Kampung Baru terletak di tengah-tengah hutan batu dan konkrit Kuala Lumpur melambangkan kehidupan masyarakat Melayu yang unik kerana ia satu-satunya perkampungan Melayu yang wujud selepas pembangunan.
Berikutan pembangunan pesat, Kampung Baru dihimpit bangunan moden dan pencakar langit. Namun ada beberapa buah rumah di Kampung Baru yang masih mengekalkan keunikan dan keaslian seni bina rumah tradisional Melayu menjadi identiti asal. Antaranya sebuah rumah yang dipanggil ‘Rumah Biru’ dalam kalangan penduduk tempatan.
image via google
Rumah biru ini juga seringkali dipilih sebagai lokasi penggambaran untuk beberapa buah filem dan rancangan televisyen.
Siapa tahu rumah ni. Ni la rumah Mama Long yang Filem Adnan Sempit dan Rempit berlakon. Rumah berusia lebih 80 tahun. Dulunya agak tinggi sekarang dah direndahkan sebab dulu-dulu selalu banjir. Nota untuk semua ya.
Ads
Rumah ni punya penghuni. Pemiliknya masih tinggal di situ, sekiranya anda nak berfoto, biarlah beradab.
Datang bagi salam & minta keizinan.
Datang la waktu yang sesuai.
Sampah jangan la buang merata sebab kebersihan rumah ni dijaga oleh tuan rumah yang dah berusia 60 tahun bukan ardener atau DBKL.
Sebab tadi Mama Long cerita,
Ads
Ada yang datang jam 1 ke 2 pagi (yang ni dalam 24 org).
Ada yang ketuk pintu jam 11malam, siap minta bukakan lampu luar sebab nak amik gambar.
Buang pampers anak bawah kereta dia kat laman rumah.
Ada yang datang time Maghrib.
Allahu..Nak tumpang toilet memang dia tak kan bagi sebab dia tak tau siapa yang datang tu, baik atau tidak. Dia juga perlu berhati-hati walaupun dalam rumah dia tu ramai.
Lepas ni kita datang rumah orang biarlah beradab. Jaga tatasusila, common sense la . Apa-apa pun, nice view.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nipoh Beach Cottage ini antara tarikan terbaru di Terengganu yang agak unik dengan konsep ala Bali seperti di Indonesia.
Tempat ini menawarkan 15 bilik penginapan secara keseluruhan untuk keluarga yang nak stay pada hari biasa atau hari minggu.
Untuk pemandangan dalam biliknya, anda boleh rujuk dalam gambar ini. Dihiasi dengan barangan perabot yang diperbuat daripada rotan, gaya klasik yang pasti akan membuatkan anda mengimbau kenangan hidup tahun 90-an.
Menariknya resort ini mempunyai 2 kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi boleh lah anda mandi pool sambil menikmati alam semula jadi.
Terdapat sungai di sebelah resort untuk korang melakukan pelbagai aktiviti seperti kayak dan memancing ikan.
Sekiranya ada plan bercuti ke Pantai Timur, boleh lah singgah ke sini nanti.
Nipoh Beach Cottage, 287-2 Kampung Che Wan, Kijal, 24000 Kemaman, Terengganu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perayaan Songkran atau pesta air yang berlangsung setiap tahun di Thailand telah dibatalkan bagi mengelak perhimpunan massa dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negara itu.
Rakyat Thailand meraikan Songkran, perayaan tradisi tahun baharu dari 13 hingga 15 April, yang menyaksikan orang ramai menembak air ke arah satu sama lain di bawah matahari terik selain berkunjungi ke kuil untuk bersembahyang dan melakukan upacara memberi persembahan. Setiap tahun, beribu-ribu pelancong menyertai penduduk tempatan dalam acara tersebut serta aktiviti lain sempena Songkran.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin mengulangi seruannya menggesa rakyat di negara itu mengamalkan jarakan sosial, terutama semasa sambutan tahun baharu tradisional Thailand, Songkran dari 13 hingga 15 April, yang telah ditangguhkan ke tarikh lain pada tahun ini.
Perdana Menteri Jen Prayuth Chan O-Cha turut menggesa rakyat Thailand tidak mengambil bahagian dalam sebarang sambutan tidak rasmi Songkran. Walau bagaimanapun masih ada segelintir rakyat Thailand yang degil dan tidak menghiraukan arahan tersebut dengan meneruskan sambutan Songkran di kawasan mereka.
Dalam pada masa yang sama, tular sebuah posting di Thailand perbezaan ‘respon’ yang diberikan oleh rakyat ketika Pemimpin Tertinggi di Thailand dan Malaysia sedang mengadakan perutusan khas COVID-19. Jika di Thailand, kebanyakkan rakyat menghantar tanda ‘marah’ ketika Perdana Menteri mereka berucap secara langsung. Berbanding di Malaysia, ketika Perdana Menteri memberi ucapan, rata-rata rakyat menghantar tanda ‘cinta’.
