Sesekali cari tempat untuk camping yang santai dan sesuai untuk anak-anak mesti buat mereka seronok. Dapat berendam dalam sungai, ada pula kolam renang puaslah mereka bermain dan berendam sepanjang hari.
Memilih Etaman Dusun Stay yang terletak di Tanjung Malim sebagai lokasi daytrip, Ibah Abdullah dan keluarga meluangkan masa sehari di sini dengan teruja. Lengkap dengan kolam renang dan juga sungai yang cetek, selamat untuk anak-anak bermain, memang puas berendam sambil piknik seharian di sini.
Fasiliti yang ada di sini juga lengkap dan baik, malah pemilik tempat ini juga turut menyediakan sewaan pelampung dan juga ruang parkir yang luas untuk pengunjung yang datang.
Nak tengok apa yang best kat sini, ikuti perkongsian daripada Ibah Abdullah
Ada Sungai, Ada Kolam. Syurga Anak Anak
Etaman Dusun Stay Tanjung Malim
5 Feb 2023 | Picnic Daytrip
Ads
Laluan sama untuk ke Fruit Farm Camp. Dekat sikit dari simpang masuk. Sungai luas, tenang, jernih & cetek. Selamat untuk budak. Boleh monitor dari jauh je.
Sungai berarus walaupun tak deras sesuai untuk water tubing santai. Sakan budak seronok ulang alik angkut pelampung. Hat tua pun sama rancak
Ada juga area sungai yang dalam untuk dewasa.
CO Kak Ita & anak anak sangat cekap, mesra & helpful. Sampai gate terus sambut atur parking. Layanan first class.
Ads
Selain camping, sini pun ada chalet. Surau, tandas, sinki basuh pinggan & bilik mandi semua bersih.
Tapak khemah RM70/5 pax. Additional RM3/pax. Termasuk parking satu kereta, utility, penggunaan air, toilet, sampah, plugpoint.
Jika anda mencari homestay private pool di Kelantan, Fearell Nest Tiny Villa adalah yang terbaik. Suasana ala Bali yang direka khas buat tetamu pasti akan mencipta moment yang indah bersama keluarga.
Lokasi yang terletak di Salor, Pasir Mas Kelantan ini mampu memuatkan jumlah dalam 2 hingga 6 orang sahaja. Tetapi kalau anda mempunyai anak-anak yang suka main air dan mahukan private pool, ini tempat yang sesuai.
Apa yang menarik, tempat ini juga mempunyai kemudahan dapur untuk anda memasak, tempat BBQ, water dispenser dan microwave. Seronok lah kalau rajin buat aktiviti di sini.
Nah, cuba lihat ruang biliknya! Simple tetapi ckup tenang dengan berkonsepkan ala Bali.
Kemudian anda boleh tengok dekorasi ruang di dalam rumah, memang cun! Tandas dan laman untuk berehat juga bersih dan selesa.
Alang-alang dah datang jauh ke negeri pantai timur, lebih baik anda terus booking tempat untuk healing bersama keluarga tersayang. Baru berbaloi!
Fearell Nest Tiny Villa, Pasir Mas, Kelantan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap kali hujung minggu jika ada masa terluang, ramai yang memilih untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga atau teman-teman di beberapa resort penginapan berhampiran yang selesa. Rata-rata akan mula scroll aplikasi penginapan yang menawarkan harga yang menarik dan lokasi yang menyeronokkan. Salah satu elemen penting dan bonus untuk anda jika terjumpa destinasi penginapan yang mempunyai fasiliti kolam renang.
Janda Baik di Bentong Pahang sering menjadi destinasi pilihan percutian jangka pendek hujung minggu. Tarikan alam semula jadi menjadikan ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahu lari seketika daripada kesibukan kota. Selain itu lokasi Janda Baik juga tidak terlalu jauh. Hanya terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari ibu negara menggunakan susur keluar Genting Sempah.
Ini pilihan penginapan menarik yang ada disekitar Janda Baik yang mempunyai kemudahan kolam renang. Memang best bawa anak-anak!
Villa Embun menampilkan reka bentuk ala Bali. Elemen kayu, ruang dan privasi menjadi keutamaan dengan setiap vila mempunyai ruang legar luas, siling tinggi serta dipisahkan dengan tembok tinggi. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah rumah kelab, ruang mesyuarat dan seminar, gimnasium, restoran, barbeku serta pakej-pakej istimewa seperti majlis perkahwinan, percutian berbulan madu dan percutian keluarga.
Untuk ke vila, pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri hingga ke kawasan khas sebelum dibawa ke kawasan vila di puncak bukit menggunakan kenderaan buggy. Selain memudahkan pengunjung ke vila, cara itu adalah antara polisi Embun untuk mengelak gangguan bunyi, pencemaran asap, kesesakan trafik serta menjaga privasi pengunjung.
D’Villa Janda Baik salah satu penginapan hujung minggu pilihan ramai. Berjalan di sekitar D’Villa, pengunjung pasti akan terpesona dengan susunan landskap yang mengenengahkan elemen tumbuhan. Dikelilingi alam hijau, setiap bilik di sini mempunyai konsep tertentu iaitu Rainforest Rooms, European Premier Room, Modern Premier Room, Modern Family Room dan yang paling istimewa sekali adalah Balinese Executive Room. Paling menarik pastinya tumpuan akan diberikan kepada kolam renang yang disediakan khas untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Aman Rimba Private Estate mampu memberikan kedamaian kepada tetamunya yang ingin lari jauh dari kesibukkan kota. Berkonsep reka bentuk kampung Melayu tradisional, vila ini terletak di tepi Sungai Benus yang mengalirkan air jernih.
Setiap villa di Aman Rimba Private Estate menjanjikan ‘feel’ yang berbeza dari sudut rekaan iaitu bercirikan rumah tradisional Melayu sehinggalah moden kotemporari. Sementara lanskap pula bercirikan tropikal dan ala Bali. Kemudahan kolam renang yang disediakan memberikan anda peluang bersantai sambil menghayati alam sekitar.
Saufiville Boutique Resort terletak di disebuah kawasan bukit tinggi di Janda baik. Pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke kawasan ini. Paling menarik resort ini menawarkan kemudahan kolam renang infiniti dengan pemandangan bukit bukau yang menghijau.
Walaupun berada pada suhu sekitar yang agak sejuk, sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kolam renang ini anda akan dapat rasakan suhu di dalam kolam renang ini sangat suam dan begitu selesa. Terdapat beberapa buah bilik yang ditawarkan mengikut bajet anda. Resort ini juga menerima tempahan daripada tetamu luar yang datang semata-mata untuk menjamu selera sahaja tanpa perlu menginap.
Danau Daun Chalets dibina di atas sebidang tanah yang penuh dengan rawa, pokok dan biodiversiti tropika.
Di resort ini terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan iaitu Teratak Air (lengkap dengan kolam renang peribadi di kaki bukit), Hillside Cottage, Danau Daun I & II (terletak di tepi kolam ikan) dan Danau Daun III (memiliki kolam peribadi dan terletak di sebalik kafe).
Serene Retreat berkonsepkan Bali terletak di sekitar Arena of Stars dan juga tokong Gua Chin Swee. Serene Retreat menawarkan 7 buah bilik yang masing-masing lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar dan pemandangan mendamaikan tanpa mengira masa. Beberapa aktiviti seperti kolam renang, basikal dan barbeku juga disediakan di lokasi ini.
Naaah! Ada dapat idea tak nak berlibur hujung minggu di mana minggu ni? Pilihan penginapan di sini memang menarik bukan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ridel Hotel Kota Bharu (RHKB) terletak di tepian Sungai Kelantan dan menghadap aliran sungai yang mendamaikan mata dan jiwa. Mempunyai 85 bilik tamu, dewan seminar dan satu premis makanan dan minuman (Warung Dimsum Haji Loh) yang menawarkan harga mampu untuk semua, RHKB dikelaskan sebagai hotel kelas dua bintang.
Secara fizikal RHKB merupakan sebahagian daripada blok A, Pelangi Kondominium yang terletak di tepi Sungai Kelantan. RHKB menawarkan pelbagai kategori bilik tamu bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, TV satelit, pancuran air panas, WI-FI percuma, telefon dalaman & kemudahan membancuh minuman. Turut disediakan mesin air minuman Coway di lobi & kawasan lapang kawasan bilik.
Harga bilik bermula dari RM99 sehingga RM199 bagi tahun 2017. RHKB turut menyediakan empat dewan untuk ditempah samada majlis keraian ataupun seminar. Dewan ini boleh memuatkan sehingga 170 orang tetamu.
Pelancong yang menginap di RHKB berpeluang melihat suasana yang tenang Sungai Kelantan yang menjadi laluan utama bot penambang dari hotel ke Kampung Laut yang terkenal dengan industri pembuatan makanan tradisional seperti serunding, dodol dan lain-lain. Perjalanan bot ke Kampung laut mengambil masa 15-20 minit dengan harga tambang RM 1 adalah amat berbaloi & menjadi antara tarikan pelancong ke sini.
Selain itu, pelancong yang menginap disini berpeluang untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang sungguh mengasyikkan. Terdapat deretan kerusi dan meja disediakan bagi pelancong beristirehat sambil menjamu selera disini. Terdapat empah buah restoran yang menawarkan menu-menu istimewa untuk dipilih oleh pelancong iaitu Warung Dimsum Hj Loh, River View Steak, Ali Baba Roti Tempayan & Oriental Kopitiam.
Pelancong juga sering memilih RHKB sebagai pilihan memandangkan lokasinya berdekatan dengan tempat-tempat menarik dengan jarak 10-15 minit berjalan kaki. Antaranya adalah Menara Tinjau, Masjid Negeri atau Masjid Muhammadi , Pasar Siti Khatijah, Muzium Perang, Muzium Islam, Istana Batu, Kampung Kraftangan dan lain-lain.
Jarak kurang dari 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra turut menjadi faktor utama RHKB menjadi pilihan utama hotel bajet di sini. Kawasan parkir kenderaan turut disediakan disekeliling hotel yang mana boleh memuatkan dua buah bas pada satu masa memberi kelebihan kepada RHKB untuk menerima tempahan secara berkumpulan dari agensi pelancongan Malaysia, Thailand & Singapura.
Kelainan RHKB pastinya tidak akan menghampakan pelancong yang menginap disini dan kebanyakan pelancong yang menginap disini akan datang kembali setiap kali bercuti di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Sesiapa yang berminat untuk menginap di RHKB, bolehlah muat turun app OYO Rooms di sini, hubungi talian 09-747 7000 atau melalui whatsapp 019-917 9773 untuk tempahan awal. www.ridelhotel.com.my
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut tentang Curaçao, antara perkara pertama yang pasti terbayang ialah deretan bangunan berwarna-warni di tepi laut. Itulah pesona Willemstad, ibu negara Curaçao yang...