Sadisnya. Anak Panda Maut Terjerut Tali Ketika Bermain

Share

Seekor anak panda ditemukan mati dipercayai akibat lemas selepas lehernya terjerut dengan tali, di pusat konservasi panda di barat daya wilayah Sichuan, China, minggu lepas.

Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China itu berkata, anak panda betina berkenaan dilahirkan pada 10 Ogos 2019, tinggal di pusat pembiakan Shenshuping, di rizab alam semula jadi Wolong.

Kira-kira 2 pagi, 9 April 2020, anak panda itu bermain bola yang digantung pada tali sebelum ditemukan mati oleh pekerja pusat berkenaan dengan tali terbelit pada leher dan kaki depannya, kira-kira 9 pagi.

Kejadian itu amat menyedihkan dan kami mengakui gagal menjamin keselamatan panda, kata pusat berkenaan.

Justeru, aspek pemeriksaan keselamatan akan diperkukuh dan menilai keberkesanan kemudahan sedia ada serta meningkatkan rondaan pada waktu malam untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Sumber:Xinhua | Bernama

IKLAN