Kunjungan ke Kuantan tidak lengkap jika tidak singgah ke Teluk Cempedak yang menjadi antara destinasi pantai pelancongan dan kawasan riadah paling popular di Pahang. Kawasan pelancongan itu bertambah sesak ketika hujung minggu dan musim cuti sekolah.
Ads
Nama Teluk Cempedak atau jolokannya TC dalam kalangan penduduk tempatan cukup dikenali kerana menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sama ada sendirian atau bersama keluarga seperti berkelah, mandi laut, atau sekadar bersiar-siar di pantainya sambil menghirup bayu laut. Pada sebelah malam, suasana di Teluk Cempedak lebih meriah dengan pelbagai gerai jualan dan persembahan seni pemuzik jalanan. Memang 'port' yang sangat layan untuk bersantai.
Teluk Cempedak menjadi tempat tinggalan sejarah lama berikutan kewujudan satu kubu dipercayai dibina oleh pihak British dalam usaha mereka mempertahankan kawasan itu daripada serangan tentera Jepun pada 1941. Kubu berkenaan dijaga rapi dan sedikit sebanyak membangkitkan nostalgia penduduk tempatan akan sejarah penjajahan di Tanah Melayu.
Bagi anda yang ingin bermalam di Teluk Cempedak, terdapat banyak hotel dan resort mengikut bajet poket masing-masing sedia untuk ditempah bila-bila masa sahaja. Ramai yang memilih untuk menginap di hotel yang mempunyai view pantai yang indah.
Kalau nak tahu, Teluk Cempedak memiliki pantai yang cantik dan berpasir putih. Memang sesuai untuk membawa anak-anak kecil untuk membina istana pasir di sini. Selain itu, batu-batu besar semula jadi pelbagai bentuk dan saiz menjadi antara dekorasi menarik di pesisir pantai. Kedudukan Teluk Cempedak juga berhampiran Hutan Simpan Beserah yang masih kaya dengan khazanah flora dan fauna. Turut disediakan trek menjejak denai di hutan ini bagi penggemar aktiviti mendaki. Panorama semula jadi longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang landai dan memutih ini pastinya akan memberi sudut gambar yang cantik.
Ads
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur, agar sukar untuk mencari tempat makan yang istimewa bercirikan ‘nature’. Namun jika anda ke Restoran Bbq Lamb KL Kemensah pasti kemahuan anda itu akan tertunai. Uniknya lokasi makan ini dikelilingi alam hijau dan bonus terdapat air sungai semulajadi yang mengalir perlahan.
Ramai yang berasa teruja apabila berpeluang menikmati makanan di Bbq Lamb KL Kemensah iaitu lokasi menjamu selera di tepi sungai. Anda bukan sahaja berpeluang menjamu selera hidangan barbeku pada tengah hari, malah berasa seronok apabila dapat mencelup dan merendamkan kaki ke dasar air sungai yang menyegarkan.
Bagi pelanggan yang datang membawa anak-anak pula, anda boleh membenarkan mereka bermain air di sini iaitu kawasan sungai yang cetek dan tidak membahayakan
Jika anda memilih meja makan untuk menjamu selera di dalam sungai, ia mula beroperasi dari jam 12 tengah hari sehingga 5.30 petang sahaja. Ia boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa. Selepas tempoh itu pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di dalam kawasan restoran tepi sungai yang dibuka sehingga jam 10 malam.
Selain ‘cara menarik’ makan di dalam sungai, semua jenis menu yang ditawarkan kepada pelanggan menggunakan cara memasak serta ramuan istimewa.
Kambing adalah pilihan utama di sini. Ia akan diasap di dalam rumah asap ini antara lapan hingga 10 jam lamanya. Kemudian jika telah mendapat pesanan daripada pelanggan, menj utama akan dipanaskan di atas arang seperti barbeku. Jadi anda tidak akan menunggu lama untuk menikmati makanan masing-masing. Hidangan akan sedia terhidang dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja.
Macam menarik kan? Jika anda tidak makan menu kambing, pelbagai pilihan sajian lain yang ditawarkan seperti menu ayam dam makanan laut. Jom la singgah ke sini.
Mendengar nama Sungai Amazon sahaja ramai yang mengetahui bahaya dan rahsia alam ngeri yang menanti di sepanjang sungai yang melintasi beberapa negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, Brazil, Bolivia, Venezuela, Ecuador,dan Guyana.
Jika diabadikan di dalam filem-filem atau dokumentari, Sungai Amazon seringkali dimomokkan serta dikhabarkan sebagai sungai yang sangat bahaya di dunia dan perlu dielakkan untuk dikunjungi. Mana tidaknya, kawasan disekitar Sungai Amazon didiami oleh komuniti peribumi yang masih tidak mengecapi arus permodenan. Mereka masih mengamalkan cara hidup kuno seperti memakan daging manusia dan sama sekali tidak menerima dan mengalukan kedatangan orang luar.
Selain itu, hutan dan sungai Amazon juga terkenal dengan haiwan pembunuh seperti ikan pirana, annaconda, buaya, serangga beracun dan binatang-binatang buas yang lain. Ada sebab atau tidak untuk anda menghabiskan masa selama hampir tiga tahun semata-mata untuk bersiar-siar di sepanjang sungai hutan Amazon? Semestinya ia kerja gila jika anda mempunyai impian untuk bercuti di sini!
Namun, seorang warga Britain, Ed Stafford membuktikan itu bukan perkara mustahil. Pada tahun 2010, dia yang berumur 34 tahun ketika itu mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 860 hari.
Setelah meninggalkan dunia ketenteraan dan berpangkat seorang kapten, dia berasa sangat bosan dengan rutin pekerjaannya di pejabat. Ketika itu ada seorang rakan sekerja yang memberitahunya bahawa belum ada lagi manusia yang pernah dan ingin untuk berjalan disepanjang Sungai Amazon. Ed Stafford menganggap kenyataan rakannya itu sebagai satu cabaran pada dirinya.
Akhirnya dia tekad untuk melepaskan jawatan dan melakukan misi gila saranan rakannya. Ed Stafford bersama seorang rakan baiknya, Luke Collyer telah memulakan perjalanan pada 2 April 2008, meninggalkan Samudera Pasifik di bahagian selatan Peru. Pada awalnya, Ed Stafford merasakan bahawa perjalanan menjelajahi hutan sungai Amazon itu akan memakan waktu sekitar satu tahun, namun anggapannya itu ternyata silap.
Pada satu ketika di Peru, sekumpulan komuniti orang asli telah menangkap dan memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh haiwan sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan. Luke Collyer pulang ke rumahnya setelah hanya mampu bertahan tiga bulan menjelajah bersama Ed Stafford. Mungkin rakannya beranggapan misi ini mustahil dan tidak patut diteruskan demi keselamatan diri
Namun, Ed Stafford tetap ingin meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui seorang pekerja renjer hutan Peru, Sanchez Rivera. Setelah dipujuk Sanchez Rivera yang berumur 31 tahun sedia untuk membantunya sebagai penunjuk arah dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.
Sepanjang perjalanan, Ed Stafford dan Sanchez Rivera terpaksa berhadapan dengan pirana, ular anaconda, pusaran air, arus banjir, hujan tanpa henti, digigit ribuan nyamuk, dan penyakit berjangkit. Mereka juga perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada buaya Caiman yang panjangnya hingga 18 kaki.
Mereka berdua hidup dengan memakan pirana dan bahagian dalam pohon palm, serta berhenti seketika diperkampungan orang asli yang dikenali Sanchez Rivera di sepanjang sungai. Tetapi ancaman terbesar adalah masyarakat pribumi disitu yang telah dianiaya selama puluhan tahun oleh penguatkuasa wilayah, sehingga kaum ini sering curiga dan sering melakukan kekerasan kepada pengunjung asing.
Namun demikian, selama dua setengah tahun Ed Stafford tidak menyerah. Mungkin kerjaya sebagai seorang tentera pada masa lalu banyak membantunya untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun sukar. Dia bersusah payah berenang, naik semula ke batas disepanjang tepian sungai dan melangkah secara perlahan sambil menebas hutan dengan parang.
Kira-kira 85 kilometer lagi berjalanan sebelum tiba di lokasi penamat, Ed Stafford pengsan akibat kepenatan melampau. Walau bagaimanapun dia tetap menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.
Ketika hampir tiba di lokasi penamat, Ed Stafford dan Sanchez Rivera kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim Brazil, yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.
Segala pengalaman indah dan detik sukar untuk menjadi manusia pertama berjalan menyusuri Sungai Amazon ini telah dibukukan dalam sebuah jilid berjudul Ed Stafford Walking The Amzon.
Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan. Sepanjang misi bahaya ini dia mendapati bahawa banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca.
“Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya,” katanya.
Sesekali layan juga kalau pilih rumah percutian di Pulau Pinang, boleh jamu mata dengan suasana persekitaran penginapan.
Selain daripada hotel dan homestay, anda juga boleh menginap di rumah percutian ketika berkunjung ke Pulau Pinang.
Rumah Percutian di Pulau Pinang
Berikut adalah senarai 10 rumah percutian yang berbeza jenisnya di Pulau Pinang untuk rujukan anda. Sesuai untuk kumpulan kecil dan besar.
Malihom Private Estate Hotel
Kiri NT, 168, Jalan Bukit Penara, Mukim 6, 11000 Balik Pulau, Penang
+6012-4285191 Harganya: RM450-RM600 (Berdasarkan tarikh daftar masuk anda) 2-6 orang
Boulder Valley
8, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang
+6019-977 8995 Harganya: RM344-RM990 (Berdasarkan tarikh daftar masuk anda) 2-6 orang
Fig Tree Hill Resort
JI. Kenari, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
+6019-362 0270 Harganya: RM855-AM1218 (Berdasarkan tarikh daftar masuk anda) 2-6 orang
Bao Sheng Durian Farm
150 MK2 Sungai Pinang Balik Pulau, 11010 Penang, Pulau Pinang
+6012-411 0600 Harganya: RM806-RM847 (Berdasarkan tarikh daftar masuk anda) 2-2-6 orang
Yi Villa
Lot 2284, JIn Sungai Lembu, Jalan Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
+6010-3912932 Harganya: RM1880-RM2380 (Berdasarkan tarikh daftar masuk anda) 8-16 orang
Jadi, kalau anda sampai Pulau Pinang, boleh lah ubah suasana dengan menginap di beberapa tempat ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...