Robot dipilih sebagai pengganti kepada pelajar untuk menerima sijil pengiktirafan ketika majlis graduasi di sebuah universiti di Jepun. Ia bertujuan bagi mengekang wabak COVID-19 terus menular.
Inisiatif dan pendekatan kreatif Business Breakthrough University ini seharusnya dipuji walaupun umum mengetahui robot dan negara Jepun bukanlah perkara yang asing. Akibat COVID-19, graduan tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut.
Ads
Robot yang digunakan dijadikan sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen Business Breakthrough University 28 Mac lalu di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo. Sekaligus membantu mahasiswa bergraduasi pada tempoh waktu yang ditetapkan.
Robot tersebut mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah empat graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan. Robot juga memakai jubah dan topi graduasi.
Ads
Ads
Para siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam upacara tersebut melalui aplikasi Zoom di mana mereka dapat menghantar komen dalam masa sama menyatakan perasaan mereka pada majlis tersebut.
Makanan halal dalam pesawat? Bukan semua halal ke? Ha, anda jangan keliru sebab tak semua makanan dalam pesawat adalah halal sebab tak semua syarikat penerbangan datang daripada negara-negara Islam yang menitikberatkan soal halal dalam permakanan.
Kalau anda menaiki pesawat daripada negara bukan Islam seperti Singapura, Vietnam, Hong Kong, China, mereka tidak menyediakan menu makan yang halal sebagai hidangan kepada penumpang muslim mereka.
Tahukan anda, sebenarnya anda boleh membuat tempahan makanan halal sekiranya berasa was-was dengan makanan yang disediakan di dalam pesawat? Selain daripada membuat tempahan makanan halal, anda juga boleh membuat tempahan makanan yang khas sama ada disebabkan oleh masalah kesihatan ataupun kepercayaan agama.
Makanan yang ditempah khas ini akan dihidangkan terlebih dahulu daripada makanan biasa dan bagaimana caranya untuk membuat tempahan tersebut? Caranya ada tiga:
Kebanyakkan syarikat penerbangan membenarkan anda membuat tempahan secara online. Caranya mudah, sebagai contoh Singapore Airline, anda hanya perlu klik ‘manage booking’ dan, selepas itu anda dikehendaki memasukkan nombor booking dan email atau nama keluarga atau nama pertama.
Kemudian, pergi ke ‘special request/special meal’ dan pilihlah makanan yang diperlukan. Jika sudah membuat tempahan secara online, kebiasanya anda tidak perlu lagi menghantar email atau membuat panggilan telefon.
Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang tidak menerima pesanan makanan khas secara online. Contohnya adalah China Southern Airlines, Ukraine International Airlines dan banyak lagi.
Untuk mengetahui alamat email syarikat penerbangan tertentu, anda boleh taip ‘customer service Vietnam Airlines’ atau anda boleh dapatkan di website syarikat penerbangan tersebut di bahagian ‘contact’.
Semasa anda menghantar email pastikan dibahagian tajuk anda menulis seperti Re: Muslim Meal (nombor booking). Antara ayat yang boleh anda gunakan adalah:
“I would like to request a muslim meal for my flight to XXXX on XXXX. The booking number is XXX and the passenger name is…”
Biasanya email akan dibalas dalam masa 24 jam (bergantung kepada syarikat penerbangan).
Cara yang terakhir adalah dengan membuat pangilan telefon. Cara untuk mendapatkan nombor telefon adalah sama dengan cara mendapatkan email. Pastikan anda bersedia dengan nombor booking penerbangan.
Mudahkan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sekiranya anda risau untuk berhadapan dengan situasi tersangkut dalam kesesakan jalan raya menjelang apa-apa hari perayaan atau cuti umum, usah khuatir sahabatku. Sebab kesesakan jalan raya paling lama menjelang musim perayaan terutamanya ambang Syawal lebih kurang 16 jam sahaja.
Anda tahu tak kesesakan di mana yang paling lama di dunia pernah di rekodkan? Di China. Kesesakan jalan raya yang mengambil masa sehingga 11 hari sepanjang 120 kilometer membabitkan lebih 10,000 kenderaan di Lebuhraya Beijing-Tibet pada tahun 2010!
Punca utama penyebab kesesakan lalu lintas yang dahsyat ini adalah disebabkan kerja-kerja di atas jalanraya yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan. Mereka cuba untuk mengurangkan kesesakan tapi end up kesesakan berlaku dengan lebih teruk lagi.
Selain daripada itu, punca lain yang menjadi faktor penyumbang kesesakan selama 11 hari itu juga adalah disebabkan pemandu yang tertidur dalam kenderaan! Anda bayangkan, kesesakan yang berlaku hingga menyebabkan ada pemandu yang tertidur akibat kepenatan yang amat sangat sewaktu kejadian.
Menurut sumber berita, kesesakan yang berlaku di Utara Beijing banyak melibatkan trak yang mengangkut arang batu dan makanan ke Beijing. Kesesakan bermula pada awal bulan Ogos tahun itu apabila ada beberapa bahagian jalan sepanjang lebuhraya itu dalam proses pembinaan.
Walaupun kesesakan pada mulanya dapat dikawal apabila beberapa kerja-kerja pembinaan dapat diselesaikan, namum berlakunya kemalangan di lebuhraya berkenaan, langsung menyebabkan kesesakan berlarutan menjadi 30 kilometer panjang sebelum akhirnya menjadi 120 kilometer.
Kalau anda yang berada di tempat kejadian, apa tindakan anda?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Syarikat Walt Disney mengumumkan bahawa mereka akan menyumbang sejumlah US$5 juta bagi membantu pembinaan semula Katedral Notre-Dame di Paris yang musnah dijilat api, memetik kenyataan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney, Robert A. Iger.
“Notre-Dame adalah lambang harapan dan keindahan yang telah terpahat dalam sanubari Paris dan merupakan jiwa Perancis sejak berabad lamanya, membangkitkan rasa kagum dan rasa hormat terhadap kesenian serta seni binanya selain mampu bertahan sekian lama dalam sejarah manusia. Syarikat Walt Disney berdiri bersama-sama rakan dan jiran kita dalam komuniti, dan menawarkan sokongan tulus kami serta sumbangan sebanyak US$5 juta untuk kerja-kerja pemulihan karya agung yang tidak mempunyai pengganti ini,” katanya.
Notre Dame dianggap sebagai contoh seni bina terbaik Gothik Perancis terbaik yang menerima kira-kira 12 juta pelawat setiap tahun. Mercu tanda bersejarah berusia 850 tahun itu rosak teruk dalam satu kebakaran pada awal minggu lalu.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga telah berjanji untuk membina semula katedral itu selepas insiden kebakaran tersebut. Dua hari selepas kebakaran dahsyat itu berlaku, hampir satu bilion dolar disumbangkan penderma dari seluruh negara, termasuk beberapa syarikat besar.
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...