
Ramai dah mula rindu untuk berlibur dan bersantai di taman-taman tema yang ada diseluruh Malaysia setelah hampir tiga bulan operasi di destinasi tersebut ditutup buat sementara waktu.
Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia menjangka taman tema di Malaysia akan kembali meriah apabila dibuka semula setelah terdapat permintaan tinggi daripada orang ramai untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut.
Sebagai contoh, pembukaan semula Taman Tema Disneyland Shanghai berjaya menarik sehingga 5,000 pengunjung setiap hari, serta pembukaan taman tema berkenaan di Hong Kong pada 18 Jun. Tarikan lain di Malaysia pula, seperti Bukit Bendera, telah berjaya menarik ramai pengunjung sejak dibuka semula.
Presiden Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia Tan Sri Richard Koh berkata rakyat Malaysia pastinya ingin keluar dan menikmati alam sekitar, terutama setelah tinggal di rumah selama berbulan-bulan mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang wabak COVID-19.
Beliau berharap kerajaan Persekutuan akan membenarkan pembukaan semula semua taman tema dan tarikan di seluruh negara tidak lama lagi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya.
Di Pulau Pinang sebuah taman tema di Teluk Bahang dibenarkan beroperasi semula. Hanya tarikan bertema alam di taman itu, "AdventurePlay" yang dibuka manakala "Waterplay", tarikan berasaskan air yang merangkumi gelongsor air terpanjang di dunia, masih ditutup untuk umum. Pembukaan semula taman tema itu dengan syarat mematuhi SOP, termasuk memberi sarung tangan kepada pengunjung, melakukan penjarakan sosial dan menyah kuman semua kemudahan taman tema. Jumlah pengunjung juga dihadkan kepada hanya 1,000 sehari (berbanding kira-kira 3,000 setiap hari sebelum PKP.
Sunway Lagoon juga telah mula beroperasi tetapi hanya tarikan 'Zoo' taman haiwannya sahaja yang dibuka kepada pengunjung. Taman tema air yang lain masih ditutup hingga kerajaan kembali memberi kebenaran untuk beroperasi.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lokasi Beli Ole-Ole Di Sarawak. Ikan Terubuk Masin, Lada Hitam & Kek Lapis Wajib Beli Tau!

Isi Kandungan
ToggleSarawak menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja untuk berkunjung ke Bumi Kenyalang ini. Membeli-belah di Sarawak juga merupakan aktiviti utama yang mesti dilakukan, selain menjanjikan pengalaman yang berbeza di mana pengunjung akan disajikan dengan pelbagai produk tempatan seperti cenderamata hasil kraftangan, produk kering juga bahan makanan basah untuk di bawa pulang.
Dengan rangkaian produk yang pelbagai, sesiapa sahaja yang berkunjung ke Sarawak pasti rambang mata untuk membawa pulang signature produk utama Sarawak seperti Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubuk Masin, Lada Hitam dan juga hasil kraf. Bahkan ada yang mengatakan, jika produk-produk tersebut tidak dibeli, tidak lengkap rasanya kunjungan ke Sarawak.
Bazar Utama Kuching – Pusat Jualan Kraftangan Sarawak
Bazar Utama Kuching (Kuching Main Baazar) merupakan jalan tertua dan menjadi nadi kepada bandar Kuching lama. Pengunjung pasti terpegun melihat binaan reka bentuk rumah kedai lama masyarakat Cina yang telah didiami oleh beberapa generasi keluarga. Sekiranya menginap di hotel sekitar bandar raya Kuching jangan melepaskan peluang mengunjungi Bazaar Utama Kuching untuk membeli atau sekurang-kurangnya melihat kepelbagaian hasil seni dan kraf tangan buatan masyarakat tempatan. Daripada barang ukiran hinggalah hasil tenunan sendiri, semuanya boleh didapati pada harga yang murah. Pelbagai kedai kraftangan dan cendermata boleh ditemui di sini, dan telah menjadi kawasan tumpuan pelancong untuk membeli-belah.
