Robot Ambik Alih Tugas Konduktor Muzik Orkestra

Share

Dunia kini sudah mula menerima hakikat keupayaan robot ketika teknologi semakin menjarah setiap sisi kehidupan manusia. Ia selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 yang semakin pesat dan berkembang ketika ini.

Robot bukan sahaja dicipta dan direka untuk industri teknologi, namun, pelbagai bidang telah mula mengambil tempat untuk mencuba kegunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) ini.

Menariknya di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebuah robot menyerupai wajah manusia, lengkap dengan tangan, berupaya mengambil alih tugas manusia sebagai konduktor muzik dalam sebuah persembahan orkestra.

Diberi nama Android Alter 3, robot itu kelihatan seperti menari-nari dan membuat gaya tangan yang lincah seperti konduktor muzik manusia meskipun tidak berpakaian dan tidak bertongkat.

Bagi seorang komposer, Keiichiro Shibuya, semakin hari, robot semakin memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Bagaimanapun, baginya, situasi itu berbalik kepada kepada kita sama ada untuk memutuskan bagaimana teknologi kecerdasan mampu menambah baik pengalaman manusia dan android dalam karya seni.

Tugas robot android ini bukan sahaja mengawal tempo dan kelantangan muzik dalam persembahan itu, malah turut sama menyanyi. Persembahan orkestra ini telah dipertontonkan di sebuah bandar, Sharjah dalam satu acara, Sharjah Performing Arts Academy.

Namun kebanyakkan penonton yang hadir mengatakan tugas tersebut lebih baik dilakukan oleh manusia. Konduktor manusia adalah lebih baik berbanding robot. Sentuhan manusia seakan hilang. Ada juga berpendapat robot tersebut kelihatan menyeramkan.

Tak rasa macam menakutkan ke?

Sumber: astroawani

 

IKLAN