Melihat kepada permintaan yang menggalakkan dalam kalangan peminat makanan Arab, pemilik Restoran Pollo Mendi, Mohd Fadzil Hashim telah berjaya membuka sebuah restoran dengan dua citarasa berbeza.
Menurut Fadzil, idea ini bukanlah dibuat secara spontan. Sebelum restoran ini dibuka kita telah menilai dari pelbagai aspek.“Malah nama restoran ini juga diambil sempena gabungan perkataan Itali dan Arab.
“Walaupun banyak restoran berasaskan makanan Arab di kawasan Lembah Klang ini, saya percaya Pollo Mendi wajib menjadi lokasi pilihan pengunjung kerana menu yang terdapat di sini sangat menepati selera.
“Gabungan resipi yang istimewa dari beberapa chef berpengalaman ini menjadikan kita antara restoran pilihan keluarga,” katanya.
Menu yang menjadi tarikan utama di restoran ini adalah Chicken Mandy dan Lamb Mandy. Kelainan nasi mandy di sini adalah nasinya sangat lembut dan sedap selain ayam yang di smoke menggunakan arang. Perapan rempah tersendiri membuatkan rasanya lain dari restoran Arab yang lain.
Selain kedua-dua menu tersebut bagi yang gemar citarasa authentic Italian, pelanggan boleh mencuba Pepperoni e Funghi kerana dohnya yang lembut dan penuh dengan isi ayam, cendawan dan capsicum di atasnya.
Harga yang ditawarkan untuk piza ini juga sangat berpatutan iaitu untuk saiz kecil RM16 manakala untuk bersaiz besar RM32. Ketiga-tiga menu ini antara yang sering dipilih oleh pelanggan selain menu lain yang turut menjadi pilihan.
Tambah menu Asia
Ads
Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, Restoran Pollo Mendi kini telah menambah menu asian. Dengan lebih 50 pilihan menu yang ditawarkan secara keseluruhannya termasuk Arab dan Itali secara tidak langsung orang ramai boleh memilih untuk menikmati setiap hidangan ketika waktu tengah hari, petang atau malam.
Bagi menu Asia, Mi Bandung Pak Kadir antara yang wajib dicuba. Dengan kepekatan kuahnya dan mempunyai dua pilihan iaitu daging atau udang harimau semestinya tidak mengecewakan pelanggan.
Di samping mi bandung, Nasi Ayam Penyet Indonesia juga antara menu yang baharu diperkenalkan di sini. Dihidangkan dengan dua jenis sambal, pelanggan yang sukakan makanan pedas boleh mencubanya.
Sementara itu, bagi pengunjung yang datang bersama anak-anak, disyorkan untuk mencuba pencuci mulut istimewa iaitu cookie crumble pizza dan churros. Dinikmati bersama aiskrim vanila sememangnya ia sangat sesuai kerana adanya gabungan panas dan sejuk dalam satu-satu masa.
Cawangan kedua
Ads
Menyentuh mengenai harga, ia sangat berpatutan dengan saiz hidangan yang besar. Bagi setiap menu ada yang boleh dimakan untuk dua orang dan di kira sangat berbaloi.
Atas sambutan yang menggalakkan, cawangan kedua Restoran Pollo Mendi akan dibuka di KL Sentral pada bulan Julai nanti bagi memenuhi permintaan pelanggan di sekitar kawasan tersebut.
Dengan pembukaan cawangan baharu tidak lama lagi ia akan mengekalkan konsep yang sama. Orang ramai juga boleh mendapatkan perkhidmatan katering yang disediakan oleh pihak pengurusan restoran jika ingin mengadakan sebarang majlis.
Malah dalam masa yang sama, untuk majlis hari jadi, mesyuarat atau perjumpaan ahli keluarga atau rakan-rakan lama, boleh juga diadakan di restoran. Bagaimanapun tempahan awal harus dibuat bagi mengelakan sebarang kesulitan. Dalam satu masa restoran ini boleh memuatkan sehingga 80 orang.
Walaupun Aceh kurang popular sebelum ini tetapi selepas tsunami, aktiviti pelancongannya berkembang pesat ke seluruh dunia. Semua orang teringin untuk menjejakkan kaki di Acheh melihat kesan selepas tsunami yang berlaku beberapa belas tahun lalu.
Banda Aceh menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya untuk percutian berkaitan keagamaan. Dengan melawat Muzium Tsunami Aceh, Kapal PLTD Apung, Masjid Raya Baiturrahman dan Masjid Rahmatullah di pantai Lampuuk yang kukuh berdiri sewaktu bencana itu melanda pelancong boleh mengambil iktibar atas tanda kekuasaan Tuhan itu.
Tetapi lawatan dan percutian ke Acheh bukan setakat itu sahaja. Banyak lagi destinasi istimewa dan menarik yang ada antaranya Pulau Weh, Sabang. Pulau ini terkenal dengan kejernihan air lautnya, putih pasir pantainya dan keindahan kawasan sekitar. Untuk pergi ke Pulau Weh, pengunjung cuma perlu menaiki feri selama kira-kira 45 minit dari Pelabuhan Ulee Lhueue, Banda Aceh sebelum meneruskan perjalanan darat ke jeti di tepi pantai Iboih, daerah Sukakarya untuk sampai ke Pulau Rubiah.