Antara produk jualan kraf yang boleh didapati di sini adalah tikar Sarawak, kain Pua, rantai manik, beg anyaman, perhiasan rumah dan banyak lagi. Bertentangan dengannya pula ialah laluan jalan kaki terkenal, Tebingan Kuching atau lebih popular dipanggil waterfront yang merupakan bekas pelabuhan kapal-kapal dagang yang menjadikan tempat itu sebagai tapak permulaan bandar Kuching. Dari situ, pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar dari seberang sungai dengan menaiki bot tambang yang pernah menjadi pengangkutan terpenting suatu ketika dulu.
Kek Lapis Sarawak
Salah satu daripada produk signature Sarawak yang seringkali mendapat perhatian ramai adalah kek lapis Sarawak yang merupakan sejenis kuih pemanis mulut yang wajib ada di atas meja di rumah masyarakat Melayu Sarawak. Jika berkunjung ke Kuching, singgah sebentar di mana-mana sahaja kedai yang menjual Kek Lapis Sarawak, anda pasti kagum melihat lebih 50 jenis kek lapis Sarawak yang pelbagai warna, cantik dan halus buatannya dihasilkan setiap hari.
Antara jenis kek yang seringkali ditawarkan ialah kek lapis keju coklat, coklat Cadbury, masam manis, oreo, blueberi keju, nescafe cappuchino dan banyak lagi. Namun yang paling sedap dan mendapat permintaan ramai ialah kek lapis masam manis. Kek lapis yang diletak di luar peti sejuk boleh tahan sehingga satu minggu manakala jika disimpan dalam peti sejuk dan tidak dipotong, boleh tahan sehingga tiga bulan. .
Medan Niaga Satok- Terubuk ikan masin
Medan Niaga Satok merupakan pasar yang menghimpunkan pelbagai barangan keperluan harian di bawah satu bumbung. Menariknya di sini terdapat banyak gerai yang menjual ikan terubuk masin. Ikan terubuk masin menjadi satu kemestian kepada mereka yang berkunjung ke Sarawak untuk membeli dan membawa pulang ke tempat masing-masing. Maka, tidak hairan jika seseorang itu melancong ke Bumi Kenyalang tidak akan lupa singgah membeli ikan terubuk masin yang banyak dijual di Medan Niaga Satok sebagai buah tangan untuk sanak-saudara serta sahabat handai.
Mungkin berasa segan untuk menghadiahkan ikan masin sebagai buah tangan atau ole-ole dari Sarawak tetapi jangan risau, kerana keenakan rasa ikan itu pasti akan menambat hati mereka untuk terus mendapatkan ikan-ikan terubuk masin ini. Kelebihan ikan terubuk masin Sarawak terletak pada jenis ikan dan teknik ketika memprosesnya. Ikan terubuk tempatan ternyata lebih berkualiti dengan isinya yang lebih cantik dan lebih segar berbanding ikan terubuk import yang sedikit tawar.
Jangan risau jika ingin membawa pulang ke Semenanjung dan menaiki pesawat kerana kebanyakan pengusaha ikan terubuk masin di pasar ini mempunyai teknik tersendiri untuk melakukan pembungkusan ikan agar ia boleh dibawa masuk ke dalam pesawat tanpa mengeluarkan bau, basah dan ikan ini mampu bertahan dalam tempoh empat hingga lima hari di dalam kotak berkenaan.
Pasar Tamu Serian
Bandar Serian terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Kuching menjadi destinasi riadah dan lokasi membeli belah pada hujung minggu. Kemunculan pusat komersil serta Pasar Tamu Serian yang terkenal dengan produk serta hasil hutannya membolehkan pengunjung mendapatkan segala jenis keperluan di situ. Di Pasar Tamu Serian terdapat pelabgai gerai-gerai menjual bekalan basah, sayur-sayuran kampung, buah-buahan tempatan dan kuih tradisional Sarawak yang sering dijadikan buah tangan pelancong. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan murah berbanding di kawasan lain.