Labuan digelar Mutiara Borneo dan menjadi sebuah pusat perdagangan dan kewangan disegani.
Terletak kira-kira 10 kilometer dari pantai Sabah, Labuan diletakkan dalam Wilayah Persekutuan diisytiharkan pusat kewangan luar pantai pada 1990 dan menjadi pelabuhan bebas cukai sejak 1956.
Labuan mempunyai pelbagai daya tarikan istimewa, dengan panorama pantai yang indah untuk menyaksikan matahari terbenam dan aktiviti rekreasi air, snorkeling dan lawatan ke pulau-pulau.
Kedai Bebas Cukai
Tahu tak Labuan turut menjadi destinasi percutian tumpuan pelancong kerana zon bebas cukainya bebas cukai yang menyediakan pelbagai jenis barangan antaranya coklat, makanan dan tembakau yang dijual murah.
Walaupun coklat banyak dijual di tempat lain, istimewanya produk di kedai bebas cukai itu jarang ditemui di tempat lain. Malah, ada antaranya memang boleh ditemui di situ saja.
(War Cemetery Labuan) Memorial Perang Dunia Kedua
Memorial Perang Dunia Kedua di Labuan ini adalah yang terbesar di Malaysia dan menjadi saksi kepada persemadian 3,908 askar yang terkorban pada Perang Dunia Kedua.
Ia adalah tempat utama bagi sambutan Hari Peringatan dan upacara tahunan bagi menghormati wira perang, dijalankan dengan penuh tradisi ketenteraan.
Peace Park (Taman Damai)
Merupakan salah satu tempat wajib bagi pengunjung jika datang ke Labuan. Taman Damai yang tenang di Kampung Layang-Layangan ialah simbol keamanan dan harmoni yang diserikan dengan jambatan gaya Jepun, kolam dan landskap menarik. Taman Damai ialah tanda penghormatan bagi mereka yang bertarung nyawa di Borneo ketika Perang Dunia Kedua.
Surrender Point (Tugu Penyerahan Jepun)
Di sebelahnya ialah Tugu Penyerahan Jepun iaitu tempat Angkatan Tentera Jepun ke-37 menyerah kepada Angkatan Tentera Diraja Australia pada 10 September 1945. Penyerahan penuh bersejarah itu menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua di Borneo. Tugu itu dilancarkan semula pada 2011 dan ia didirikan bagi memperingati askar yang berjuang untuk kebebasan Borneo, sekali gus menamatkan perang.
Muzium Chimney
Ia adalah bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang berusia lebih seabad.
Muzium itu agak unik kerana berdasarkan namanya ramai menganggap ia berfungsi sebagai cerobong asap. Namun, tiada kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam.
Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil & Pulau Kuraman
Pulau Rusukan Besar merupakan salah satu daripada pulau yang telah digazetkan sebagai Taman Laut Labuan sejak tahun 1994. Terdapat tiga buah pulau yang telah digazetkan oleh kerajaan Labuan iaitu Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman. Ketiga-tiga pulau ini terletak berdekatan antara satu sama lain.
Memandangkan pulau ini dikategorikan sebagai taman laut, segala aktiviti yang mengancam dan mengganggu gugat kesejahteraan hidupan marin seperti memancing, memukat dan menangkap ikan adalah tidak dibenarkan.Persekitaran yang cantik dengan suasana yang menyegarkan serta air laut membiru serta jernih menjadi antara daya penarik kepada orang ramai untuk datang ke pulau-pulau ini.
Pulau Rusukan Besar juga dikenali sebagai lokasi pemuliharaan penyu sejak 2011, manakala pemulihan batu karang di sini pula bermula sejak 2015. Antara aktiviti yang menjadi perhatian pengunjung ialah berenang, snokerling serta menikmati keindahan panorama yang ada.
Jika di Pulau Kuraman Besar pula, pengunjung juga boleh berjalan mengelilingi pulau yang mengambil masa kira-kira satu jam sahaja. Selain daripada pelbagai aktiviti, terdapat juga banyak kemudahan yang disediakan buat pengunjung seperti tandas awam, calet, tapak barbeku dan balai informasi pulau.
Pantai Pancur Hitam
Pasti tidak lengkap rasanya jika datang ke Labuan jika tidak menikmati panorama matahari terbenam yang sungguh mempesonakan. Persekitaran Labuan dikelilingi laut menyebabkan kawasan pantai sering menjadi tumpuan pengunjung terutama di hujung minggu untuk menyaksikan fenomena semula jadi itu. Antara pantai terkenal di Labuan ialah Pantai Pancur Hitam.
Pantai Layang-Layang
Pantai Layang-Layangan mempunyai air yang jernih dan pantai yang bersih. Pantai Layang-Layangan turut menjadi tumpuan untuk bergambar kerana di hujung pantai itu terdapat sepohon pokok yang tumbuh di atas batu dan hanya dapat dilihat dengan lebih dekat ketika air surut.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...