Ikuti perkongsian ini.
Pada asalnya niat trip saya ini hanya untuk merasai pengalaman berpuasa dan berterawih di Banda Aceh pada bulan Ramadhan lalu.
Selepas baca perkongsian lain, cantik pula Pulau Weh Sabang ini. Terus rasa menyesal beli tiket 3 hari 2 malam saja. Banyak tempat terpaksa skip disebabkan kekangan masa.
Namun difikirkan semula, memadai juga 3 hari 2 malam kerana tidak dapat snorkelling di pulau. Dicadangkan 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam untuk lebih santai.
Hari 1
KUL – BTJ
Airport ke Pelabuhan Ulee Lheue (110k Teksi Innova)
Beli simcard di pelabuhan (50k 3gb data)
Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Balohan (160k return tix)
Sewa skuter (100k sehari, minyak 30k. Boleh whatsapp no ni +6285261288072 / Kak Bunga. Kak ni orang Shah Alam, dah kahwin dengan orang sana)
Pelabuhan Balohan ke Freddies Beach Resort
Check in Freddies Beach Resort (RM 103 via booking)
Gua Sarang
Kilometer 0
Pantai Ibioh
Pekan Sabang
Pantai Sumur Tiga
Balik ke Freddies (buka puasa)
Terawih di Masjid Babussalam
Hari 2
Sahur & tengok sunrise
Check out
Tugu I Love Sabang
Pelabuhan Balohan ke Pelabuhan Ulee Lheue
Banda Aceh tour (naik becak, 150k)
Kapal PLTD
Muzium Tsunami Aceh
Muzium & Rumah Aceh
Masjid Baiturrahman
Kapal Di Atas Rumah
Check in Hotel Siwah (RM 71 via agoda)
Pasar Aceh Baru (grab bike 5k)
Mie Razali (buka puasa) (grab bike 5k)
Terawih di Masjid Baiturrahman (grab bike 5k)
Hari 3
Check out
Airport (Grab bike 60k tak sure, lupa)
Singgah sekejap di Kuburan Massal Tsunami Siron
BTJ – KUL
1. Dari airport ke pelabuhan perlu naik teksi Innova. Ramai pemandu teksi tunggu di pintu ketibaan. Grab memang tiada di sini disebabkan polisi yang menghalang Grab untuk tunggu di airport. Harga teksi dalam 150k tetapi saya dapat 110k setelah minta tawar.
2. Sekiranya solo, ada cara lain untuk ke bandar/pelabuhan dari airport. Boleh jalan kaki untuk keluar dari kawasan airport dalam 1km, kemudian naik bas berwarna biru. Percuma.
3. Kad sim ada dijual di pelabuhan. 50k untuk data 3GB. Semasa saya pergi, kejadian rusuhan Presiden baru berlaku di Jakarta menyebabkan kesemua media sosial disekat. Cara penyelesaiannya, muat turun VPN. Sekarang tidak lagi disekat.
4. Tiket feri boleh beli return terus. Jimat 10K kot. Ambil feri ekspress dlm 45 minit sahaja, kalau feri lain dalam 2 jam. Paling awal rasanya pukul 10 pagi. Dari Sabang ke Aceh, feri paling awal pukul 8.30 pagi dan petang kalau tak salah pukul 2.30 petang.
5. Turun di Pelabuhan Balohan, boleh cari orang yang tunggu di tepi ruang pejalan kaki untuk sewa skuter.
6. Dari Pelabuhan Balohan ke Freddies dalam 20 minit. Google maps ja. Sebelah tangan pulas minyak, sebelah tangan pegang fon.
7. Gua Sarang, Pantai Ibioh dengan Kilometer 0 tu satu jalan. Kilometer 0 paling jauh. Dalam 30 km dari Freddies.
8. Boleh pergi ke Benteng Jepang, Terowong Jepang & Ujung Keraung.
9. Kalau nak snorkelling, boleh tanya di Freddies/hotel yg menginap or nak senang cari saja pakej di Pantai Iboih. Starting point di sini. Boleh ambil pakej snorkelling di Pulau Rubiah + dolphin tour dalam 400 – 500k.
10. Kalau stay di Freddies boleh try makan Mi Goreng Aceh & Freddies Favourite Pizza. Sedap.
11. Setibanya di Pelabuhan Ulee Lheue dari Sabang/Pulau Weh, ramai pemandu becak dan teksi menunggu. Sekiranya belum tempah supir, bolehlah deal di sini. Dicadangkan untuk ambil tour terus, senang. Kalau becak harganya 200k, setelah tawar dapat 150k. Kalau teksi, maaf saya tak pasti.
12. Kena try minum kopi di Aceh ni. Sedap. Boleh beli serbuk kopi atau kopi 3 in 1 as souvenirs.
Tidak dapat dinafikan industri pelancongan merupakan antara yang paling terksesan dengan penularan gelombang ketiga Covid-19 yang sedang melanda negara kita. Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh Negeri di Malaysia, rancangan percutian terpaksa harus ditunda.
Malah tempahan awal penerbangan dan penginapan juga perlu ditangguhkan ke tarikh yang lain. Jadi bagaimana anda boleh ‘mengembara’ tanpa pergi bercuti dan melancong secara harfiahnya? Anda sebenarnya boleh menggunakan dunia digital untuk menikmati keindahan destinasi pelancongan tanpa perlu meninggalkan rumah menerusi cara-cara berikut seperti yang dikongsikan oleh Tourism Selangor!
Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.travel bagi merancang percutian ke 9 Daerah di Negeri Selangor pada masa kelak.
Berkelah di halaman rumah bersama keluarga tersayang. Minum petang adalah idea yang baik!
Ikuti lawatan dalam talian atau online tour. Bagi peminat seni, luangkan masa bersama orang tercinta dengan lawatan maya ke Galeri Shah Alam dengan melayari laman web rasmi mereka di https://galerishahalam.com/video/ .
Tonton video promosi pelancongan terbaharu dari Tourism Selangor sempena Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” di saluran YouTube https://www.youtube.com/watch?v=CHzQdXhtBo0 dan langgani saluran YouTube rasmi Tourism Selangor untuk maklumat lanjut tentang produk dan acara pelancongan Negeri Selangor.
Memasak makanan tradisional Negeri Selangor yang mesti dicuba sendiri!
Khaskan satu diari percutian bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati. Senaraikan segala maklumat yang dapat diperolehi seperti masa, tempat, harga tiket penerbangan dan penginapan, keperluan pakaian, belanjawan dan seleksi restoran terutamanya jika anda mempunyai alahan atau mahukan restoran halal yang menepati mod pengangkutan anda.
Ambil ilham dari hotel 5 bintang dengan menghiaskan bilik tidur anda dengan cadar putih bersama tuala mandian yang baru dicuci untuk pengalaman penginapan mewah dirumah.
Tonton filem kegemaran bersama yang tersayang di rumah untuk memanfaatkan masa berkualiti bersama.
Cetak peta dunia dan tandakan destinasi yang anda pernah lawati dan yang anda ingin lawati pada masa hadapan. Anda juga boleh memulakan dengan peta Negeri Selangor!
Cari pakej pelancongan, hotel dan penginapan dalam talian dari masa sekarang untuk mendapatkan tawaran pada harga terbaik untuk rancangan percutian masa hadapan anda.
Dengan senarai ini, kini semua orang boleh bercuti tanpa perlu berjalan jauh dan meninggalkan rumah masing-masing. Pengalaman percutian boleh dinikmati dalam keselesaan di rumah, sambil menjamu makanan yang cukup enak dan bangun dari tidur di bilik mewah bak hotel 5 bintang. Tanpa anda sedari, idea-idea ini akan menemani anda sepanjang tempoh dua minggu ini lagi dan akan sekaligus memberi semangat kepada anda. Cipta memori terindah dengan hanya berada di rumah. Kongsikan senarai ini bersama rakan-rakan dan orang tersayang anda.
Patuhi arahan PKP dan kekal berada di rumah. Anda mampu selamatkan diri anda dan orang sekeliling anda. Kami di Tourism Selangor prihatin akan komuniti dan seluruh rakyat Malaysia. #TourismSelangorCares
Kredit: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada bajet lebih, boleh cuba trip ke Turki pula. Intai Istanbul dan Cappadocia yang memang dikenali sebagai sebuah lokasi menarik untuk dikunjungi.
Namun begitu, mungkin ada yang masih berkira-kira untuk ke luar negara kerana bimbang dengan kos perbelanjaan yang tinggi lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.
Nah tengok viewnya dulu, video ini dikongsi oleh pelakon, Nazeera Sardi yang pergi bercuti ke Turki.
Bagi korang yang menyimpan hajat untuk ke Turki, kali ini kami ingin berkongsikan perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Amri Baik, menyenaraikan itinerari sepanjang percutian di Turki kira-kira selama 10 hari.
Dari Kuala Lumpur -Istanbul-Sanliurfa-Cappadocia-Ankara-Bozuyuk-Sogut-Bozuyuk-Bursa-Istanbul-Kuala Lumpur.
Difahamkan, jika korang nak tempah penerbangan domestik Turki memerlukan hes code, jadi korang tidak boleh menempah awal selagi belum memohon kod tersebut. Hes code hanya boleh dipohon 72 jam sebelum berlepas di link ini
Semua tiket bas di beli secara walk di stesen bas dan tempahan hotel dibuat ketika on the way ke lokasi kecuali Agora Boutique Hotel disebabkan perlu memohon hes code dan beri alamat semasa di Turki.
Semua hotel yang ditempat 90 peratus adalah walking distance ke tempat-tempat menarik sekitar kawasan tersebut dan termasuk dengan sarapan pagi.
Ha, berbaloi sangatlah kan? Cuma, kos perbelanjaan ini tidaklah termasuk duit makan dan shopping di sana. Tapi setidaknya korang dah boleh buat anggaran sebelum ke Turki. Betul tak?
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...