Buah tempatan yang diberi jolokan buah Kristal Sarawak merupakan ole-ole yang mesti dibeli jika berada di Pasar Tamu Serian ini. Rasanya sangat sedap dan manis, seakan buah laici dan mata kucing.
Kilang Pemprosesan Lada, Sri Aman
Lada merupakan rempah yang digunakan dengan meluas sebagai perasa makanan sejak berkurun lamanya. Di Sarawak, lada telah ditanam sejak tahun 1856 tetapi penanaman secara meluas bermula pada tahun 1900-an. Kini, lada merupakan salah satu tanaman kontan yang penting sebagai punca pendapatan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak. Lada banyak ditanam di beberapa daerah seperti di bahagian Sri Aman.
Jika berada di Sri Aman, jangan lupa untuk singgah ke kilang pemprosesan lada iaitu Aromatic Black Pepper. Terdapat dua jenis lada yang biasa dijumpai di Sarawak sebagai rempah iaitu lada hitam dan lada putih. Kedua-duanya dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua proses yang berbeza. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak di atas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput.
Lada putih pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan. Lada putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih. Pengunjung juga berpeluang untuk membeli lada di sini yang dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding di pasaran.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Payah Pergi Jauh, Gadis ini Kongsi 14 Port Menarik Sekitar KL. Untuk Kaki Selfie, Lighting Memang ‘On Point’!

Minggu ini sudah tentunya ramai yang akan balik ke kampung atau menuju beberapa lokasi menarik untuk menghabiskan cuti tahun.
Bagi yang tidak tahu mahu kemana, anda tak perlu pergi jauh. Apa kata ada terokai sendiri keindahan kawasan sekitar di Kuala Lumpur.
Bukan satu dua tempat menarik, tetapi ada 14 kawasan boleh kita lawati sambil menghayati keindahan dan menambah ilmu pengetahuan.
Perkongsian di laman twitter menggunakan nama akaun @mia san memberitahu 14 lokasi bajet tetapi cantik dan menarik, terutama buat kaki selfie merakamkan gambar kenangan.
1. Taman Eko Rimba KL
Jika naik LRT, boleh berhenti dekat Masjid Jamek or Dang Wangi. Tempat ini sangat bagus dari segi pencahayaan untuk bergambar. Kemudian boleh terus ke KL Tower dan masuk ke sini adalah percuma.
2. Ikea
Turut mempunyai pencahayaan yang bagus, pelbagai sudut menarik boleh dirakamkan dan sesekali duduk di rumah dengan future husband/wife. Juga boleh buat video yang bagus.
3. Superpark, Avenue K
My favourte date ever! Tak perlu jelaskan keserosnokan tempat ini, lihat saja gambar dah tahu tempat terbaik untuk membawa kawan. Hanya RM50 per ticket dan sangat berbaloi.
4. Breakout Avenue K
Sejujurnya Breakout ini lebih bagus dari Escape Room. Banyak perkara menyeronokkan di sini dan harganya juga sangat affordable. Kalau pergi ramai-ramai lagi best.
5. Petrosains KLCC
Boleh pelajari benda baru di sini, bermain games, photoshoot dan juga berangan jadi astronaut. Tempat ini termasuk semua pekerjanya bagus dan peramah.
6. Pasar Seni (lorong panggung)
Dianggap seperti rumah kedua. Banyak gila cool and aesthetic spots untuk kita ambil gambar di sini dengan bantuan pencahayaan yang bagus. Dan juga ada banyak cute cafes and ice cream stall dekat dekat situ.Hanya jalan dan kita akan jumpa.
7. Jalan-Jalan Japan (M3 Mall)
Jika naik LRT just turun station Taman Melati then go straight sampai jumpa M3 Mall. This place is the best thrift store ever!! they have everything! EVERYTHING. yoga mat, posters, Kimono.
8. Dataran Merdeka
Dengan hanya melihat bangunan sudah tahu tempat ini bagus untuk mengambil gambar. Malah kita boleh baca sejarah bangunan ini sendiri. Kemudian langsung terus ke bangunan Sultan Abdul Samad! Timbul semangat nasionalisme.
9 National Textile Museum
Jika naik lrt turun Masjid Jamek dan jalan ke arah Dataran Merdeka. Muzium ini opposite Dataran Merdeka! Boleh ambil gambar dan muzium ini memang sangat COOL! Ada sejarah setiap bangsa yang ada pakaian traditional.
10. The Linc
Ambil LRT and turun dekat Ampang Park Station. This place is full with arts and great spots to take photos too! Banyak restoran di sini. Bagus untuk penuhkan Instagram feed.
11. Pasar Seni Central Market
WAJIB PERGI. Di dalamnya ada fish spa yang sangat cute. Boleh juga beli bunga dengan harga murah di kawasan sekitar. Sebelah CM ini ada jambatan dan di situ juga mempunyai pencahayaan yang baik untuk menghasilkan gambar menarik.
12. KLCC Park
Di sini boleh joging, phototshoot dan barmain di taman kanak-kanak. Untuk yang tiada transport pergi picnic, boleh lepak di sini. Pencahayaan juga cukup, cantik dan senang nak cari orang yang boleh tangkap gambar.
13. Masjid Jamek
Banyak tempat menarik di kawasan sekitar untuk jadi port menarik bergambar. Malah ada bangunan yang juga dilukis dengan lukisan menarik bersebelahan River Of Life. Jangan risau tentang pencahayaan tetap onzz.
14. Bukit Antarabangsa
Ini juga salah tempat yang sangat bagus pencahayaannya. Tetapi kena tahan panas sedikit dan pemandangan memang amazing. Lebih-lebih bila waktu malam. Boleh buat TIKTOK can Do a lil photoshoot here and u know just vibe with ur friends in the car here pun best
Artikel Berkaitan:
Nama Je Duduk KL, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur Mesti Ramai Belum Pernah Singgah Kan?
Makan Dalam Laman Tebu! Port Viral Terbaru Khusus Untuk Instaworthy
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penuh Warna-warni, Great & Grand Sweet Destination, Thailand Taman Tema Idaman Semua. Aiskrim & Candy Di Mana-mana!

Tarikan terbaru yang terletak di Pattaya Thailand ini dikenali sebagai Great & Grand Sweet Destination. Merupakan Kafe Ais Krim Terbesar di Dunia dan Satu-satunya taman tema Candyland di dunia.
Kalau sampai ke sini memang seronok, bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga mempunyai aktiviti-aktiviti menarik untuk diterokai. Pastikan masukkan dalam itinerari anda jika berkunjung ke Pattaya, Thailand, paling best kat sini anda boleh cuba segala jenis aiskrim dan desert yang ada di jual di sini.
Berada di sini, pasti anda akan berasa seperti dalam filem fantasi Willy Wonca & The Chocolate Factory. Setiap sudut boleh bergambar dan merakam kenangan.Memang cantik dan cukup mengujakan.
Terdapat tiga zone yang boleh anda terokai bila berkunjung ke sini:
- Ice Cream Zone – Aiskrim terenak di Pattaya, mereka ada 36 perisa untuk anda cuba!
- Milk Bar Zone – Nikmati cake dan minuman kat sini.
- Photo Zone – Taman tema dipernuhi dengan dessert yang berwarna-warni
Harga tiket:
Kanak-kanak 100cm ke bawah masuk percuma
Kanak-kanak (tinggi 101-135cm) TB66
Dewasa (Isnin-Jumaat) TB99
Dewasa (Sabtu, Ahad & Cuti Umum) TB120
Waktu Operasi
Isnin-Jumaat
8.30am – 6.00pm
Sabtu & Ahad
8.30pm – 7.00pm
Alamat: Great&Grand Sweet Destination
73/12 Moo.3 Nongplalai, Banglamung, Chonburi 20150 Pattaya, Chon Buri, Thailand
FB: Great & Grand Sweet Destination

Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI