidak boleh menuduh kecuaian syarikat penerbangan atas kehilangan tersebut kerana kesilapan awal tidak mengunci bagasi terlebih dahulu, berpunca daripada anda sendiri.
Sekalipun MUNGKIN suspek datang daripada kalangan mereka, anda tidak mempunyai cukup bukti dan fakta untuk menuduh sesiapa pun, dan kecuaian pertama tidak memastikan bagasi dalam keadaan selamat adalah daripada anda sendiri. Jadi, sekiranya ada apa-apa yang berlaku, ia adalah tanggungjawab anda dan anda sendiri.
Kelebihan mengunci bagasi
Mengunci bagasi dengan selamat bukan sahaja menyukarkan sesiapa sahaja untuk mencuri barang berharga anda, malah kunci itu juga membantu untuk memastikan bagasi tidak mudah terbuka dengan sendiri dan mendedahkan segala khazanah didalamnya ketika petugas sedang memunggah bagasi kedalam atau keluar pesawat.
Anda juga pasti ingin mengunci bagasi anda ketika tinggal di hostel atau backpack hotel yang ramai dengan orang yang tidak dikenali, atau ketika anda sedang dalam perjalanan menaiki bas atau train. Sesetengah pelancong juga mengunci beg mereka walaupun hari siang kerana takut kecurian daripada housekeeper.
Kekurangan mengunci bagasi
Sekalipun mengunci bagasi anda dengan manga solek besar penumbuk tidak akan menjamin 100% keselamatan barang-barang yang ada didalamnya. Cuba buat carian di Youtube, ada banyak contoh dan penerangan yang boleh dijumpai mengenai bagaimana bagasi anda boleh dirompak, dicuri, dipecah atau dirosakkan hanya menggunakan sebatang pen! Dan tak susah untuk pencuri menoreh bagasi anda yang diperbuat daripada kain untuk mencuri barang yang anda simpan didalam.
Mengunci beg hanya usaha untuk menghalang pencuri-pencuri picisan yang mencari mangsa-mangsa mudah tetapi tidak kepada pencuri yang benar-benar terdesak dan mahir dalam kegiatan mencuri menggunakan apa kaedah sekalipun. Jadi bagaimana untuk mengelak daripada pencuri yang benar-benar terdesak ini?
Apa penyelesaian yang lebih baik?
Simpan semua barang berharga di dalam beg yang sentiasa anda bawa bersama tidak kira di mana sekalipun. Jika ada beg yang anda bawa naik ke tempat duduk pesawat, simpan semua barang berharga di dalam beg tersebut. Yang kedua, cari beg yang tahan lasak dan anti-pencuri. Ada beg-beg anti-pencuri yang dijahit bersama dawai besi bagi menghalang pencuri daripada mencuri barangan peribadi anda sesuka hati.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pelancong Negara China Dah Start Tanya Pakej Melancong Di Malaysia Untuk Septembar Ini” – Presiden MITA

Jumlah kerugian dialami sektor pelancongan akibat COVID-19 pada dua bulan pertama tahun ini dianggarkan sebanyak RM3.37 bilion. Penularan COVID-19 itu turut menyebabkan banyak pakej pelancongan dibatalkan sekali gus menjejaskan pekerja syarikat-syarikat penerbangan dan perhotelan.
Turut berkongsi pandangan, Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis yang menegaskan situasi kini adalah yang paling teruk memberi kesan kepada industri pelancongan:

- Kita tak boleh menerima seorang pelancong pun dan syarikat-syarikat pelancongan masih perlu membayar operasi perniagaan seperti gaji pekerja dan sewa pejabat.
- MITA sentiasa berkomunikasi dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi untuk berbincang bagaimana pihak kerajaan boleh membantu penggiat industri semasa krisis ini.
- Kami berpuas hati dengan segala inisiatif kerajaan untuk membantu kami. Tetapi kami berharap pihak kerajaan boleh membantu pekerja-pekerja separuh masa seperti pemandu pelancong yang tidak bergaji tetap dan tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Mereka ini adalah kumpulan yang terkesan akibat Covid-19.
- Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, pihak MITA bersama dengan Malaysia Productivity Corp (MPC) turut menganjurkan seminar online dan menjemput penceramah khas untuk mengajar penggiat industri pelancongan.
- Industri pelancongan adalah antara industri yang sangat penting dalam menjana ekonomi negara dan Malaysia adalah antara negara popular yang dilawati oleh pelancong antarabangsa. Kami terperanjat kerana sudah mula menerima pertanyaan mengenai pakej pelancongan daripada ejen-ejen negara China untuk bulan September. Ini bermaksud, pelancong-pelancong dari negara China sangat yakin yang Malaysia akan pulih daripada wabak Covid-19 secepat mungkin.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang pula berkata, sektor pelancongan amat terkesan dan mengalami kemerosotan teruk akibat wabak Covid-19.

- Pada bulan Mac pendapatan sektor pelancongan sangat merosot disebabkan banyak pembatalan tempahan pelancongan sama ada dari dalam dan luar negara disebabkan kawalan pergerakan bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara utama dunia.
- Untuk bulan April, Mei dan Jun kita harus tunggu dan lihat sama ada virus Covid-19 ini dapat dikawal. Sekiranya dapat dikawal, kita akan dapat melihat pemulihan perlahan-lahan bermula bulan Julai hingga Disember. Berkemungkinan kita akan dapat kembali pulih tahun depan.
- Pihak MATTA akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung masalah utama iaitu aliran tunai yang nazak dan keputusan berkaitan para pekerja.
- Kami menulis kepada kerajaan sekiranya terdapat skim pengekalan pekerja. Di United Kingdom misalnya, 80 peratus gaji ditanggung oleh kerajaan, MATTA pula mencadangkan 60 peratus gaji ditanggung kerajaan. Namun kita tunggu pengumuman terkini pakej rangsangan ekonomi oleh Perdana Menteri pada 30 Mac ini.
- Keputusan oleh Kementerian Pelancongan untuk membatalkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 merupakan keputusan tepat kerana buat masa ini kempen tersebut tidak mampu untuk mencapai sasaran yang diingini.
- Sekiranya Covid-19 berjaya diatasi, keyakinan untuk mengembara pasti akan pulih namun apa yang tidak pasti ialah bila? Saya harap suku akhir tahun (Oktober, November, Disember) akan menyaksikan masyarakat dunia kembali berasa yakin dan selamat untuk melancong.

Sumber: Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jambatan Kaca Di China Rosak Teruk Dilanda Angin Kuat & Hujan Batu

Bila sebut jambatan kaca kita pasti tidak dapat melupakan video-video lucu gelagat pengunjung yang kali pertama menaiki jambatan kaca. Mampu tembus pandang ke bawah berlatar belakangkan gaung, ia pasti menggerunkan bagi yang gayat.
Namun semalam dilaporkan, sebuah jambatan kaca di China rosak teruk apabila dilanda angin kuat yang membawa bersama hujan batu.
Insiden telah menyebabkan seorang pelancong terkandas di atas jambatan tersebut yang terletak di sebuah resort di wilayah Jilin di timur laut China.
Dalam kejadian di Gunung Piyan di kota Longjing itu, beberapa kepingan kaca dari jambatan setinggi 100 meter tersebut ditiup angin kencang dengan kekuatan sehingga 150 kilometer sejam, lapor The Straits Times.
Pelancong itu bagaimanapun berjaya diselamatkan setelah dia merangkak ke tebing jambatan dengan bantuan anggota bomba, polis, perhutanan dan pekerja pelancongan.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan menerima kaunseling psikologi.
Insiden itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan jambatan kaca yang jumlahnya semakin meningkat di negara itu.
"Inilah sebabnya mengapa saya tidak berani menginjak kaki ke atas jambatan seperti itu," tulis seorang netizen yang menggelarkan dirinya Wadetian.
"Berapa kerapkah jambatan itu dibuat penyelenggaraan?" tanya netizen lain.
Jambatan kaca merupakan tarikan yang semakin popular di resort pergunungan di China.
Menurut majalah Earth yang diterbitkan oleh Geological Museum of China, sekurang-kurangnya 60 jambatan jenis itu telah atau sedang dibina di seluruh negara pada tahun 2016. Sumber : Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI